Bab 6

Mature Content Series 1807

Aku berdiri di depan, diam. Tangan aku genggam pen marker sampai bunyi 'klik-klik' pun boleh dengar satu dewan. Bau aircond, bau peluh budak-budak umur awal dua puluhan yang pura-pura faham teori psikologi. Konon hebat berdebat di Twitter, tapi bila suruh tulis paper, hampas.

Aku renung satu-satu muka depan aku. Ada yang tunduk, ada yang sengih bodoh, ada yang buat-buat cari pen dalam beg. Tipikal.

Aku hela nafas, ambil satu kertas assignment dari timbunan depan meja. Coretan merah penuh bahagian tepi. Ayat tak habis, teori salah pakai. Aku lambung balik kertas itu ke atas meja.

"Siapa tulis ni?" suara aku keluar perlahan, tapi tak ada yang angkat tangan. Muka aku masih senyum sikit, senyum yang orang kata seram itu.

"Saya tanya sekali je. Siapa tulis paper sampah ni?" aku ulang. Ada yang berbisik. Ada yang toleh belakang cari 'mangsa'. Sorang budak lelaki, duduk baris kedua, angkat tangan perlahan. Badan dia menggigil macam aku nak makan dia hidup-hidup.

Aku angguk sekali. Perlahan, aku tepuk meja "Bagus. Jujur."

Beberapa orang depan tertelan air liur. Budak itu tunduk. Aku tak marah dia lebih-lebih. Aku marah sistem bebal kepala otak mereka yang fikir kelas aku tempat lepas tangan.

Aku jalan ke depan whiteboard. Pen marker aku tekan pada tapak tangan. Bau dakwat kuat menusuk hidung.

"Dengar sini. Psychology bukan pasal kau baca 'thread' motivasi dua tiga keping gambar, kau rasa kau faham manusia. Ini science. Kau main-main, kau fail. Aku ulang, kau fail."

Aku toleh, cari mata sorang-sorang. Beberapa pasang mata sudah mula berair. Biasalah, air mata budak kolej ini murah. Yang mahal, otak. Itu yang aku cari.

Aku tunjuk timbunan kertas kat meja "Assignment ni aku bagi masa dua minggu lepas. Dua minggu tu cukup untuk kau pergi karaoke, dating, tengok wayang, beli kopi mahal. Tapi tak cukup untuk kau double check teori? Biar betul."

Aku senyum lagi, letak pen marker atas meja.

"Okay. Aku bagi peluang. Semua duduk sini. Buka laptop. Hari ni kita betulkan sama-sama. Siapa tak boleh betulkan, sila keluar. Biar aku potong markah depan-depan. Biar aku ajar kau erti tanggungjawab."

Aku sandar tepi meja. Lengan aku silang. Tengok mereka mula buka laptop, terkial-kial tekan password, padam air mata tepi tudung. Ada yang baru sedar kalau nak lulus kelas Sir Reza, kau kena guna otak kau sendiri.

Aku jeling jam tangan. Masa aku mahal tapi tengok kebodohan depan mata ini, aku rela bazir sejam.

"Jangan risau..." aku kata, suara aku lembut sikit, senyum masih keras. "...kalau kau rasa assignment ni susah, drop je kelas aku. Senang. Aku tak rugi, kau yang rugi."

Aku duduk, capai kertas lain, tanda lagi dengan pen merah. Satu-satu. Kepala aku masih berdenyut, tapi puas hati sikit tengok ada yang sudah sedar main dengan Sir Reza, jangan bodoh sangat.

Aku capai remote projector. Tekan butang. Bunyi kipas projector berdengung perlahan, lampu malap. Skrin putih turun perlahan dari siling dewan kuliah. Semua mata pandang depan. Baru sekarang masing-masing senyap betul.

Aku buka slide yang patutnya semua sudah baca. Topik dua minggu lepas "Defense Mechanism". Aku berdiri di tepi meja, telunjuk aku tunjuk skrin. Slide pertama.

Aku angkat suara, masih kedengaran garau sebab sisa marah tadi belum habis tapi nada aku rata. Tenang.

"Kau orang semua... tulis assignment pasal teori, tapi satu pun tak faham cara dia kait dengan manusia. Semua salin Wikipedia. Aku baca satu-satu sampai naik muntah."

Beberapa orang depan tunduk lagi. Aku biar. Aku teruskan.

"Okay. Dengar. Defense Mechanism ni cara otak kita selamatkan diri bila benda sakit berlaku. Kalau kau pernah kena tinggal, kena tipu, kena maki, kau akan react. Tapi kau react tak sedar."

Aku jalan perlahan ke tepi skrin, slide bertukar ke gambar diagram otak, id, ego, superego. Klasik Freud.

"Contoh paling senang adalah Repression. Kau simpan memori trauma dalam bawah sedar. Kau tak ingat, tapi perangai kau rosak sebab memori tu."

Aku ketuk meja dengan jari telunjuk. Sekali. Supaya bunyi berdetak masuk telinga mereka.

"Kau rasa marah kat orang yang tak bersalah. Kau rasa tertekan. Tapi kau tak tau kenapa. Sebab apa? Sebab kau repress benda tu. Faham tak?"

Ada sorang budak perempuan depan angkat tangan perlahan. Suara dia kecil. "Sir, maksudnya repression ni sama macam denial ke?"

Aku angguk. Bagus. Sekurang-kurangnya ada yang guna otak.

"Lebih kurang. Tapi denial tu kau sedar. Kau tau benda tu jadi, tapi kau tipu diri sendiri. Contoh: orang yang kantoi pasangan curang, tapi dia cakap 'Tak, dia sayang aku lagi.' Itu denial."

Beberapa orang tergelak kecil. Aku sengih sikit. Suasana tegang reda sikit cukup. Tapi aku tak mahu mereka lupa kenapa aku marah.

"Kau orang semua suka tulis ayat cliche 'move on'. Tapi realitinya manusia jarang move on. Manusia repress. Denial. Projection. Kau salahkan orang lain padahal masalah dalam diri sendiri."

Aku pandang sekeliling. Slide aku tukar ke skema contoh kes sebenar. Aku buka pointer, tunjuk satu-satu.

"Assignment kau orang dua minggu lepas tu tulis case study. Bukan copy paste. Bukan Google translate. Kau jumpa orang, kau tanya, kau analisis. Siapa malas, markah kosong. Aku ulang, kosong."

Aku hela nafas. Remote projector aku letak atas meja. Mata aku pandang mereka kali ini lebih lembut, tapi nada tetap keras.

"Kelas aku bukan tempat lepas kredit. Aku ajar kau jadi manusia. Kalau rasa tak tahan, pintu kat belakang. Selamat jalan."

Aku tepuk meja perlahan. "Buka laptop sekarang. Kita mula."

Lampu projector terus menembak cahaya putih ke skrin. Muka-muka depan aku sudah pasrah. Keyboard mula berbunyi. Aku capai pen merah, tandakan kertas satu-satu.

Aku senyum nipis. Dalam kepala puas hati sikit. Sikit saja. Aku duduk semula atas meja. Kaki bersilang. Slide masih terpancar kat skrin, budak-budak depan aku sudah mula menaip, muka macam baru lepas kena tampar. Bagus. Biar terasa.

Aku selak kertas assignment. Pen merah aku sudah tinggal dakwat separuh. Baru aku nak sambung tanda, telefon aku bergetar di tepi laptop. Satu notif WhatsApp — Ghibran.

Aku jeling skrin.

Ghibran [12:43PM]: Weh reza. Azfar bodoh gila.

Aku senyum kecil. Sudah agak. Kalau tak Azfar, siapa lagi. Notifikasi seterusnya masuk.

Ghibran [12:44PM]: Dia bancuh kopi 3 in 1 pakai air paip sebab kata 'nak cepat sejuk'. Bodoh tak?

Aku terangkat kening. Nasib baik aku tengah duduk. Kalau berdiri, confirm aku hempas kertas ini atas kepala pelajar. Satu dewan aku tenung budak-budak tengok aku macam takut aku nak meletup lagi.

Aku senyum sikit, senyum tulen, bukan senyum marah tadi. Aku balas mesej.

Reza: Kau suruh dia minum je. Biar cirit berlari balik dari site.

Belum sempat aku letak telefon, Ghibran balas lagi.

Ghibran [12:45PM]: Dia kata nak buat ais latte tapi susu habis. So dia tuang air paip. Sekarang dia suruh aku rasa. Kau nak aku mati ke?

Aku tekan mulut dengan belakang tangan. Sikit lagi aku tergelak kuat depan budak-budak ini. Sempat keluar bunyi 'tsk' macam tahan bersin. Beberapa pelajar depan aku terkejut ingat aku marah lagi. Aku letak telefon atas riba. Tarik nafas, cover.

"Teruskan kerja kau orang. Siapa nak tanya, angkat tangan. Siapa malas, aku potong markah hidup-hidup."

Budak-budak makin laju menaip. Aku sempat baca satu dua skrin laptop depan aku. Ada yang dah mula salin slide. Ada yang Google kes contoh. Ada yang masih bodoh tengok keyboard tak apalah. Reza sabar. Sikit saja sabar dia.

Telefon bergetar lagi.

Ghibran [12:46PM]: Kau balik nanti, belanja makan. Aku stress serumah dengan azfar. Aku nak baling dia dalam tong sampah.

Aku tekan balas.

Reza: Kau baling dia dulu. Aku belanja kemudian.

Senyum aku mati kat situ. Pen merah naik semula. Kepala aku tunduk baca satu-satu kertas yang masih tak siap tanda.

Di depan, slide Defense Mechanism masih terpancar terang. Di belakang, Reza masih raja kecil dengan sabarnya yang selalu nipis tapi untuk RAG, sabar itu tak pernah habis.

Aku sudah lega sikit. Budak-budak depan sudah fokus, slide masih terpancar. Aku sempat balas Ghibran satu dua patah, kepala aku sudah separuh lega dari migrain assignment bangang.

Tiba-tiba telefon bergetar lagi. Kali ini bukan Ghibran. Nama yang keluar kat skrin — Rissa. Aku sempat hela nafas. Apa lagi dia nak sekarang?

Aku tengok notifikasi.

Rissa [12:50PM]: Lunch sama? Aku dekat lobby. Tunggu kau. Cepat turun.

Aku pejam mata. Lima saat. Nafas masuk keluar. Dalam kepala, aku kira markah student, teori Freud, migrain sendiri, dengan Rissa yang tiba-tiba muncul. Sempoi betul perempuan ini, tahu-tahu suruh turun. Macam aku ini driver Grab dia.

Aku buka mata perlahan. Beberapa student depan aku terpaku tengok aku. Laptop terhenti, tangan terawang. Diorang tahu, gelombang gempa nak meletup balik.

Aku letak telefon perlahan atas meja. Suara aku keluar, nada aku datar tapi ada bara.  "Siapa kat sini tulis assignment tapi tak baca slide?"
Semua pandang lantai. Ada sorang budak lelaki kat tepi hujung angkat tangan sikit. Badan dia sudah macam batu, ketar.

Aku bangun. Jalan perlahan ke arah dia. Satu dewan senyap. Bunyi aircond saja bunyi yang wujud sekarang.

Aku berdiri betul-betul depan budak itu. Sambil mata aku jeling telefon aku yang masih bergetar. Notifikasi Rissa masuk lagi.

Rissa [12:51PM]: Cepatlah. Aku lapar ni.

Aku telan marah tapi marah aku cari pintu keluar. Pintu tu? Muka budak-budak inilah.

Rissa [12:52PM]: Rezaaaa cepatlah. Malas aku tunggu lama!

Aku hempas pen marker atas meja student depan aku, bunyi 'tak!' kuat. Semua terkejut "Assignment ni bukan untuk kau hias beg kertas. Faham? Bukan kau tulis karangan sedih. Ini psychology. Kalau tak faham belajar. Kalau malas keluar. Kalau blur Google. Jangan biar otak kau reput!"

Budak itu tunduk makin rendah. Yang lain sudah keluarkan tisu. Ada yang kalut padam air mata. Aku betulkan collar kemeja. Nafas aku naik turun.

Aku capai phone. Balas Rissa.

Reza: Tunggu. Aku turun. Jangan banyak bunyi.

Aku pandang satu dewan. Suara aku turun balik tapi nada masih berbisa. "Sambung. Siapa aku nampak pegang phone scroll TikTok aku ludah phone kau dari tingkat tiga."

Aku jalan ke meja depan. Capai fail. Senyum kecil. "Good luck. Kelas tamat."

Aku jalan keluar dewan dengan telefon dalam tangan. Notifikasi Rissa masih bergetar. Dalam kepala, aku sudah plan kalau Rissa mulut banyak, aku hempuk dia. Kalau budak-budak ini buat hal lagi aku makan otak mereka hidup-hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience