Petang. Langit mendung. Angin tak kuat, tapi cukup buat pokok tepi jalan bergoyang perlahan macam gerak kepala orang sedih.
Aku berhentikan Y15 betul-betul depan kafe tempat Elvina kerja. Enjin aku matikan. Bunyi motor lenyap. Yang tinggal cuma degupan jantung aku yang degil.
Dia sudah tunggu. Berdiri seorang diri depan pintu kaca kafe, dengan apron sudah dibuka dan rambut merahnya diikat kemas. Elvina. Berdiri tegak, tapi tak senyum. Mata dia... kosong atau mungkin aku yang takut baca isi dalam itu.
Aku buka helmet perlahan. Turunkan satu kaki dari motor. Dia tak bergerak. Aku yang mula jalan perlahan.
Langkah demi langkah, macam dalam mimpi yang aku tak pasti ending dia bahagia ke tidak.
Bila aku sampai betul-betul depan dia, aku tak cakap apa. Aku cuma pandang dan tangan aku, aku angkat, letak perlahan atas bahu dia. Dia tak tarik diri tapi dia pun tak sentuh aku balik.
"Elvina..." suara aku tersekat. Lidah aku masih bengkak dari tindik tengah hari tadi, tapi aku gagahkan. "Maafkan aku..."
Dia pandang aku. Tak marah. Tapi tak lembut juga.
"Aku... aku mabuk malam tadi. Aku hilang akal. Aku tak patut tampar kau. Sumpah aku menyesal gila."
Elvina diam. Aku rasa bahu dia keras. Aku tarik nafas.
"Aku betul-betul sayangkan kau." Aku tekan sikit genggaman di bahu dia. Mata aku tenggelam dalam mata dia dalam.
"Jangan tinggalkan aku."
Diam lagi. Aku rasa jantung aku sudah mula sakit. Aku teruskan, suara pecah. "Aku... aku takut kau pergi."
Aku tunduk sikit. Bukan sebab lemah. Tapi sebab aku rasa... kecil. Macam budak hilang arah. Yang tinggal cuma perempuan ini satu-satunya orang yang masih tengok aku, walaupun aku pernah jadi binatang depan dia.
"Elvina... aku tak sempurna. Aku celaka tapi aku cuma ada kau."
Elvina pandang aku. Lama. Dia buka mulut perlahan. Suara dia rendah tapi tajam masuk terus ke dada aku.
"Kalau aku maafkan kau..." dia berhenti sekejap, mata masih renung aku, "kau janji tak tampar aku lagi?"
Soalan itu macam libas buluh runcing ke kepala aku. Aku telan air liur. Lidah aku masih rasa kebas tapi aku angguk.
"Janji."
Aku sambung, suara tenggelam-timbul. "Aku janji, El. Aku takkan buat lagi. Sumpah aku layan kau elok lepas ni. Aku nak jaga kau."
Dia tunduk sikit. Nafas dia pendek. Aku nampak mata dia mula basah.
"Aku..." suara dia pecah. "Aku rindu kau hari ni tapi aku takut."
Ayat dia macam peluru slow motion menembak masuk dada aku, perlahan-lahan. Menyakitkan tapi aku rasa lega dalam sakit itu.
Aku terus langkah ke depan. Tangan aku peluk dia kuat-kuat. Tak kira siapa tengok. Tak kira siapa lalu.
Aku tak cakap manis. Aku cuma peluk dan aku bisik tepi telinga dia, suara aku serak, tapi jujur.
"Aku pun rindu kau."
Tangan dia diam dalam pelukan aku tapi kepala dia tunduk di dada aku dan dunia masa itu... tak ada bunyi. Tak ada dosa. Tak ada siapa. Cuma aku dan dia.
***
Kami duduk berhadapan dalam restoran Itali yang lampunya malap tapi elegan. Lagu jazz perlahan main di background. Bau garlic butter dan tomato sauce menampar hidung.
Meja kami kayu oak gelap, dua gelas air kosong, dan satu menu yang aku tak tahu nak baca dengan betul.
Elvina duduk tenang. Rambut merah dia terletak kemas atas bahu. Baju dia simple, t-shirt putih dan jeans ketat. Tapi muka dia... tenang dan cantik. Walaupun bawah mata dia ada bayang penat, dia tetap nampak... Elvina.
"Aku order je eh?" aku tanya sambil belek menu.
Elvina angguk. "Asalkan jangan benda pelik-pelik macam otak lembu dalam spaghetti."
Aku senyum senget. "Ni restoran Itali, bukan kenduri kampung."
Aku panggil pelayan. Order dua set pasta dengan grilled chicken, dan satu pizza smoked salmon sebab aku tahu dia suka.
Lepas order, aku toleh pada dia. Dia senyum sikit. Aku buka dompet, letak kad debit atas meja. "Aku belanja. Jangan risau."
Elvina jeling. "Belanja sebab rasa bersalah, eh?"
Aku gelak kecil. "Maybe tapi mostly sebab aku nak kau happy."
Dia pandang aku lama. Tak cakap apa. Tapi mata dia... lembut. Tak macam tadi masa depan kafe.
Bila makanan sampai, meja terus bau syurga. Aku tolak pinggan ke arah dia. "Silakan, tuan puteri."
Elvina ketawa kecil. Dia potong chicken, suap masuk mulut. Dia tutup mata sekejap masa kunyah. "Sedap gilaaa..."
Aku senyum puas. "Ha, puas hati? Mahal tu. Sekali makan boleh bayar bil api dan air rumah aku sebulan."
Dia sengih sambil kunyah. "Lain kali gaduh lagilah. Boleh makan sedap macam ni."
Aku jeling. "Kau ni..."
Dia gelak. "Kidding."
Tapi dalam tawa itu, aku nampak sesuatu yang aku sudah lama tak nampak, dia ikhlas senyum dan hati aku rasa ringan.
Kalau aku boleh beli balik senyuman dia dengan semua duit dalam dompet aku sekarang, aku akan bayar. Berkali-kali.
Aku sudah separuh habis pasta bila aku tengok Elvina fokus sangat potong pizza. Muka dia khusyuk macam pakar bedah nak belah saluran jantung keju mozzarella.
Aku sengih. Tak tahan sudah. Ini waktu yang sesuai nak flex sikit.
"Elvina," aku panggil. Suara manja sikit. Sengaja. Sengih lebar.
Dia angkat muka. "Haa?"
Aku sengih lagi. Senget. Bad boy mode on. "Kau tak perasan apa-apa ke kat aku hari ni?"
Dahi dia berkerut. "Apa? Rambut kau?"
Aku geleng. "Bukan."
"Baju?"
Geleng lagi. Aku telan air liur sikit, tunduk sikit ke depan meja, dan... Aku jelir lidah.
Tayang barbell besi yang masih baru dan berkilau. Elvina terus tutup mulut. Mata dia bulat.
"Wehhhh!" Dia separuh jerit, separuh ketawa. "Lidah kau??!"
Aku senyum bangga. "Cartilage pagi, lidah tengah hari. Ganas sikit hari ni."
Dia gelak sambil tahan perut. "Gilalah kau, cool gila! Sumpah unexpected!"
Aku goyang-goyang lidah macam budak baru masuk kelas taekwondo.
"Level baru, babe. Versi upgrade. Rasa rebel tu... sampai ke tekak."
Dia masih tergelak. Muka dia sudah mula merah bukan marah, tapi teruja. Mata dia bersinar sikit.
"Sakit tak?" soal dia.
Aku angkat kening. "Sakit tu bonus tapi tengok muka kau terkejut tadi... worth it."
Dia geleng-geleng kepala sambil senyum. "Aku tak tahu nak marah ke nak cium."
Aku sengih besar. "Kalau dua-dua sekali pun aku okay je."
Elvina masih ketawa kecil. Muka dia sudah mula naik warna bukan sebab malu, tapi sebab dia tengah fikir benda bukan-bukan.
Aku kenal sangat muka itu. Dia potong pizza lagi, suap masuk mulut tapi mata dia tak lepas pandang aku. Mata jenis nakal. Mata yang buat aku tak boleh tidur malam.
Lepas kunyah, dia tunduk sikit. Suara perlahan, tapi tajam masuk telinga.
"Aku tak sabar..."
Aku angkat kening. Dia senyum, gigit bibir bawah sikit.
"...nak cium kau."
Mata aku terus berubah. Senyap tapi panas.
"Yelah..." dia sambung, mata jeling lidah aku, "aku nak rasa lidah baru tu."
Sial. Aku sengih. Perlahan-lahan.
"Tak payah tunggu lama pun..." Aku sandar belakang kerusi, senyum nakal sambil bisik. "...malam ni pun boleh."
Elvina terus tolak pizza ke tepi. Muka dia separuh terkejut, separuh teruja.
Dia jeling aku tajam. "Kau ni..."
Aku angkat bahu. "Kau mula dulu."
Dia ketawa sambil tutup muka. "Gila betul... tapi aku suka."
Elvina tenung aku lama, sambil jari dia main-main dengan garpu atas meja. Bibir dia masih senyum kecil, tapi ada sesuatu dalam mata dia iaitu spark. Api. Cabaran.
Dia condong sikit ke depan. Suara perlahan, seolah nak pastikan hanya aku yang dengar. "Lepas ni... aku pun nak tindik."
Aku angkat kening. "Apa?"
Dia senyum senget. "Telinga. Tambah sikit. And..." Dia berhenti. Buat muka miang sikit. "...pusat."
Aku hampir tercekik air. "Kau serius?!"
Dia angguk. "Serius. Barulah match. Kau tindik lidah, aku tindik pusat. Ganas kita berdua."
Aku terus senyum macam baru menang cabutan bertuah. "Gila ah... aku suka."
Dia sengih, jari dia sentuh bibir bawah dia sendiri.
"Kau teman aku eh nanti? Masuk bilik tindik sekali. Pegang tangan aku kalau sakit."
Aku ketawa kecil. "Pegang tangan je ke?"
Dia jeling. "Pegang lain kena bayar lebih, bang."
Kami dua-dua tergelak kecil tapi dalam tawa itu, ada sesuatu yang buat aku lupa semua masalah. Lupa tamparan malam semalam. Lupa dosa lama.
Aku dan dia. Gila tapi sama-sama gila dan malam ini... kami berdua sudah janji. Jadi pasangan yang lebih ganas dari semalam.
Lepas habis makan, aku sandar belakang kerusi. Tangan aku lap mulut dengan tisu, tapi mata aku tak lepas dari tengok dia.
Elvina pun sudah habis. Dia tenung aku sambil goyang kaki bawah meja. Muka dia nampak puas, tapi ada satu soalan dia simpan dari tadi dan aku tahu.
Dan akhirnya dia buka mulut. "Weh..."
"Hm?"
Dia tunduk sikit, suara perlahan. "Reza okay ke... kalau malam ni aku tidur bilik kau lagi?"
Aku senyum senget. "Buat apa nak tanya dia?"
Dia jeling. "Yelah... diakan satu rumah. Kang dia bising pulak."
Aku ketawa kecil. "Tak payah peduli."
Aku condong sikit ke depan, tangan aku sentuh jari dia atas meja. "Malam ni kita manja je senyap-senyap."
Dia ketawa perlahan. Muka dia merah sikit tapi tak tarik tangan. Aku genggam jari dia perlahan, suara aku tenang. Lembut. Serius.
"Aku janji..."
Dia pandang aku.
"...malam ni aku layan kau macam tuan puteri. Lembut-lembut je. Tak ada marah. Tak ada sakit."
Elvina tak cakap apa tapi dari cara dia pandang, dari cara dia tarik nafas perlahan... dia percaya aku. Dan malam ini, aku akan pastikan dia tidur dalam pelukan yang paling selamat pernah dia rasa.
Kami masih duduk. Lampu restoran malap suam-suam, tapi mata Elvina makin bersinar. Dia main-main straw air dia. Senyap sikit. Tapi aku nampak bibir dia bergerak macam tengah fikir ayat.
"Ada apa-apa lagi kau nak cakap?" aku tanya.
Dia jeling aku, senyum nipis. "Ada satu benda aku nak minta..."
Aku angkat kening. "Cakap jelah. Kau nak tindik dua lubang sekaligus pun aku support."
Dia ketawa kecil, tunduk. "Bukan... bukan tindik."
Aku tunggu. Dia tarik nafas. "Aku..." dia pandang aku sekejap. Teragak-agak.
"...aku teringin nak beli kasut Nike yang aku tengok kat Shopee tu. Tapi... aku takut gaji aku habis awal bulan."
Aku terdiam tiga saat. Tengok muka dia. Muka orang yang jarang minta benda. Muka orang yang kira setiap sen bila nak beli barang sendiri. Muka orang yang... aku sanggup bagi segalanya.
Aku terus senyum. Tak tunggu. "On."
Dia terkejut. "Hah?"
Aku bersandar balik. "Lepas makan ni, kita pergi cari. Kau tunjuk je kasut mana kau nak."
"Tapi..."
"Aku cakap 'on'."
Aku pandang dia. Lurus. "Tak kisah mahal pun. Asalkan kau sayang diri kau. Bukan kasut yang penting tapi muka kau happy tu yang aku nak tengok."
Dia terdiam. Mata dia tiba-tiba berkaca sikit. "Tapi aku takut aku manja sangat..."
Aku senyum. "Manjalah. Aku suka."
Share this novel