Bab 166

Mature Content Series 4254

Azfar Darwisy

Angin malam menggigit kulit. Asfalt gelap bersinar bawah lampu jalan, memantul pada badan Yamaha R6 berwarna hitam ungu matte yang berkilat seperti ular jalanan. Enjin dihidupkan. Deruman rev pertama bergema bunyi garau, garang, mengaum macam amaran.

Aku tarik sarung tangan kulit. Helmet full-face sudah terpasang. Helena duduk di belakang, tangan melingkar erat di pinggang aku. Aku rasa kuku dia menekan t-shirt hitam aku. Tak tahu sebab takut, atau sebab tak sabar.

"Ready?" Aku tanya tanpa toleh.

"Always," suara dia bisik, dekat leher aku.

Aku tekan throttle. BOOM! R6 meluncur keluar macam peluru. Gear satu. Dua. Tiga. Bunyi deruman melolong macam suara setan tengah ketawa puas.

Highway malam ini lengang. Lampu sodium kuning menyimbah atas jalan macam mimpi basah untuk pelumba. Setiap kelajuan, setiap belok, aku rasa degupan jantung aku makin liar.

Helena ketat peluk aku dari belakang macam tak sanggup lepas, macam dia tahu aku tengah kawal malam ini. Kawal motor dia dan dia.

Ffthh... PAP PAP!!!

Backfire kuat waktu aku lepaskan throttle sikit.
Jalan lurus depan terbuka luas. 150km/j... 170... 190... Angin sejuk masuk ikut leher baju, menggila tapi tangan aku masih steady.

Aku bawa R6 macam bawa dosa. Laju, bahaya dan sedap. Mata fokus. Minda kosong. Yang aku rasa cuma Helena. Nafas dia. Dada dia yang rapat ke belakang aku.

"Azfar..." Dia jerit nama aku waktu aku condong kiri tajam, R6 bergesel dengan angin malam.

Tangan dia makin kuat cengkam. Aku senyum. Dia tak tahu malam ini, dia milik aku. Tak perlu cakap. Tak perlu janji.

Gear up. Lagi sekali aku tekan throttle habis. R6 meraung macam binatang. Kami lenyap dalam kelajuan. Berdua.

ZUUUMMMMMMMM...

R6 terus meluncur di lorong kanan. Tayar mencengkam jalan macam kekasih yang tak rela berpisah. Kelajuan bukan lagi angka. Ia jadi nadi, nafas dan jantung.

Helena sudah tak bersuara. Dia diam tapi pelukan dia makin erat. Rapat ke belakang aku. Dada dia menghimpit tulang belikat aku. Kepala dia sandar ke bahu aku, seolah tak nak aku berhenti. Macam dia tak nak malam ini tamat.

Aku tahu rasa itu. Rasa apabila kau lepas semua. Bila luka dalam dada kau hilang sekejap dalam deruman enjin.

Malam ini dia bebas. Bebas dari suara mak kandung yang celaka. Bebas dari tangan lelaki yang patut mati. Bebas dari jeriji rumah yang selama ini dia gelar keluarga.

Dan aku?

Aku yang lepaskan dia. Aku yang bawa dia lari bukan dengan kata-kata, tapi dengan kelajuan. Dengan deruman mesin. Dengan pelukan belakang badan aku yang dia genggam erat-erat.

"Kau okay?" Aku tanya sambil pandang cermin sisi.

Dia angguk, perlahan, tapi cukup. Ada senyuman kecil terpantul pada visor hitam helmet dia. Helena, gadis keras kepala tapi malam ini dia lembut dalam pelukan kelajuan.

R6 menderum masuk ke lorong gelap, bawah jambatan tinggi. Lampu jalan tak sampai sini tapi aku tak perlukan cahaya. Yang aku perlukan cuma dia untuk peluk aku, percaya aku.

Dalam kepala aku cuma satu ayat. "Dia sudah jadi milik aku."

Suka atau tak, Helena sudah tak ada tempat lain nak berpaut. Dia peluk aku bukan sebab sayang tapi sebab aku satu-satunya yang tinggal.

Dan aku suka rasa itu. Rasa bila seseorang itu terpaksa bergantung pada kau. Rasa bila cinta lahir bukan dari manja, tapi dari trauma. Aku dan dia sama-sama rosak tapi malam ini, kami tak peduli.

Aku tekan throttle lagi. R6 terbang atas jalan macam iblis berkelajuan. Pelukan Helena tak longgar. Malah makin erat. Dia lekat pada aku macam kulit kedua.

"Kita nak ke mana ni?" Suara dia serak, pelan, berbisik pada leher aku.

Aku senyum kecil. "Ke tempat yang tak ada siapa boleh kacau kau lagi."

Tayar depan R6 mula panjat jalan berbukit. Jalan sempit. Naik ke atas seperti lidah syaitan yang melingkar.

Tak ramai tahu tempat ini. Hanya yang pernah larikan diri, yang pernah cari 'ruang untuk hilang', tahu lokasi begini wujud.

Aku perlahan sikit. Gear turun. Motor R6 masih mengaum ganas tapi terkawal. Lampu depan menyimbah jalan berbatu, naik makin tinggi. Angin mula dingin.

Helena masih peluk aku tapi kali ini dia lebih diam. Aku tahu dia tengah fikir macam-macam tapi aku juga tahu dia rasa selamat dengan aku.

"Almost there," aku bisik, tak pasti dia dengar atau tidak.

Beberapa minit kemudian... kami sampai. Aku matikan enjin. Klik. Suasana senyap terus. Cuma bunyi cengkerik, angin bukit dan degup jantung aku yang gila.

Aku buka helmet. Tarik nafas panjang. Helena ikut buka helmet dia. Rambut panjang dia jatuh melekap ke leher. Dia turun perlahan. Langkah kecil, macam takut pijak tanah yang dia tak kenal.

Depan kami ada panorama Kuala Lumpur terbentang luas. Gedung-gedung tinggi macam jarum emas. Lampu-lampu bandar macam taburan bintang palsu. Langit kelam tapi dihiasi cahaya dari dunia yang tak pernah tidur.

"Wow..." Helena bersuara perlahan. Mata dia refleksi malam Kuala Lumpur.

Aku sandar pada motor, tangan dalam poket sambil enung dia bukan kota.

"Tempat ini cantik..." Dia sambung. "Macam tak real."

"Tapi kau real," Aku balas. "Kau yang duduk depan aku sekarang, peluk aku tadi... Kau lebih real dari semua lampu itu."

Dia pandang aku. Angin tiup rambut dia perlahan. Muka dia samar dalam gelap, tapi mata dia bercahaya.

Aku langkah perlahan ke arah dia. Tangan aku naik, kemaskan rambut dia ke belakang telinga. Dia tak elak. Tak gerak.

"Malam ini... aku bawa kau ke sini bukan sebab nak tunjuk pemandangan."

"Habis tu?" suara dia perlahan.

Aku dekatkan mulut ke telinga dia. "Aku nak kau tahu... kau sudah tak ada siapa melainkan aku."

Dia diam tapi mata dia tak lari. Aku tahu dia faham. Dia mungkin belum cinta tapi dia tahu bahawa aku satu-satunya lelaki yang sanggup bunuh dunia untuk dia.

Aku duduk atas rumput, tarik dia ikut duduk.
Helena duduk perlahan-lahan. Rapat sebelah aku. Bahu sentuh bahu.

"Azfar..."

"Hm?"

"Apa jadi lepas ini?"

"Apa saja yang kau nak, kita buat tapi satu saja yang aku nak..."

"Apa?"

Aku pandang mata dia. "Jangan tinggalkan aku."

Dia duduk rapat, bahu bersentuh bahu. Langit Kuala Lumpur tetap menyala di depan tapi mata aku tak pernah tinggalkan wajah Helena. Wajah yang selalu nampak keras, tapi malam ini seolah retak.

"Azfar..." Suara dia pecah sedikit. "Aku... aku tak sangka kau sanggup... buat semua itu..."

Mata dia berkaca. Suara dia serak tapi tetap keluar juga.

"Kau bunuh mak aku, ayah tiri aku dan abang tiri aku. Kau... bunuh mereka semua."

Aku tak balas. Tak perlu. Dia ketap bibir. Nafas laju tapi bukan takut. Bukan jijik.

"Aku tahu... benda itu salah tapi aku rasa tenang, Azfar."

"Sumpah... aku rasa ringan gila dada aku ini. Macam... semua benda gelap itu sudah hilang."

Aku tengok dia lama-lama. Dia tunduk. Bahu dia mula bergegar tapi air mata itu bukan air mata takut. Itu air mata pembebasan.

"Aku sudah tak ada siapa... dari kecil lagi. Aku hidup dalam rumah itu macam banduan. Setiap hari rasa takut nak balik. Setiap malam takut nak tidur."

Dia angkat kepala. Mata dia terus ke mata aku. "Sekarang aku cuma ada kau. Kau saja tempat aku boleh pegang, Azfar."

Aku tarik nafas perlahan. Senyum muncul di bibir aku tapi bukan senyum manis. Senyum sinis. Senyum puas. Senyum lelaki yang tahu dia dah menang.

"Dengar sini, Helena," Suara aku tenang, tapi keras. "Aku sanggup buat apa saja untuk kau. Aku sudah buktikan."

Aku capai dagu dia. Palingkan wajah dia ke arah aku. "Mulai malam ini, kau milik aku."

"Seorang pun tak boleh sentuh kau. Tak boleh caci kau. Tak boleh tengok kau pun tanpa aku izinkan."

Dia pejam mata perlahan. Air mata jatuh satu persatu tapi bibir dia senyum.

"Aku... tak kisah, Azfar. Aku cuma nak satu benda saja sekarang..."

"Apa dia?" Aku dekatkan muka. Nafas aku bercampur dengan nafas dia.

Dia buka mata. "Aku cuma nak kau... jangan tinggalkan aku."

Aku tak jawab. Aku tunduk, dahi aku sentuh dahi dia. Tangan aku belai rambut dia, tarik dia rapat dan dalam bisikan paling gelap aku pernah ucap.

"Aku tak akan tinggal kau. Sebab aku sudah tak boleh hidup tanpa kau."

Aku tenung dia. Senafas. Selama itu juga aku lupa dunia. Lampu Kuala Lumpur di belakang dia pun tak mampu lawan cahaya wajah dia malam ini.

Rambut dia panjang, hitam, halus, jatuh sampai paras pinggang. Ditiup angin perlahan. Macam dalam iklan syampu, tapi lebih real. Ada bang sikit jatuh di dahi yang nakal, manja, buat aku nak selitkan ke tepi guna jari.

Kulit dia putih. Bukan putih biasa. Putih yang buat aku rasa tangan aku ini terlalu kotor untuk sentuh. Putih bak salji, tapi ada rona merah jambu halus kat pipi sebab angin malam.

Mata dia besar, bundar, bercahaya. Macam ada semesta kecil dalam itu. Hidung dia tinggi, lurus. Terlalu cantik sampai rasa nak cium hujungnya dan bibir mungil. Merah samar. Lembut. Bibir jenis yang boleh buat lelaki berdosa walau belum sentuh.

Dia pakai jaket oversize, seluar longgar, sneakers hitam lusuh. Boyish gila tapi tak ada satu pun dari semua itu boleh sembunyikan hakikat bahawa Helena memang cantik.

"Kau tahu tak..." Aku bisik sendiri. "Kau lebih bahaya dari senjata. Kau boleh bunuh aku... tanpa darah."

Tiba-tiba dia kerut kening.

"Oi." Suara dia potong lamunan aku. "Kenapa pandang aku lama sangat? Ada cicak atas muka aku ke?"

Aku tergelak kecil. Gadis ini boleh saja koyakkan aura romantik dengan satu ayat bodoh.

"Tak ada cicaklah," aku balas. "Cuma tengah fikir... macam mana Tuhan boleh cipta kau secomel ini, tapi perangai macam samseng."

Helena gelak kecil. Sengetkan kepala. Rambut dia jatuh lagi ke depan. Aku cepat-cepat selit balik ke telinga dia. Dia tak marah. Malah diam macam nak biar tangan aku duduk lama di situ.

"Kalau aku comel jaga elok-elok, Azfar," dia bisik perlahan, "Jangan bagi orang lain curi aku."

Aku senyum sambil telan air liur. Gila. Aku memang sudah tak boleh lepas dia.

Dia masih diam cuma mata dia tenung mata aku. Langit malam jadi saksi. Bintang jadi penonton.

Aku angkat tangan perlahan, jemari aku sentuh sisi pipi dia yang lembut, sejuk, halus. Dia tak tolak, tak marah dan tak tarik diri macam selalu.

Dia hanya tunduk sikit, malu tapi tak bergerak. Angin malam tiup rambut dia, buat helaian hitam panjang itu melayang perlahan. Aku selit balik ke telinga. Tangan aku lekat di pipi dia. Satu jari aku jatuh ke bawah sentuh hujung dagu, dan angkat muka dia perlahan.

"Helena..." Suara aku rendah. Hampir tak keluar. "Boleh aku...?"

Dia pandang aku. Mata dia bulat, berkilat, jujur. Tak ada sinis. Tak ada benci. Tak ada garang.

Dia angguk kecil. Sikit sangat tapi cukup buat hati aku berhenti berdetak sekejap.

Aku rapat. Tunduk perlahan. Sampai dahi aku sentuh dahi dia. Hidung kami bersentuh. Nafas kami bercampur.

Dan akhirnya... bibir aku sentuh bibir dia. Perlahan. Sangat perlahan. Macam takut pecahkan sesuatu yang suci.

Bibir dia sejuk lembut tapi keras sedikit bukan sebab tak sudi tapi sebab janggal. Aku tahu... ini ciuman pertama dia.

Aku gerak bibir aku perlahan. Helena ikut... tapi kekok. Macam tak tahu nak buat apa.

Jari dia cengkam jaket aku. Mata dia masih terpejam. Nafas dia naik turun tak tentu arah. Aku tarik nafas panjang dalam ciuman itu dan tarik dia rapat dalam pelukan.

Angin malam berdesir kuat. Daun-daun pokok bergesel lembut. Kuala Lumpur masih menyala jauh di bawah tapi aku cuma nampak satu benda sekarang.

Helena.

Milik aku.

Kami masih berciuman lama tapi tetap perlahan dan aku rasa kali ini, dia tak akan tolak aku lagi.

Bila bibir aku lepaskan dia perlahan... aku buka mata. Dia masih terpejam. Pipi merah. Nafas tercungap.

"Sorry..." Dia bisik, "Aku tak pandai..."

Aku senyum kecil. Tolak rambut dia ke belakang.

"Tak payah pandai, sayang. Ciuman pertama kau ini... cukup buat aku rasa aku lelaki paling bertuah dalam dunia."

Dia buka mata. Pandang aku penuh rasa. Untuk pertama kali dalam hidup aku, si Helena yang keras kepala... tunduk dan letakkan hatinya dalam genggaman aku. Tanpa syarat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience