Bab 87

Mature Content Series 1807

Tengah malam. Angin kipas siling perlahan-lahan menari atas kepala aku. Lampu ruang tamu malap. Langsir tak tutup habis, cahaya neon dari bangunan seberang masuk separuh ke dalam rumah.

Rumah sewa RAG sunyi malam ini. Azfar entah ke mana mungkin tidur dalam bilik dia. Reza masuk bilik awal. Mungkin lelah dengan cinta dunia.

Dan aku... aku duduk atas sofa, pakai t-shirt lusuh, sambil tengok Elvina baring atas karpet depan TV.

Dia pakai hoodie aku. Yang warna kelabu itu. Saiz M lelaki, tapi nampak comel gila bila dia pakai besar-besar. Kaki dia lipat ke sisi, rambut merah dia terurai, kepala dia sandar bantal.

"Kau selesa tak baring kat situ?" Aku tanya.

"Selesa. Ni karpet paling selesa dalam dunia bila ada kau dekat."

Aku tergelak kecil. Turun dari sofa, duduk atas lantai sebelah dia. Aku usap kepala dia perlahan, jari aku selak anak rambut dia dari dahi.

"Kau tak ngantuk?"

"Tak. Esok off. Aku nak manja dengan kau." Dia capai tangan aku, letak atas pipi dia. "Kau tau tak... aku suka bila kau usap kepala aku. Rasa selamat."

"Kalau aku tahu semudah tu buat kau rasa selamat, aku dah buat dari awal lagi."

Dia senyum, tutup mata. Muka dia tenang. Bibir dia lembut. Dan aku... aku lupa dunia ada benda jahat bila Elvina baring sebelah aku.

"Boleh aku tidur sini malam ni?"

"Sofa ke lantai?" Aku tanya.

"Lantai. Dengan kau tapi jangan peluk kuat sangat. Nanti aku tak boleh nafas."

Aku gelak. Tarik bantal, baring sebelah dia. Dia rapatkan badan. Letak kepala atas lengan aku. Tangan dia pegang baju aku pada dada, cengkam sikit.

"Aku suka bau kau." Dia bisik.

"Padahal aku belum mandi lagi ni." Aku senyum.

"Lagi la aku suka. Natural."

Kami senyap. Bunyi kipas. Bunyi trafik jauh-jauh tapi dalam ruang tamu sunyi itu, ada satu rasa yang tak perlu disebut: rasa tenang.

Dan malam ini... Elvina baring dalam pelukan aku. Tak minta apa-apa.

Cuma... nak aku ada. Ruang tamu rumah sewa kami malap, tenang dan sejuk. Lampu kuning dari dapur terbuka separuh saja, bagi bayang samar-samar ke lantai. Langsir tak tutup sepenuhnya nampak kelip lampu jalan luar tingkap. Karpet biru tua yang aku duduk atas ini agak kasar sikit, tapi tak jadi hal bila ada Elvina baring rapat dengan aku.

Dia baring atas lengan aku, kepala dia tepat bawah dagu aku. Badan dia kecil, tapi bila peluk, terasa lengkap. Jari dia main lipatan baju aku perlahan. Kami diam lama tapi bukan diam kosong tapi diam yang rasa penuh dengan makna.

Aku tunduk sikit. Pipi aku rapat ke dahi dia.

"Baby..."

"Hmmm..."

"Boleh aku cium kau malam ni?"

Dia tak jawab tapi mata dia buka perlahan. Pandang aku dengan mata redup, tapi tak menolak. Dia tarik tengkuk aku perlahan.

Bibir kami hampir. Hampir dekat. Lagi dekat. Aku rasa nafas dia hangat, perlahan. Aku nak cium bibir dia perlahan, penuh rasa.

Tiba-tiba...

"AKU SAKIT MATA LA WEH!!!"

Aku dan Elvina serentak terkejut. Terangkat kepala. Terangkat jantung.

Reza berdiri betul-betul di tepi sofa, pakai seluar tidur dan t-shirt kelabu, rambut serabai, dengan muka penuh trauma.

"Korang buat maksiat atas karpet aku?! Atas karpet AKU WEI!!"

Aku cepat-cepat bangun, Elvina duduk sambil cover muka dengan hoodie.

"Reza... chilllah bro. Takde la sampai..."

"TAKDE LA APA?! Aku bangun sebab nak minum air. Sekali nampak dua ekor ni bercumbu macam sinetron kat TV3."

Reza tolak cermin mata dia ke atas. "Esok aku nak vacuum karpet. Dengan air Yasin."

"Bro... belum sempat cium pun."

"Kalau sempat, aku sumpah aku pasang CCTV!"

Elvina gelak perlahan, malu-malu. "Sorrylah Reza. Esok kami basuh balik karpet tu."

"Basuh tak cukup. Bakar je terus." Reza blah ke dapur sambil mengomel seorang pasal rumah ini sudah tak suci. Kami berdua tergelak senyap. Aku pegang tangan Elvina, tarik balik baring atas lengan aku.

"Takpe... next time kita kunci pintu dalam bilik."

"Atau sekarang kau nak peluk aku dalam bilik terus?"

Dan malam itu, walaupun cinta kami terganggu oleh trauma Reza, pelukan dia masih cukup buat aku rasa dunia tak jahat sangat.

Reza dari dapur bawa air kosong. Muka dia masih trauma. Langkah dia berat, penuh dendam. Tiba-tiba... dia duduk terus atas sofa, betul-betul belakang tempat aku baring dengan Elvina.

Dia buka telefon. Skrol. Tak cakap apa. Tapi nafas dia kuat, macam baru lepas lari marathon... padahal cuma lari dari dosa orang lain.

Aku dongak sikit. "Weh... Reza. Kau buat apa kat sini?"

Dia tak angkat kepala. "Skrol Twitter. Cari ketenangan. Tak boleh tidur."

Aku jeling Elvina. Dia senyum tahan gelak. Aku telan air liur. "Bro... aku dengan Elvina nak lepak sini malam ni. Boleh tak... kau masuk bilik?"

Reza terus pandang aku. Mata dia... mata pensyarah yang baru tangkap student tiru assignment.

"Aku duduk atas SOFA AKU. Dalam RUANG TAMU AKU. Rumah SEWA AKU. Kenapa aku yang kena masuk bilik?!"

Aku tergamam. "Tapi bro... malam ni Elvina off day. Kami nak bermanja. Kau takde tempat lain ke?"

Reza minum air. Letak cawan dengan bunyi keras. "Tahu tak... dalam banyak-banyak tempat... kenapa kau pilih karpet depan TV? Yang aku baring atas setiap hari?"

Elvina sudah guling muka masuk lengan aku, gelak senyap. Aku tarik nafas. "Bro... chill. Aku bukan buat projek pun."

"Belum. Tapi gerak geri kau macam episod permulaan nak berprojek macam Azfar."

Reza sambung skrol. "Aku tunggu sampai korang masuk bilik. Aku nak pastikan tak ada projek edisi malam Jumaat kat sini."

Aku tutup muka dengan bantal. "Aduhhh... Reza bukan je pensyarah, tapi sekarang jadi pengawas moral."

Reza tak beralih. Dia duduk saja situ. Aku bisik kat Elvina. "Aku rasa kita kena seludup masuk bilik senyap-senyap macam pasangan larikan diri."

Dia bisik balik. "Takpelah... atleast aku tahu, rumah ni ada sistem keselamatan tersendiri."

Dan malam itu... walaupun tak jadi projek depan TV. Aku tetap bahagia. Sebab Elvina baring dalam pelukan aku. Dan Reza... duduk atas sofa sambil trauma dan menghafal surah azab dunia.

Aku sudah tak tahan. Dari tadi Elvina makin kecilkan jarak. Lengan dia peluk perut aku. Kepala dia tersorok bawah dagu. Nafas dia panas. Rasa dia... tak selesa.

Tapi... atas kepala aku ada satu suara hantu.
Skrol Twitter sambil sedut air kosong kuat-kuat.

Reza.

Aku angkat kepala. "Baby. Jom masuk bilik aku."

Elvina angguk. Dia bangun, lipat hoodie. Tangan masih genggam tangan aku. Baru dua langkah kami bangun...

"WEH." Reza bersuara.

Kami berdua pusing.

"Kalau ada jiran report esok kata ada aktiviti tak senonoh dalam rumah ni... MAMPUS."

Aku pegang pintu bilik. Pandang dia. "Bro. Aku masuk bilik sendiri. Dengan girlfriend aku. Nak tidur. Takkan tu pun kau rasa berdosa?"

Reza letak tangan atas dahi. "Aku tak kisah korang tidur. Tapi kalau aku dengar bunyi pelik... aku report!"

Elvina tahan ketawa. Aku cuba tenang. "Reza. Kami tidur je. Rasa punyalah rumah ni besar, kenapa semua pergerakan cinta aku jadi bahan berita kau?"

Dia angkat gelas. Minum lagi. "Sebab kau bercinta macam drama swasta. Muka kau penuh nafsu dari tadi."

Elvina sudah masuk bilik dulu. Aku masih berdiri depan pintu. "Reza. Kalau rumah ni ada cermin... aku suruh kau cakap dengan diri kau sendiri. Sebab aku tak rasa aku lagi berdosa dari kau bila kau intai orang bercinta."

Reza jeling. "Aku bukan intai. Aku nak air je tadi. Tapi sekarang otak aku trauma."

Aku tutup pintu bilik sambil bebel perlahan. "Trauma la sangat. Nanti kau bercinta dengan Rissa gila tu, aku nak duduk atas katil kau sambil makan kuaci."

Pintu bilik tutup. Elvina sudah baring atas katil aku. Rambut merah dia terurai atas bantal. Dia senyum. "Penat gaduh dengan pensyarah dalam rumah ni?"

Aku tarik hoodie aku, lempar ke kerusi. "Tak penat. Tapi aku rasa... rumah ni perlukan ketenangan. Bukan Reza."

Bantal bawah kepala Elvina tenggelam sikit bila aku baring sebelah dia. Kami mengiring, muka bertentang. Lampu luar beri cahaya samar yang cukup tunjuk bentuk wajah dia, mata sepet dia, bibir yang separuh senyum, dan pipi yang aku sudah hafal garisan halusnya.

"Sayang aku tak?" Aku tanya perlahan.

Dia tarik lengan aku, letak atas pinggang dia. "Kau rasa?"

Kami diam tapi bukan diam kosong. Dalam sunyi bilik bujang sempit ini, jantung aku bunyi paling kuat.

Dia main jari aku. Satu-satu. Ditarik. Dibelai.

"Aku suka tangan kau. Besar dan panas." Bisik dia.

"Aku suka mata kau. Bila kau pandang aku lama-lama, aku lupa aku siapa." Aku cium ubun-ubun dia pelan-pelan. Tak rakus. Tak gelojoh. Ciuman tenang. Penuh sayang.

Dia pegang baju aku, genggam sikit di dada.

"Kau tahu tak..." Nada dia rendah. Serius.

"Walau aku pernah dikecewakan dulu, bila aku dengan kau... aku rasa hidup aku macam tak sia-sia."

Aku peluk dia perlahan. Tangan aku usap belakang dia. Perlahan. Lembut Hidung aku sentuh hidung dia.

Bibir aku dekat bibir dia tapi tak cium terus. Aku tunggu dia buka mata.

Dan bila dia buka... Mata kami jumpa. Mata dia kata: "aku izinkan."

Aku cium bibir dia perlahan, dalam dan ciuman kami tak terburu-buru. Ciuman dua orang manusia yang betul-betul saling pilih, bukan sekadar rasa atau nafsu.

Tangan dia naik ke tengkuk aku. Dia peluk kepala aku. Rapat. Bibir dia balas ciuman aku perlahan-lahan. Dan aku tahu malam ini bukan tentang ghairah. Tapi tentang percaya.

Kami baring begitu rapat. Masih berpakaian. Masih sopan. Elvina baring rapat dengan aku.
Lengan dia melingkar perlahan di leher aku.
Kepala dia sandar atas dada aku, telinga dia dengar degup jantung aku yang makin laju.

Aku usap rambut dia perlahan. Satu tangan aku peluk pinggang dia, satu lagi main hujung rambut merah dia yang lembut. Bau dia... wangi tapi bukan bau minyak wangi pasar malam. Bau Elvina. Bau yang buat aku rasa... aku ada tempat.

"Baby..." Aku bisik.

"Hmm?"

"Tidurlah sekarang dah lewat malam."

Dia angkat kepala sikit, pandang aku. "Kau sure ke... kau tak nak buat apa-apa malam ni?"

Aku senyum. "Aku peluk kau, bukan sebab aku nak kau tapi sebab aku sayang kau."

Dia diam tapi mata dia lembut. Aku tahu dalam hati dia, ayat aku itu... tepat kena.

Dia letak kepala balik atas dada aku. Tangan dia genggam hujung baju aku.

"Aku selesa dengan kau."

"Aku janji... aku takkan buat apa-apa yang kau tak ready. Aku bukan Azfar."

Dia tergelak perlahan. "Kalau kau Azfar, aku dah sepak kau keluar bilik tadi."

Aku cium rambut dia perlahan. Tarik selimut sampai tutup bahu dia. Lampu luar makin suram. Bunyi enjin motor jauh-jauh kedengaran sekali-sekala. Kipas siling pusing perlahan. Dan katil bujang sempit ini, jadi tempat paling selamat dalam dunia malam ini.

Kami senyap tapi tangan dia masih atas dada aku. Jari dia gerak perlahan. Lakar bentuk entah apa atas baju aku.

"Kalau aku tertidur, jangan tinggalkan aku."

"Aku tak ke mana. Kalau aku bergerak pun, aku bawa kau sekali."

Dia senyum. Mata dia tutup perlahan.

Dan malam itu... dalam ruang sempit bilik lelaki bujang berumur 33 tahun, aku tahu aku sudah jatuh cinta betul-betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience