Bab 8

Mature Content Series 1807

Terjungkit naik kening nya tatkala mendengarkan ayat yang meluncur keluar daripada mulutku. Sungguh dia tidak sangka bahawa aku akan menerima untuk menjadi teman. Sejak awal lagi dia sudah membuat andaian sendiri bahawa aku bakal menolak permintaannya. Walaupun dia tahu akan hal itu, dia tetap ingin berkomunikasi dengan ku. Dan, tidak sangka yang aku menerima dia sebagai teman.

"Wow, suddenly accepted. What a brave woman. You know, you're the first girl to accept me as a friend. As for other female students, they run away because of my appearance."

Ujarnya dengan hati yang berbunga-bunga. Bukan kerana jatuh cinta, tapi kerana gembira. Mark menyandarkan tubuhnya ke belakang kerusi kemudian menyilangkan kedua belah tangannya di dada. Kepala diputar kearah ku. Bibirnya diukir senyuman yang sebenar, bukan sinis. Namun hanya bertahan selama 1.05 saat. Salah satu bibirnya berhenti tersenyum dan jatuh. Serta merta senyuman tadi berubah menjadi sinis.

Wajahnya masih lagi menjadi santapan anak mataku, malah sejak dia mengetuk-ngetuk kepalaku. Senyuman Mark sebentar tadi tidak dapat aku tafsirkan. Adakah itu senyuman bahagia? Atau senyuman berpura-pura? Otak ku tidak menghiraukan tentang senyuman 1.05 saat miliknya itu. Kerana bagi aku senyuman yang bakal terus diukir pada bibirnya hanyalah sinis. Iya, sinis dan mengejek.

"I accept you as a friend because I don't want you to be lonely. After all, you don't know much about the intricacies of this country. And, you don't even know a word of Malay. So I want to be your guide as long as you are here."

'Pembimbing sesatlah tapi.'

Sambung ku di dalam hati. Aku masih lagi tidak berpuas hati dengan jejaka yang bagaikan seorang gengster ni. Tah-tah memang gengster kat sana. Tidak sangka juga ada ibu bapa yang memberikan kebenaran kepada anak mereka untuk bertatu seluruh badan. Namun setiap kali aku melihat wajah Mark yang bersih tanpa secalit tatu itu kelihatan seperti dia seorang yang polos. Innocent. Tapi bukan bermaksud bahawa Mark mempunyai baby face. Mukanya seperti wajah lelaki pada umumnya. Terlihat tulang pipinya yang timbul dan wajahnya yang sedikit cengkung.

Tak cukup tidur ke atau tak cukup 'ubat'? Entahlah.

"So, teach me a Malay word."

Tiba-tiba dia bersuara riang. Tanpa ku sedar wajahnya kini berada tepat di hadapan muka ku. Tidak ku sangka bahawa sungguh jauh aku melayang sehingga tidak perasan akan wajah nya yang sungguh rapat dengan wajah ku.

Aku menjarakkan sedikit kepala ku ke belakang daripada wajah Mark.

"Uh.. okay. Let's start with the most simple word. I. I in Malay is saya."

Aku memandang ke arahnya. Jari ku dimainkan antara satu sama lain. Terasa canggung sekali. Kenapa tiba-tiba sahaja aku begini? Bukankah aku yang menawarkan diri untuk menjadi guide untuknya? Diriku dilanda dengan perasaan yang tidak dapat aku tafsirkan. Ini bukan perasaan yang dinamakan cinta.  Jagung berdegup kencang. Dapatku rasakan tanpa melekatkan stetoskop di dada. Hilang terus senyuman ku tatkala anak mata terus menatapnya. Adakah sekarang harga senyuman ku meningkat? Bukan ye.

Hanya saja, berat mulutku untuk mengukirkan satu garisan yang indah itu di bibirku. Bagaikan seluruh sistem untuk tersenyum sudahpun berkarat dan tidak lagi berjalan.

Kami terus menerus menatap anak mata satu sama lain. Aku yang berada di hadapan nya ini menanti dia mengeluarkan perkataan 'saya' persis seperti aku yang aku sudah mengajarkan. Namun dia pula hanya mendiamkan diri. Matanya yang hitam pekat itu hanya kekal menusuk anak mataku. Tangan yang disilangkan juga tidak lepas dari dadanya. Matanya yang sedia terbuka perlahan-lahan mengerdip hanya untuk membasahkan retina yang kian kering.

Waktu seketika bagaikan terhenti. Aku dapat merakam bahawa kini hanya kami berdua sahaja yang ada didunia ini. Tiada mereka yang sedang berada di padang itu. Tiada Tafida yang sentiasa bersama ku tidak kira sewaktu kami bergembira mahupun merajuk bersama. Tiada rasa bimbang tentang assignment yang tidak kunjung disiapkan oleh ku. Tiada gambaran wajah tegang pensyarah ku yang sering terngiang-ngiang di kotak fikiran ku kerana tidak menyiapkan kerja. Tiada yang dapat aku fikirkan selain terus menatap wajah kosong milik Mark itu. Hanya kosong. Tiada mata, tiada mulut, tiada hidung, tiada kening dan tiada telinga. Kenapa semua anggota deria dia hilang?

Kenapa muka dia kosong? Bagaikan sehelai kertas putih yang bersih tanpa secalit tinta pen. Hanya menyisahkan rambutnya yang bagaikan garisan melintang pada kertas yang sedia ada. Perlahan-lahan kawasan disekeliling aku mula dikaburi dengan wap putih sehingga menutupi stadium itu daripada pandangan aku. Kini hanya tinggal aku dan Mark tanpa wajah. Aneh. Aneh kerana aku tidak berasa takut padanya. Aneh kerana aku tidak mahu bangun dan pergi darinya. Aneh kerana seluruh tubuhku tidak dapat dikawal sepenuhnya.

Kami hanya saling bertatapan bagaikan pandangan kucing dan tikus, ingin sahaja aku cabut daripadanya namun ekor ku ditahan. Dan pada akhirnya kami bertatapan bagaikan sebuah lukisan yang tidak akan bergerak. Terjebak di dunia kertas kanvas itu.

Tapi, tiba-tiba sahaja Mark tanpa wajah itu bangun daripada kerusi. Sejurus selepas dia mengangkat punggungnya, kerusi itu perlahan-lahan hilang ditelan wap putih. Hal itu terjadi dengan sangat pantas. Dia bangun, terus wap putih itu serbu kerusi tu. Lahap sungguh.

Aku hanya memerhatikan gerak-geri Mark yang mula menegakkan badannya. Sungguh jauh perbezaan ketinggian kami. Dia berdiri dan aku duduk. Mata ku masih lagi melekat di wajahnya yang sebelum ini menempatkan songket mata berserta isiannya. Walaupun wajahnya kosong, tapi aku yakin bahawa tempat dimana anak mataku menusuk merupakan dimana anak matanya terletak.

Wajah kosong Mark menunduk memandang ke arahku. Seketika badannya berputar 180° ke arah yang bertentangan. Manakala kepalanya setia menjamah wajah ku. Tidak bergerak walaupun seinci seperti kepala burung hantu. Aku yang diperlihatkan hal yang sebegitu mula terjentik dengan rasa ketakutan. Sistem badanku mula berfungsi kembali. Peluh mula membasahi dahi ku, kemudian turun jatuh ke pipiku. Badan ku yang tidak dapat digerakkan tadi kini menggigil ketakutan.
Badanku mula menunjukkan reaksi, namun kenapa tidak pada kaki? Mengapa otak ku tidak menghantar arahan pada otot kaki untuk berlari? Mengapa aku harus membatu dan melihat hal yang tidak jelas ini?

Badanku bertambah ketakutan apabila si hantu Mark itu mula berjalan ke arah bertentangan dengan kepala yang masih memandang ku. Dia seperti memanggil ku untuk mengejarnya. Dengan syarat dia harus memerhatikan larian ku. Disebabkan itu kepalanya masih lagi berkeadaan ngeri. Dia mula bergerak seakan lari dari ku dengan kepala yang masih menatap ku. Seperti mengajak ku untuk bermain kejar-kejar.

Aku yang diam ditempat. Melihat kan hal tentang kepalanya membuat seluruh tubuhku menggetar hebat. Tubir mataku mula dibasahi dengan anak air mata. Sebelum dia jatuh mengalir di pipi dan menjadi sungai. Sungguh aku sangat ketakutan dengan perlakuan aneh Mark tadi. Air mata ku jatuh ke bawah. Kini aku sendirian. Tiada yang menemani. Aku mahu menghapuskan air mata yang kian lebat, namun hasrat ku itu punah apabila aku masih lagi tidak dapat merasakan anggota badan ku. Aku bagaikan seorang yang mengalami kelumpuhan diseluruh badan. Tiada yang dapat aku gerakkan. Kelipan mata juga tidak dapat aku lakukan. Hanya kilang perasaan sahaja yang berfungsi dan disebabkan itu aku dapat mengeluarkan tangisan ku.

'Aku takut'

Bisik hatiku. Mataku masih lagi menatap ke arah tempat kali terakhir Mark berada disini. Hatiku menjadi gundah-gulana tatkala aku mengingatkan tentang sahabat rapat ku.

'Tafida Umaiza'

Aku membisik sebaris nama sahabat baikku itu. Kemana dia pergi? Adakah tandas begitu jauh? Atau diriku yang beralih daripada tempat duduk tadi? Namun siapa yang melakukan hal itu? Mana mungkin aku bergerak secara sendiri. Kerana aku berada didalam kesedaran 100%. Aku tahu yang aku hanya duduk di kerusi stadium itu sembari menunggu Tafida pulang daripada tandas.

Jantung ku mula mengepam dengan laju. Nafasku mula terputus-putus. Esakan mula kedengaran dengan begitu kuat. Jujur aku takut. Aku takut jika diriku tidak dapat menemui jalan pulang. Aku takut jika diri aku diapa-apa kan oleh situasi aneh ini. Aku takut, sungguh aku takut.

Dapat aku rasakan kepalaku mula membuat kekacauan. Otak ku bagaikan dipusing-pusingkan. Sakit yang tidak dapat digambarkan. Perih bagaikan ditusuk seribu jarum kecil secara bersamaan. Aku mula hilang kesadaran. Tapi apa yang dapat aku lakukan selain membiarkan? Aku tiada pilihan disini selain menerima sahaja hukuman yang entah apa salah aku. Adakah satu kesalahan jika aku ingin berkawan dengan Mark namun diselit sedikit dengan niat yang jahat? Adakah ini balasan ku? Tapi aku cuma mengajarnya perkataan 'saya', takkan tu pun salah.

Atau saka dia marah aku sebab aku ni cantik dan tuan dia berkenan nak jadikan aku kawan?

'Argh!'

Aku mendesis didalam hati saat sakit dicucuk itu mula meningkat dua kali ganda daripada yang tadi. Mungkin tadi seribu jarum dan kini dua ribu jarum. Sakit yang amat. Semuanya aku tahan. Jika aku ingin mengeluarkan ekspresi, itu hanya terjadi di dalam otak sahaja. Kerana mana mungkin aku dapat menggerakkan raut wajah ku. Aku ni memang persis seperti seseorang yang menghadapi kelumpuhan. Tiada yang dapat aku lakukan selain bangun daripada mimpi ngeri ini. Ya, mimpi. Ini mimpi. Ini bukan realiti. Ini hanya permainan tidur. Ini hanya permainan untuk mengaburi mataku. Ini bukan kejadian yang sebenar.

'Aku bermimpi.'

Sekali lagi aku mengingatkan diri bahawa ini semua adalah mimpi. Mana mungkin ada orang yang berwajah kosong melainkan dia hantu. Mana mungkin ada manusia yang dapat memutarkan kepala 180° clean tanpa ada rasa kesakitan pada lehernya. Ini semua tidak wujud. Ini hanyalah imaginasi aku. Ini hanyalah tipuan. Tak ori.

Aku yang setia menatap tempat yang sama muka bercucuran dengan air mata kembali. Deras. Bagaikan hujan lebat yang tidak akan berhenti.

'Ini semua mimpikan? Aku... akan... bangun...kan?'

Luluh hatinya saat menuturkan sebaris ayat yang sungguh aku takuti itu.

'Aku takut.'

'Tolong aku.'

'Tafida.'

'Cepat sikit balik daripada tandas tu.'

'Sahabat mu memerlukan kamu.'

'Aku...'

'...tak nak mati lagi, Tafida.'

'To..'

'..long'

'Aku.'

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience