Bab 168

Mature Content Series 4254

Ruang tamu rumah sewa kami macam biasa bersepah, berbau jantan dan penuh bunyi game menjerit dari speaker.

"WEI BODOH! AKU DAH KLIK DAH KIRI TU, APA SIAL LA GAME NI!" jerit Ghibran, controller nyaris terpelanting ke lantai.

Dia tengah baring atas karpet bulu milik Reza, dengan sebiji bantal peluk tercampak atas kepala. Matanya tak berkelip pandang skrin TV 55 inci yang kami beli hasil pecah masuk stor bundle haram yang Ghibran "katanya" dapat murah.

Reza pula baring atas sofa panjang, kaki naik satu atas sandar, satu lagi terjuntai ke bawah. Satu tangan letak atas dahi. Satu lagi pegang telefon, skrol TikTok, skrol Telegram, skrol hidup orang lain.

Senyap. Macam tengah lari dari dunia atau mungkin merancang pembunuhan ke seterusnya. Tak ada siapa bercakap dengan siapa tapi tak sunyi. Bunyi tembakan dalam game cukup mengisi ruang.

Aku?

Aku berdiri di luar. Balkoni kecil ini jadi port tetap aku setiap malam. Rokok sebatang dalam jari. Nyala hujung merah, asap berkepul, keluar ikut sela bibir yang senyum sendiri.

Angin malam lembut menyapa pipi dan aku... tengah angau.

Ciuman itu. Ciuman sialan yang buat jantung aku laju macam engine Civic aku bila redline gear tiga.

Helena.

Aku curi cium mulut dia tadi. Dekat bukit itu. Waktu dia sedar. Waktu mata dia tutup sebab angin kuat. Waktu dia terlalu cantik untuk aku tahan diri dan dia tak marah. Tak tolak. Tak tampar aku pun. Cuma... senyap tapi senyap yang buat aku rasa menang.

Aku sedut lagi. Tarik dalam. Heh. Senyuman aku makin besar.

"Celaka betullah..." bisik aku sendiri.

Macam mana perempuan macam dia, yang degil, yang garang, yang sumpah ganas naik motor macam hantu itu... boleh buat jantung aku lembut macam kapas?

Aku sangka aku sudah tak ada perasaan cinta sejak dulu. Sudah rosak, sudah kosong tapi malam ini...

Jahanam. Aku jatuh cinta. Aku toleh ke dalam rumah. Ghibran masih jerit. Reza masih diam.

Aku genggam rokok ini kuat-kuat. Abu jatuh ke lantai mozek. Kalau aku sudah dapat rasa bibir dia sekali... mampuslah siapa-siapa yang cuba ambil dia dari aku lepas ini.

Aku tak akan lepaskan. Tak akan pernah. Aku sedut lagi rokok sampai habis, hujung bara merah itu aku tekan pada besi balkoni, dengar bunyi ssskkk kecil masa abu terakhir jatuh ke bawah.

Aku tergelak perlahan. Bukan sebab lawak tapi sebab puas. Dua hari lepas... aku, Reza dan Ghibran akhirnya setelkan semuanya. Satu rumah lama itu dipenuhi dengan jeritan dan darah. Mak, abang tiri dan si laknat ayah tiri Helena.

Mereka menjerit, menangis, minta nyawa tapi siapa peduli? Mereka bukan manusia. Mereka sampah dan aku, aku kutip sampah itu satu-satu dan bakar sampai tak tinggal habuk.

"Jangan risau, sayang..." Suara aku perlahan, nyaris macam bisikan. "...lepas ini, takkan ada sesiapa lagi yang berani sentuh kau."

Aku renung langit malam. Bulan separuh, samar-samar, macam senyuman Helena waktu dia peluk aku semalam.

Waktu dia minta aku setia. Waktu dia menangis dalam pelukan aku dan aku... sumpah aku tak akan mungkir. Perempuan itu... aku akan jaga dengan aku nyawa sekali pun.

Aku terbayang lagi wajah dia yang berambut panjang terurai, mata tajam, bibir mungil yang aku cium tanpa izin. Muka garang tapi comel, macam heroin filem aksi yang tak perlukan lelaki pun, tapi akhirnya jatuh jugak ke tangan Azfar yang paling setia.

"Helena..." nama itu meluncur lembut keluar dari mulut aku macam jampi.

Aku ketawa perlahan sekali lagi tapi kali ini lain. Bukan gelak angau tapi gelak gembira. Sebab dendam dia sudah selesai dan aku sebahagian daripada kemenangan itu.

Reza dan Ghibran, dua ekor gila itu pun tahu. Mereka sokong aku. Mereka bantu aku dan walaupun Reza nampak tenang macam patung, aku tahu dia enjoy setiap tikaman yang dia bagi pada bapa tiri Helena itu.

Ghibran pula, dengan gaya ganas dia cabut kuku, aku masih boleh dengar bunyi krak pop malam itu.

Malam paling indah, malam paling berdarah. Aku pejam mata, hembus nafas panjang. Lepas ini... hidup Helena cuma perlu fokus pada satu benda. Bahagia dan engan aku.

TAP!

Bahu aku ditepuk kuat dari belakang.

"Apa sial!" Aku hampir terloncat dari kerusi plastik balkoni ini.

"Relakslah, angau sangat nampak?" Suara tenang Reza buat aku pandang sebelah, masih terkejut.

Lelaki ini berdiri sambil kunyah lolipop. Entah bila masa dia keluar dari ruang tamu. Tangan satu lagi seluk poket, gaya macam baru balik bunuh orang padahal baru lepas tengok TikTok.

Aku sengih sambil geleng kepala. "Kau ni... suka betul bagi kejutan tak berfaedah."

Reza pandang aku sambil juling mata. "Dari tadi aku perhati saja kau sengih sorang-sorang dekat sini. Muka macam baru dapat dara perempuan."

Aku gelak kecil. "Mana kau tahu aku dapat?"

Reza angkat kening. "Dapat? Hoh. Patutlah bau angau sampai dalam rumah."

Dia duduk bersila atas lantai balkoni, sebelah aku. Langit masih sama tapi vibe jadi lain bila Reza ada. Dia bawa aura psiko yang tenang.

"Aku tengah fikir pasal Helena," aku ngaku.

"Bukan pasal yang kita buat dekat family dia dua hari lepas?"

Aku senyum. "Itu pun aku tengah fikir juga."

Reza senyum sinis, pipi naik sikit. "Part paling best, bila bapak tiri dia kata 'aku minta maaf, tolong lepaskan..."

Aku terus sambung, "...dan Ghibran terus tumbuk kepala dia pakai tukul besi sampai berdarah dari hidung!"

Kami berdua meletus ketawa. Ketawa macam dua orang dewasa yang baru berjaya prank budak sekolah tapi realitinya... kami baru bunuh tiga manusia.

Reza sambung, "Mak dia yang terjerit tu pun... aku tikam dia perlahan. Guna gunting Jahit mak aku dulu. Gila sentimental, Azfar."

Aku pegang perut, gelak makin kuat. "Sumpah aku ingat lagi dia ternganga, lidah separuh putus. Macam anak ayam kena tarik dari mulut kucing!"

Reza tepuk peha. "Yang abang tiri dia tu paling annoying. Merayu sambil terkencing. Aku ingat dia nak baca puisi pula hari tu."

"Dia kata, 'aku muda lagi, jangan bunuh aku...' bro, aku sudah ready nak bakar dia hidup-hidup. Tapi Ghibran bagi chance sikit. Gunting satu puting saja."

Aku dan Reza terdiam kejap. Kemudian...

"HAHHAHAHAHHAHA!"

Meletup ketawa macam dua ekor setan baru lepas tengok lawak bodoh.

"Psiko betullah kita ni," aku lap air mata gelak. "Kalau orang luar dengar, confirm report polis."

Reza pandang aku, mata masih merah sikit sebab gelak. "Kau lupa ke? Kita bukan orang luar. Kita keluarga."

Aku angguk. Reza betul. Kami RAG, Reza, Azfar, Ghibran dan malam berdarah itu... cuma satu dari banyak lagi malam yang bakal kami cipta.

Dengan darah dan dengan senyuman. Reza tunduk kejap. Tangan kiri dia tarik lengan baju hitam dia ke atas. Sampai ke lengan bawah.

"Masih ingat ni?" Dia pusingkan sikit pergelangan, biar tulisan itu nampak jelas bawah cahaya bulan. Huruf kapital. Tiga abjad. Hitam pudar.

RAG.

Aku senyum. Perlahan, aku pun tarik lengan kiri aku. Sama. Tatu lama, cacah masa semester akhir universiti dulu. Konon waktu itu rebel. Konon nak jadi geng badass. Konon nak buktikan persahabatan sampai mati tapi sekarang? Benda itu bukan konon lagi. Ia kenyataan.

RAG — Reza, Azfar, Ghibran.

Kami bertiga dari rumah anak yatim sampai universiti. Dari makan nasi lemak seringgit sampai buang mayat dalam tong dram. Dari mimpi-mimpi gelap sampai ke dunia yang betul-betul gelap dan sekarang... kami sudah jadi legenda dalam dunia kami sendiri.

Aku angkat tangan dan tenung tatu itu. Ada kesan calar lama. Tapi huruf itu masih utuh.

"Aku sayang korang," aku cakap perlahan tapi jelas.

Reza pandang aku. "Celaka. Jiwang pulak kau malam ini."

"Seriuslah. Aku sayang kau, Reza dan Ghibran. Biar orang cakap kita gila, pembunuh, buaya, psiko tapi aku tak kisah. Sebab kita tiga... kita ni keluarga yang sebenar."

Reza diam. Kemudian dia senyum kecil. Dia hulur penumbuk. "Untuk keluarga."

Aku ketuk penumbuk dia. BAM. "Untuk keluarga."

Tiba-tiba...

"Oi." Suara serak Ghibran menyampuk dari belakang. Aku dan Reza toleh serentak.

Mamat itu berdiri bersandar di pintu balkoni dengan gaya paling malas atas muka bumi. Rambut serabai, mata separuh layu sebab terlalu lama layan game tapi tangan kanan dia... terangkat sikit.

Lengan dia terpampang.

RAG. Tatu sama. Tulisan sama. Pudar sama.

"Korang ingat aku tak ada ke?" Ghibran selamba. "Nak touching dua orang saja?"

Aku tergelak. Reza sudah geleng kepala.

"Kau lambat, bodoh," aku usik.

"Bodoh kepala hotak kau. Aku tengah kejar menang rank tadi. Saja bagi kau dua feel moment kejap."

Reza bangun dari duduk. Tangan dia automatik naik... dan TAP! Ditamparnya belakang tengkuk Ghibran dengan kasih sayang berbisa.

"Siapa lupa kau, weh?" Reza cakap sambil senyum senget. "Kau tu otak paling gila antara kita."

Ghibran sengih sambil garu tengkuk yang kena tampar. "Tulah. Jangan lupa aku yang cabut kuku abang tiri Helena sampai dia pengsan."

"Dan tak bangun-bangun sudah lepas tu," aku sambung sambil ketawa kecil.

"Korang berdua touching macam babi tadi, aku sudah siap ambil gambar nak viralkan dekat group alumni."

"Ha, mampuslah aku tak kisah. Biar mereka tahu kita bahagia lepas bunuh orang," Reza sambut dengan muka tak bersalah.

Kami bertiga ketawa perlahan. Bunyi angin malam jadi muzik latar. Tiga lelaki. Tiga tatu. Satu dendam yang sudah selesai.

Dan satu janji yang tak pernah mereka lafazkan dengan mulut... tapi kekal dalam daging. Dalam tinta. Dalam darah.

RAG.

Selamanya.

Kami masih bersandar di balkoni, tiga ekor jantan dengan tatu yang sama dan trauma yang lebih kurang serupa. Asap rokok naik ke langit macam dosa yang tak sempat dimaafkan.

Tiba-tiba...

"By the way..." Nada suara Reza berubah, penuh sinis. "...kau jangan nak menggatal dengan Rissa lagi, Azfar. Aku tahu perangai kau celaka walaupun kau sudah ada Helena."

Aku terus berpaling. "Eh, siallah. Bila masa aku menggatal?"

Reza silang tangan, mata separuh pejam macam bos besar siasat anak buah. "Jangan main-main dengan aku, Azfar. Aku nampak cara kau tengok dia masa kat kedai mamak minggu lepas. Mata kau tu tengok dada dia macam nak telan."

Aku angkat dua tangan, gaya macam pesalah dadah kena serbu polis. "Weh sumpah, dia yang start. Si Rissa tu suka sangat sentuh-sentuh aku bawah meja. Bukan salah aku kalau aku punya keras kejap."

"Bawah meja?" Ghibran celaka mencelah, mata bersinar. "Bro... aku pun kadang teransang tengok si Rissa tu. Baju ketat, shorts pendek nampak paha damn..."

PANG!

Satu penampar mendarat atas kepala Ghibran.
Reza angkat tangan tanpa amaran. "KAU GILA KE? ITU AWEK AKU, BANGSAT!"

Ghibran gosok kepala sambil tergelak. "Apa salah aku? Aku puji saja, bro. Visual dia memang menarik. Tak akan buta seni."

"Visual kepala hotak kau. Kalau aku nampak kau pandang dia lebih dari 0.5 saat lepas ini, aku cungkil biji mata kau, faham?" Reza tenung Ghibran macam penjenayah bersiri tengah baca ayat terakhir sebelum hukuman gantung.

Aku ketawa terbahak. "Oi relakslah. Rissa tu memang gatal dengan semua orang. Bukan aku saja tapi serius, aku takkan kacau dialah. Aku sudah ada Helena, beb."

Reza jeling aku. "Kalau aku nampak kau sentuh dia lagi, siap."

"Janjilah. Aku simpan tangan ni untuk Helena saja," aku angkat tangan. "Tangan kanan untuk steering, tangan kiri untuk... urut bahu awek sendiri."

Kami bertiga tergelak lagi. Dalam gila, masih ada batas tapi batas kami? Fleksibel. Bergantung pada siapa yang langgar dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience