Bab 171

Mature Content Series 4377

10:30 malam. Enjin motor aku masih hidup. Lampu jalan memancar samar-samar atas visor helmet yang separuh terbuka. Aku tunggu macam biasa.

Tiap kali Elvina kerja shift malam, aku akan tunggu dia lepas waktu closing. Tak pernah miss. Konon nak jadi lelaki penyayang, protective tapi kadang-kadang aku sendiri tak pasti sama ada aku tunggu sebab sayang... atau sebab curiga.

Kafe itu masih buka sikit, pintu tak ditutup penuh. Nampak lampu dalam, meja baru dilap, kerusi baru dinaikkan. Aku nampak dia.

Elvina.

Dengan rambut merah panjang terikat tinggi, dia pakai apron biru, tengah kemas belakang kaunter. Dari jauh pun aku boleh cam tawa dia, tawa yang selalu buat aku lupa dunia.

Tapi malam ini... tawa itu lain. Tawa itu bukan untuk aku. Mata aku tangkap satu babi jantan iaitu rakan sekerja dia. Muka tak hensem mana tapi cukup berani nak berdiri rapat dengan Elvina. Sambil tangan pegang penyodok, sambil borak, sambil gelak mesra.

Aku tengok. Mata aku makin sempit dan kemudian...

TAP!

Elvina tampar belakang lelaki itu, sambil gelak. Laju, mesra dan selesa.

DEGUP!

Darah aku naik sampai telinga. Jantung aku berdegup macam bunyi dram dalam kepala.

GUP!

GUP!

GUP!

Aku tak kelip mata. Helmet aku tanggal sendiri. Ditarik ke atas perlahan-lahan. Diletak atas meter motor. Tangan aku genggam handle kuat-kuat sampai buku lali tangan putih.

Apa benda yang aku baru tengok ini? Apa hak dia gelak macam itu dengan lelaki lain? Apa hak dia tepuk belakang jantan itu sesuka hati?

Tangan kau itu tangan aku punya tahu tak, El. Tangan itu aku genggam tiap malam waktu naik motor sama. Tangan itu aku cium tiap kali dia nak masuk kerja. Sekarang tangan itu... tepuk lelaki lain?

Kepala aku panas. Aku bangun dari motor. Topi keledar aku pegang ketat. Nafas aku pendek-pendek. Tak tahu aku nak masuk dan tanya atau aku blah saja.

Tapi satu hal aku pasti... aku tak suka rasa ini dan benda ini, tak lawak langsung.

KLIK!

Lampu dalam kafe terpadam satu demi satu. Cahaya suam dari lampu jalan jadi satu-satunya sumber cahaya yang pancarkan bayang pintu kaca.

Beberapa staf keluar sambil gelak-gelak. Seorang perempuan tudung hitam lambai tangan. Seorang lelaki cina kurus angkat tangan dengan suara, "Bye El! Hati-hati woo naik motor!"

El. Dia panggil El macam mesra macam istimewa. Elvina angkat tangan lambai, senyum lebar. Senyuman yang aku biasa nampak masa aku bawa dia makan maggi ketam tengah malam. Senyuman yang aku ingat khas untuk aku.

Tapi malam ini... dia bagi senyuman itu pada semua orang. Kawan sekerja lelaki tadi keluar paling lambat. Dia berjalan rapat sangat dengan Elvina. Lepas itu bam! dia tolak bahu Elvina kuat, macam main-main.

Elvina gelak.

Gelak besar.

Gelak kuat.

Aku rasa jantung aku kena pijak. Aku duduk balik atas motor tapi tak start enjin. Topi keledar atas riba. Mata aku tak lepas dari dia. Dari senyuman dia. Dari bahu dia yang disentuh. Tangan aku sudah lama genggam jadi penumbuk.

Muka aku panas. Macam baru keluar dari oven tapi aku tak marah. Bukan sekarang. Aku cuma... rasa macam nak koyak kulit aku sendiri.

Kenapa kau gelak macam itu, El? Kenapa kau biar dia tolak bahu kau macam kau milik semua orang?

Elvina mula melangkah. Langkah dia perlahan. Satu-satu. Langkah manja. Macam tak tahu ada lelaki yang tengah makan diri depan kafe itu.

Rambut merah dia terlepas sikit dari getah.
Dia senyum. Mata dia cari aku dan waktu mata kami bertembung...

Aku senyum. Senyum palsu dan aku rasa macam nak terajang seseorang. Dia sampai depan aku. Langkah terakhir Elvina bunyi lembut atas simen kasar. Dia masih senyum. Mata bersinar macam tak ada dosa. Tangan dia naik perlahan, lalu...

CUP!

Dia picit pipi aku. Lembut. Manja. "Weh kenapa muka boyfriend I macam muka kucing baru bangun tidur?"

Aku tak balas. Mata aku masih pandang dia, tapi otak aku masih replay babak bahu dia kena tolak lelaki itu tadi.

Aku tarik nafas. Senyum sikit. Kemudian aku buka mulut.

"Seronok, ye... bergurau dengan jantan tadi?"

Suara aku keluar datar. Tak tinggi tapi cukup untuk beku kan angin malam. Muka Elvina terus berubah. Senyuman dia padam. Kening dia naik sikit.

"Eh? Hah? Tu kawan kerja akulah. Takkan tak boleh gurau?"

Nada dia cuba neutral tapi aku tahu dia perasan nada aku bukan biasa. Dia sambung. "Aku memang suka gurau kasar. Semua orang dalam team aku tahu..."

Aku angguk. "Tapi aku tak suka."

Tiga patah. Cukup untuk buat dia terdiam sejenak. Elvina pegang lengan aku. Dahi dia berkerut sedikit, tapi mulut dia senyum balik.

"Alaaa... jeleslah tu? Sayang aku ni cemburu ye?"
Dia sengih. Hidung dia rapat ke lengan aku.

Aku diam. Tangan masih genggam handle motor.

"Janganlah cemburu. Dia itu tak hensem mana pun. Tak tinggi pun. Buncit sikit."

Aku jeling dia. "Tapi kau gelak macam dia lawak sangat."

Elvina senyum makin nakal. Dia pegang dagu aku, pusing muka aku paksa tengok dia.

"Aku suka tengok muka kau waktu cemburu ni tau. Hensem gila. Geram aku."

"Elvina."

"Hmm?"

Aku pandang dia. Suara aku turun satu nada.

"Jangan uji sabar aku."

Dia senyum tapi tetap... dia jentik hidung aku.

"Habis tu? Kalau aku peluk dia pun kau nak marah ke?"

Aku tarik nafas panjang. Entah kenapa. Entah apa yang klik dalam kepala aku waktu ini.

Mungkin sebab dia gelak kuat sangat tadi. Mungkin sebab dia biar lelaki lain sentuh dia sesuka hati. Atau mungkin... sebab dia boleh senyum depan aku seolah-olah aku ini tak wujud langsung dalam hidup dia. Dan tiba-tiba...

PANGGG!!!

Tangan aku terangkat sendiri. Terus hinggap pada pipi dia dengan kuat. Terasa gegaran sampai ke siku. Suara tamparan itu bergema kejap dalam udara malam yang sejuk.

BUSH!

Elvina terhuyung. Jatuh terduduk atas jalan tar. Tangan dia automatik sentuh pipi. Bibir dia terketar. Mata dia terbuka luas. Air mata dia keluar sekelip mata.

Aku terdengar suara dia, pecah, retak. "G-Ghib... bran sampai hati kau tampar aku lagi...?"

Aku berdiri tegak. Nafas aku laju. Dada aku naik turun macam baru lepas lari sepuluh round. Mata aku merah. Suara aku... bukan suara aku. Suara aku macam orang lain. Lebih gelap. Lebih liar.

"JANGAN NAK BUAT LAWAK DEPAN AKU!"

Elvina terkejut. Aku sambung, makin kuat macam nak koyak dunia.

"Aku BENCI semua jantan yang rapat dengan kau, Elvina! Aku BENCI bila aku tunggu macam anjing kat luar kafe, tapi kau dalam tu gelak dengan lelaki lain!"

Elvina menangis. Tangisan dia macam luka terbuka. Dia cuba bangun tapi lutut dia menggigil.

"Kau tak patut buat macam ni... kenapa kau kasar sangat dengan aku, Ghibran?" Suara dia pecah. Lembik tapi jujur.

Aku ketap gigi. Genggam penumbuk. Kepala aku mendengung tapi malam ini... tak ada sesiapa. Jalan lengang. Kedai semua tutup. Tiada saksi. Tiada penyelamat.

Hanya aku dan Elvina yang terduduk atas tar. Dan sunyi malam yang jadi saksi siapa aku sebenarnya. Aku tak tunggu. Langsung tak tunggu dia habis menangis atau tarik nafas.

Tangan aku terus capai pergelangan tangan dia. Kuat. Aku heret dia berdiri. Tak peduli lutut dia goyah. Tak peduli pipi dia masih merah dengan bekas tapak tangan aku sendiri.

"BANGUN!"

Dia tersentak. Terkial-kial berdiri, tangan satu lagi masih pegang pipi. Air mata terus jatuh. Mulut terketar. Nafas tercungap. Dia berdiri depan aku, tapi seluruh tubuh dia menggigil.

Aku dekatkan muka aku. Dekat sangat sampai nafas aku boleh rasa kat hidung dia.

"Dengar sini, Elvina." Suara aku mendesak. Berat. Beracun.

"Kalau aku nampak kau bergedik dengan mana-mana jantan lagi, Aku sumpah, aku akan bunuh kau."

Mata dia terus terbeliak. Dia cuba tarik tangan dia, tapi aku genggam lebih kuat.

"Kau... sanggup bunuh aku...?" Suara dia pecah, antara takut, kecewa, dan luka yang baru terbuka. "Bukankah kau yang selalu kata kau sayang aku...?"

Aku ketap gigi. Rasa marah aku tak surut. Rasa kecewa aku jadi petrol. Rasa cinta aku... entah sejak bila sudah jadi racun.

"Kalau kau sayang aku..." Aku cakap, suara makin tinggi, "...KAU WAJIB IKUT CAKAP AKU!"

Elvina teresak-esak. Dia cuba bersuara, tapi aku jerit lagi.

"DIAM!"

Mata aku tak berkelip. Aku tengok dia macam mangsa tapi dalam kepala aku, dia pengkhianat.

"Jangan kau fikir kau ada hak nak bebas depan aku. Faham?! Mulut kau, tangan kau, gelak kau semua tu aku punya. AKU YANG PEGANG!"

Elvina terus tunduk. Pipi dia basah. Bahu dia jatuh. Malam tu sunyi tapi dalam hati aku, ada ribut yang menelan semua suara.

Dan aku tahu... aku sudah hilang kawalan tapi aku tak peduli.

Aku lepaskan tangan dia. Langkah aku kasar ke arah motor. Topi keledar aku capai semula, tapi aku tak pandang dia langsung.

"NAIK."

Suara aku keluar tegas, datar tapi bergema dalam ruang kosong malam macam tembakan amaran.

Elvina terdiam. Dia tak melawan. Dengan tangan menggigil, dia perlahan-lahan capai helmet sendiri dari dalam bakul motor. Tak ada suara. Tak ada tanya.

Dia pakai helmet itu perlahan. Aku dengar klik tali di dagu dia. Pergerakan dia macam robot macam orang yang sudah tak tahu nak rasa apa.

Aku naik motor. Hidupkan enjin. Tangan kanan aku genggam handle sampai rasa berdenyut urat jari. Jantung aku masih laju. Nafas aku berat.

Elvina melangkah ke belakang aku. Langkah dia perlahan. Berat. Tak seperti biasa. Tak ada jeritan manja. Tak ada pelukan spontan. Cuma... duduk. Senyap. Diam.

Tangannya pegang belakang seat. Tak berani pegang pinggang aku seperti selalu.

Malam terus sunyi. Aku tak toleh. Aku tak pujuk. Aku cuma bawa dia... pulang. Dalam kepala aku, satu suara bergema:

"Kalau aku tak miliki dia sepenuhnya... aku tak nak orang lain miliki dia langsung."

Enjin Y15 aku meraung macam binatang luka. Aku pulas handle sampai habis. Angin malam libas muka aku, rambut terbang keluar dari bawah helmet.

Tayar belakang bunyi berdecit waktu corner. Aku tak peduli. Elvina di belakang... tangan dia masih tak pegang pinggang aku tapi aku tahu dia ketakutan.

Motor aku terus meluncur laju atas jalan sunyi. Kelajuan 90. Naik 100. Naik lagi. Angin hempap badan aku. Suara motor jadi jeritan marah.

Aku masih marah. Mata aku fokus depan tapi dalam kepala, masih replay senyuman dia dengan lelaki itu. Masih nampak bahu dia kena tolak. Masih dengar dia gelak. Masih rasa macam dunia koyak. Tiba-tiba suara dia pecah di belakang.

"Ghibran... perlahan sikit. Bahaya..."

Aku tak jawab. Motor terus meluncur. Potong satu kereta. Langgar lubang. Aku tak brek.

"Ghib... ran please. Aku takut."

Nada suara dia lembut. Lirih tapi aku tak peduli. Aku benci suara dia sekarang. Aku benci dia buat aku rasa macam ini. Aku benci... sebab aku sayang dia sangat.

Tangan aku genggam handle macam nak patah. Kelajuan naik lagi.

Elvina peluk aku dari belakang. Tangan dia melingkar pada pinggang aku, kuat.

"Please... aku merayu. Perlahan sikit."

Tapi aku... aku masih panas baran dan malam itu... aku rasa aku tengah bawa kami berdua ke neraka yang aku cipta sendiri.

Jalan raya makin sunyi. Lampu jalan berselang-seli, kadang terang, kadang gelap.

Y15 masih meluncur laju. Tangan aku kejang atas handle. Hati aku? Macam bom tak meletup tapi serpihannya sudah mula lukakan semua benda dalam.

Elvina masih peluk pinggang aku dari belakang tapi aku rasa macam dicekik. Pelukan dia tak tenangkan aku. Pelukan dia buat aku rasa jijik dengan diri sendiri. Rasa... dikhianati. Dan entah dari mana, mulut aku terbuka.
Tanpa tapis. Tanpa belas.

"Kau tu perempuan murahan, tahu tak?!"

Motor tak perlahan. "Semua lelaki kau nak gelak. Semua jantan kau nak pegang! Tak malu ke, hah?!"

Aku rasa pelukan dia ketat sikit tapi tak ada suara. Cuma... aku tahu dia dengar.

Aku teruskan. "Kau ingat kau comel sangat ke sampai semua orang kau nak layan manja?!"

"Aku ni boyfriend kau, bukan penjaga zoo untuk tengok kau bergurau dengan jantan lain!"

Angin malam tak mampu telan suara aku yang melambung tinggi atas jalan raya. Tak ada kereta. Tak ada saksi. Cuma kami... dan kebodohan aku yang semakin menjadi syaitan.

Elvina tak jawab tapi aku rasa bahu aku jadi basah. Dari pelukan dia... turun air mata. Dia menangis.

Terus.

Senyap.

Tapi deras.

Aku dengar esakan kecil. Perlahan. Pecah. Dia tak sangka aku cakap macam itu. Tak sangka aku... aku yang dia percaya... boleh maki dia macam binatang.

Dan waktu itu, walau aku masih marah... ada satu suara dalam hati aku yang berbisik perlahan:

"Kau sudah rosakkan dia, Ghibran. Kau sudah rosakkan semuanya."

Tapi aku buat bodoh. Aku tekan handle lebih sikit.

Malam itu, tak ada siapa tahu kami berlumba dalam gelap dan Elvina... dia cuma jadi penumpang dalam neraka aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience