Bab 90

Mature Content Series 1994

Petang. Bilik aku sunyi. Sunyi jenis yang boleh dengar bunyi jantung sendiri atau bunyi dosa lama tengah bernafas perlahan dalam kepala.

Laptop terbuka. Slide baru aku susun. Skrip kuliah minggu depan aku draf semula. Fail tugasan aku semak. Kertas bersepah, tapi ikut sistem aku sendiri.

Aku memang jenis tak suka gangguan masa kerja. Kolej ini bising, manusia celupar tapi bilik aku... zon selamat.

Sampai... TOK TOK TOK!

Bunyi ketukan pintu. Tiga kali. Perlahan tapi cukup jelas. Aku tak angkat muka dari skrin. Suara aku perlahan. Datar.

"Masuk."

Pintu buka dengan perlahan. Langkah masuk dan... bau bedak ringan campur wangi tudung pelajar yang tahu jaga maruah. Aku angkat mata.

Naura.

Tudung warna cream. Baju blouse longgar. Fail dalam tangan. Muka tenang. Mata redup. Aku tak terkejut.

"Budak ni... tak serik ke kena marah dengan aku hari tu?"

Dia tutup pintu perlahan. Langkah ke depan. Berdiri dalam dua meter dari meja aku.

"Hai, Sir." Suara dia lembut. Bukan manja, bukan mengada. Cuma... sopan. Aku angguk. Tak jawab salam. Tak senyum.

"Kenapa datang?" suara aku datar.

Dia peluk fail. Jari dia main hujung kertas. Mata tak berani pandang mata aku lama-lama.

"Saya nak tanya sikit pasal tugasan, Sir. Saya takut saya salah faham arahan tadi."

Aku geleng perlahan dalam hati. "Padahal dia budak paling cemerlang dalam kelas. Naura tak pernah salah faham apa-apa. Dia cuma... cari alasan nak bercakap dengan aku."

Aku sandar kerusi. Jari silang depan dada. "Arahan saya jelas. Kalau awak tak faham... awak tak layak jadi top student."

Dia tunduk sikit tapi tak terus keluar. Dia tenang. Masih berdiri. Degil.

Aku pandang Naura sekejap. Masih berdiri. Fail dalam pelukan, macam budak baru kena marah cikgu tapi nak minta pujian juga.

Aku angkat tangan, tunjuk kerusi depan meja. "Duduk."

Dia angguk perlahan. Tarik kerusi. Duduk sopan, lutut rapat. Tak silang kaki macam pelajar lain. Tangan masih peluk fail. Mata tengok meja bukan aku.

Beberapa saat berlalu dalam senyap. Kemudian, dia buka mulut. Perlahan.

"Saya... cuma nak cakap satu benda je, Sir."
Dia tarik nafas kecil. "Saya risau masa Sir MC haritu. Saya... saya tak boleh tidur." Dia senyum nipis, tapi riak mata dia bukan gurau. "Setiap malam... saya fikir. Sir okay ke. Sir makan ubat ke. Luka tu teruk ke..."

Aku diam. Pandang dia tapi tak balas.

Budak ini tak faham beza 'care' dengan 'obses'. Tapi aku tak salahkan dia. Dunia sekarang... mana ada lelaki bagi perhatian tanpa maksud. Jadi bila dia nampak aku garang tapi jujur, dia rasa aku selamat. Dia rasa aku boleh 'selamatkan' dia.

Aku buka mulut. Suara aku tenang. "Naura."

Dia angkat muka. Mata dia bersinar sedikit. Harap? Mungkin.

Aku sambung. "Saya masih hidup. Tak perlu risau sampai tak boleh tidur."

Dia tunduk sedikit tapi diam. Aku tenung dia beberapa saat. Nada aku berubah lebih tajam, tapi masih tenang. "Dan tolong jangan berlebihan."

Dia terkedu. Aku sambung, datar. "Saya adalah pensyarah awak. Bukan seseorang yang awak kena risau setiap malam."

Naura tunduk. Lama. Tak bergerak. Bahunya sedikit naik-turun. Nafasnya pendek. Tapi dia tak lari. Dia cuma angguk. Perlahan.

"Maafkan saya, Sir. Saya tak berniat..."

Aku potong.

"Saya tahu. Itu sebab saya masih bercakap elok."

Naura masih tunduk tapi suara dia muncul semula, perlahan. Lembut tapi jelas.

"Sir..." Dia genggam fail lebih kuat. "Saya... sukakan Sir." Dia angkat muka. Mata dia tenang, tapi ada getar di hujung suara. "Dari semester satu lagi tapi saya simpan. Saya tahu ini salah tempat. Salah masa."

Dia tarik nafas. "Tapi kalau... kalau hubungan ni dirahsiakan..." Dia senyum nipis, cuba kuat. "Saya janji tak akan kecoh. Tak akan ganggu kerja Sir. Tak akan buat apa-apa yang boleh jatuhkan nama Sir. Saya cuma nak... rasa dekat."

Aku tengok dia. Budak baik. Tapi salah target. Salah timing. Salah lelaki.

Aku hela nafas. Suara aku masih datar. "Naura..."

Dia terus pandang aku. Harap bersisa di mata dia.

Aku sambung. "Saya tak pernah... sukakan awak."

Nafas dia tersekat. Tapi dia tak tunduk kali ini.

"Saya anggap awak... pelajar saya. Itu saja."

Dia cuba senyum. Tapi gagal. "Kenapa, Sir?"
Suara dia pecah sikit. Tapi bukan menangis. Cuma... tercalar. "Kenapa Sir tak boleh terima saya? Saya tak cukup baik ke? Saya... tak cantik ke?"

Soalan itu tergantung dalam udara bilik. Mati tanpa gema. Aku diam. Satu saat. Dua saat. Kemudian aku jawab. Lurus. Tegas tapi masih profesional.

"Naura... Tak semua orang suka kita balik. Dan perasaan... tak boleh dipaksa."

Dia kaku.

"Saya tak berminat dengan awak. Bukan sebab awak tak cantik. Bukan sebab awak tak cukup baik. Tapi sebab saya... memang tak pernah ada rasa suka itu."

Kalau aku beri sedikit ruang, dia akan pegang harapan. Tapi kalau aku potong sekarang, mungkin dia akan benci. Dan kadang, dibenci lebih selamat daripada disayangi.

Aku sambung perlahan. "Awak masih pelajar saya. Dan saya tak mahu... apa-apa lebih dari itu."

Naura diam. Tunduk. Bahunya jatuh sikit. Tak ada tangisan. Tapi aku tahu... dalam dia sudah retak lagi.

Sunyi. Bilik pensyarah hanya dengar bunyi halus kipas siling berputar.

Naura masih duduk. Tak cakap apa-apa. Fail dalam pelukan. Mata tunduk. Nafas berat, tapi terkawal.

Aku tenung dia beberapa saat. Kalau aku biarkan dia duduk lebih lama, dia akan berharap. Kalau aku diam... dia akan tunggu. Dan aku tak ada masa untuk jadi watak utama dalam kisah cinta orang lain.

Aku betulkan duduk. Capai fail merah di tepi laptop. Tangan aku selak-selak dokumen. Nada suara aku tetap tenang. Datar. Profesional.

"Naura..."

Dia angkat muka perlahan. Mata masih suram.

"Saya ada banyak kerja nak selesaikan." Aku pandang skrin, tak pandang dia.

"MC saya seminggu. Banyak tugasan pelajar perlu disemak. Banyak perkara tertangguh.
Saya tak boleh buang masa dengan hal peribadi."

Dia terdiam tapi aku nampak kepala dia angguk perlahan.

"Baik, Sir..." Nada suara dia lembut. Kali ini lebih senyap dari tadi.

Dia bangun. Tarik kerusi perlahan. Berdiri sekejap. Tunduk sedikit.

"Terima kasih sebab layan saya dengan baik." Dia senyum. Tapi itu senyuman orang yang tak menang.

Aku tak balas. Pintu dibuka. Langkah perlahan keluar. Pintu tutup balik. Senyap. Klik.

Aku masih tak angkat muka. Tangan aku teruskan selak fail. Aku baru nak buka fail tugasan kelas lain. Mata aku separuh fokus. Kepala masih rasa berat. Tapi kerja tetap kena jalan. Bunyi notifikasi WhatsApp muncul.

TING!

Satu mesej. Aku pandang skrin telefon. Nama terpampang jelas: Rissa

Aku hela nafas panjang. "Apa pula kali ni..." Aku tekan mesej.

Rissa : Reza... malam ni kau free tak? Rissa masak... tapi bukan makanan yang kau boleh beli kat kedai.

Rissa : Rissa pakai baju yang Rissa baru beli... Nak tengok?

Aku tekan gambar blur kain satin warna merah atas katil, sengaja crop paras leher ke bawah.

Aku letak telefon perlahan. Muka aku kosong. "Gila ke perempuan ni..." Suara aku keluar perlahan. Serius. Datar tapi dalam hati...

"Kenapa setiap kali aku nak tenang... mesti dia muncul sebagai godaan yang paling sukar ditolak?"

Aku tak terus balas. Cuma letak telefon jauh sikit dari laptop. Tangan sambung taip. Mata fokus pada fail. Tapi kepala... sudah kelaut.

Aku tolak Naura sebab aku nak jadi manusia waras. Tapi perempuan ini...

TING!

Satu lagi mesej masuk.

Rissa : Kalau kau tak datang malam ni... Rissa nak tidur rumah kau. Pilih.

Aku pejam mata. Senyap.

Rissa : Kalau kau tak datang, Rissa datang rumah kau. Pakai baju nipis. Atau tak payah pakai baju.

Aku hela nafas. Panjang. Letih. Penat layan manusia yang tak faham bahasa. Aku taip.

Reza : Kau gila ke?

Reza : Kau baring sebelah aku pun... aku tak tertarik. Jangan perasan!

Aku tekan Hantar. Letak telefon atas meja semula.

Rissa fikir dia boleh mainkan kelemahan aku. Padahal dia lupa... aku tak pernah tidur dengan dia. Aku cuma pernah bagi ruang. Bukan bagi hati.

TING!

Mesej masuk.

Rissa : Reza... kau tipu. Kau pernah cium aku. Kau pernah peluk aku.

Aku baca. Mata aku separuh terbuka. Jari aku lambat skrol. Ya. Aku pernah cium bibir dia. Sekejap. Masa aku keliru. Entah mengapa aku cium dia hari itu.  Aku balas perlahan.

Reza : Jangan perasan!

Reza : Cium pun tak bermakna.

Reza : Kau fikir aku akan jatuh hati hanya sebab aku tak halau kau masa kau baring sebelah aku?

Diam. Senyap. Telefon tak bunyi lagi. Aku ingat dia sudah senyap. Tapi tak.

TING!

Satu lagi mesej masuk.

Rissa : Ego sangat Reza ni. Padahal suka, tapi nak pura-pura tak suka. Buang la ego tu jauh-jauh sikit. Rissa tak makan Reza la.

Aku kerut dahi. Sengih kecil. Bukan senyum sengih nak tampar. Manusia macam Rissa ini... dia tak kalah. Dia tukar taktik.

Rissa : Kalau tak suka Rissa... kenapa sanggup bertumbuk dengan Aizat haritu?

Rissa : Kenapa sanggup berdarah, luka, masuk ward? Siap baring kat katil hospital sambil kepala berbalut macam mummy Egypt.

Rissa : Nak selamatkan siapa? Rissa la, bangang.

Aku baca perlahan. Tak terus balas. Dia sambung lagi.

Rissa : Kau boleh tipu satu dunia, tapi kau tak boleh tipu tindakan kau sendiri.

Rissa : Takkan la kau lawan lelaki gila yang hampir dua kali saiz kau semata-mata sebab 'tanggungjawab'? Please, Reza. Jangan jadi bodoh sangat.

Perempuan gila ini memang celaka. Tapi dia tahu tepat di mana nak cucuk aku.

Rissa : Kalau Rissa datang rumah Reza sekarang... Reza tetap akan buka pintu kan?

Rissa : Sebab Rissa satu-satunya perempuan yang Reza sanggup mati kan?

Aku genggam telefon. Letak perlahan atas meja. Dia salah. Tapi dia betul.

TOK TOK TOK!

Aku toleh pintu. Dua saat. Tiga ketukan. Aku pejam mata sekejap. Tarik nafas. Letak telefon atas meja.

"Masuk."

Pintu terbuka. Masuk tiga orang pelajar perempuan. Berderet macam kawan nak pergi tandas tapi sesat ke bilik pensyarah. Semua senyum. Semua wangi. Semua pakai baju kurung ketat yang kononnya ikut etika tapi bahu terbuka separuh alam. Mereka berdiri depan meja aku.

"Sir... sorry kacau." Yang tengah buka mulut. Rambut lurus, bibir merah. Nama dia Aira, kalau tak silap.

"Kami nak tanya pasal tugasan tadi. Tak berapa faham..." Yang kiri potong, sengih sambil kunyah gula-gula. Yang kanan main hujung lengan baju. Mata tak kelip tengok aku.

"Kalau ni cara baru nak minta markah lebih... sorry. Aku pensyarah, bukan juri pertandingan Miss Kolej Gatal."

Aku angkat kening. Datar. "Beri laptop."

"Eh?" Mereka teragak-agak.

Aku ulang. Nada sikit naik. "Kalau nak tanya pasal tugasan... saya tak boleh bantu kalau awak cuma bawa lipbalm."

Aira sengih malu. "Haha... okay Sir okay..."

Mereka buka beg. Keluarkan laptop. Letak atas meja. Tapi posisi masih berdiri. Dekat. Terlalu dekat! Kenapa nak tanya assignment kena rapat sampai bau minyak wangi tembus hidung aku?

Aku tolak kerusi ke belakang sikit. Duduk lebih tegak.

"Awak semua nak tanya apa?" Nada aku profesional. Wajah aku tak berubah. Mata aku tak turun bawah leher. Walaupun ini dugaan besar.

Yang satu tunjuk skrin. "Sir... yang 'dark trait reflection' tu... kita kena tulis pasal orang lain ke pasal diri sendiri?"

Aku pandang skrin. Jari aku tunjuk poin. "Refleksi bermaksud perbandingan antara teori dan pengalaman peribadi. Boleh guna diri sendiri, tapi mesti ada citation teori."

"Macam mana nak tahu kita ni ada trait tu ke tak?" Soalan kedua.

Aku balas, pendek. "Kalau awak manipulatif, tapi pandai cover, itu Machiavellian. Kalau awak rasa semua lelaki bodoh, dan awak superior itu narcissistic. Kalau awak rasa tiada perasaan lepas buat jahat itu psychopathic."

Mereka senyap. Salah seorang gelak kecil. "Sir... semua tu macam kami je..."

Aku angkat muka. Pandang dia tajam. "Kalau semua tu macam awak... awak patut pergi jumpa kaunselor. Bukan saya."

Dia terkedu. Kawan dia tahan gelak. Kadang-kadang aku garang bukan sebab nak tunjuk kuasa. Aku garang sebab aku tahu kalau aku senyum, semua ini makin naik kepala.

Aku sambung. "Ada soalan lain?"

Mereka geleng. Tapi yang tengah itu sempat pandang aku lama.

"Sir... dah makan?" Nada manja. Tak bertempat.

Aku buka fail. Tutup laptop dia. Tolak perlahan. "Topik ini tak berkait dengan tugasan. Sila keluar. Saya ada kerja."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience