Bab 37

Mature Content Series 1807

Balik saja kerja, aku tak terus balik rumah sewa. Entah setan mana tarik motor aku masuk simpang kafe kopi semalam.

Aku parking betul-betul depan pintu kaca, helmet aku buka, sangkut atas seat motor. Aku bawa dua helmet hari ini. Saja. Biar orang tahu aku datang. Biar kalau dia lalu, dia nampak.

Masalahnya, aku sendiri tahu dia tak kerja malam ini. Semalam dia sempat cakap. "Aku closing je shift ni, esok off."

Tapi bodohlah, kaki aku gatal juga nak singgah. Konon beli kopi. Konon nak lepak. Padahal mata aku liar cari dia.

Tak ada.

Barista malam ini lelaki, muka ketat macam baru kena tinggal tunang. Aku duduk meja sama, port sama, kerusi kayu tepi dinding, paling hujung.

Aku sandar, aku buka telefon, aku pura-pura sibuk. Padahal kepala aku ulang tayang rambut merah dia, sengih dia, tatu rose di leher dia. Aku ketap bibir, aku sengih sendiri.

Siallah kau, Ghibran!

Aku bangun. Tak reti duduk diam, padahal tak ada apa sangat nak buat. Aku langkah malas ke kaunter cashier. Budak lelaki jaga kaunter malam ini bukan dia. Muka budak ini pun aku tak minat nak ingat.

"Aku nak hot chocolate," suara aku serak. Dia angguk, jari ligat ketuk skrin POS sistem. Tak sempat dia tanya lagi, aku sudah hulur duit tunai. Tak kuasa aku nak dengar dia offer add-on whip cream ke biskut ke apa. Aku tak ada mood nak kopi. Tekak aku sudah karam dengan nama dia saja.

Perempuan bertatu rose. Rambut merah. Tatu di leher. Bau kopi. Sengih dia. Manis betul.

Aku tahan tangan atas kaunter. Bunyi mesin pembuat coklat panas dengung belakang. Aku renung dinding. Jauh. Tapi kepala aku sudah jauh lebih dari itu.

Selepas hot chocolate siap, aku capai cawan kertas itu. Aku letak cawan perlahan, mata aku sempat sapu keliling kafe. Tak ramai orang. Lagu latar pun perlahan. Aku duduk. Tarik nafas.

Lengan kemeja aku lipat sampai paras siku, satu-satu. Tangan kiri aku buka butang, tangan kanan tarik. Tali leher aku longgarkan sikit. Aku sandar, jari main tepuk meja.

Kepala aku cuba diam tapi tetap tak reti. Aku hirup perlahan hot chocolate. Tak rasa manis mana pun sebab rasa dia sama macam hati aku sekarang. Kosong tapi panas.

Aku pejam mata, konon nak tenang. Dalam kepala, bayang rambut merah dia main ulang siar. Aku sedut lagi, tarik nafas. Bodoh betul, Ghibran. Datang sini pun kau tak jumpa apa.

Aku capai telefon, buka Instagram. Jari aku skrol story orang. Sembang apa pun aku tak peduli. Sekadar nak bagi otak nampak sibuk. Hot chocolate sudah separuh, suam suam malas.

BAM!

Tiba-tiba meja aku bergegar. Macam ada orang hempas buku teks atas meja. Aku terangkat bahu, terkejut beruk. Telefon mahal aku hampir terlepas, aku pegang kuat-kuat.

Aku dongak. Dada aku berombak, tangan aku automatik ketap cawan.

Dia.

Si rambut merah itu. Tatu rose di leher. Senyum dia macam semalam. Perempuan itu, Elvina. Berdiri depan aku.

Aku bangun berdiri. Mata aku tak lepas dari dia. Dia senyum, senyuman yang aku ingat sejak malam semalam. Aku tak dapat cover cool sekarang ini.

"Eh, bukan kau kata off day ke semalam?" Suara aku terkeluar sendiri. Nada berlagak cool padahal jantung aku sudah main dram.

Dia gelak. Kuat pula itu. Lepas itu tangan dia tarik kerusi depan aku, seret bunyi berdecit sikit dan terus duduk. Langsung tak tanya aku okay ke tak kena sergah macam tadi.

"Duduklah, kau terkejut macam aku ni hantu je..." Dia senyum, senyum yang buat aku rasa hot chocolate aku pun sudah tak panas macam dia.

Aku terpaksa duduk balik. Tangan aku letak atas meja. Aku pandang muka dia. Dekat. Cantik. Mata dia renung aku macam dia tahu aku memang tunggu dia di sini.

Elvina sandar sikit ke belakang, dagu dia angkat dengan yakin. Aku pula yang rasa kecut, tapi muka aku masih keras.

"Baru balik kerja ke? Kerja apa?" Soal Elvina, suara dia tenang, mata dia tajam tenung aku macam aku barang pameran. Aku sandar sikit. Tarik nafas, sengih malas.

"Haaa... ye, baru balik kerja." Aku angkat tangan, gosok kepala, rambut aku sudah serabai dan kusut sebab helmet tadi. "Kerja biasa je... IT..." jawab aku, bunyi macam tak kisah tapi dalam hati, kalau dia tanya panjang lagi pun aku sanggup cerita.

Elvina angguk perlahan, mata dia turun naik dari muka aku ke dada aku kemudian ke lengan kemeja aku yang separuh terbuka sebab aku lipat baju tadi. Dia senyum kecil, macam tahu apa dia tengok.

Aku pegang cawan hot chocolate, pura-pura hirup padahal tekak aku sudah kering. Dia masih pandang aku. Aku pun pandang dia. Tak ada siapa tunduk dulu.

"Cantik rambut kau, style!" Puji Elvina tiba-tiba. Nada dia selamba, tapi mata dia tenung tajam dari hujung anak rambut sampai telinga aku rasa panas.

Aku sengih, cuba cover malu. Tangan aku naik sentuh sikit anak rambut jatuh di dahi. "Mahal ni, style kan?" Aku balas, nada konon confident, padahal dalam hati sudah rasa nak tunduk sorok muka.

Elvina gelak perlahan, suara dia buat aku rasa dada aku bergegar. "Ye weh, jarang aku tengok lelaki buat wolf cut macam kau. Tapi memang kena dengan muka kau yang... cute." Dia tekan perkataan cute itu sambil senyum nakal.

Aku terlepas gelak. Tangan aku garu tengkuk, tak tahu nak letak mana. Cute katanya. Gila kau, mana ada orang panggil aku cute, Reza dengan Azfar pun panggil aku si panas baran. Aku gelak, cuba tahan. Muka aku rasa panas. Bodohlah Ghibran, kalah kena puji dengan perempuan.

"Janganlah puji macam tu..." Aku gelak kecil, suara aku pecah sikit sebab tahan malu. "Kalau member aku dengar ni habis kena bahan kawkaw nanti." Aku geleng perlahan, sengih tak tentu hala.

Elvina angkat kening, senyum lagi. "Tapi serius... aku suka tengok rambut kau."

Dia letak dagu atas tangan dia, siku dia sandar meja. Mata dia betul-betul pandang tepat ke muka aku. Macam aku ini TV flat screen. Panas. Tiba-tiba telinga aku rasa terbakar.

Aku telan air liur. Tangan aku pegang cawan. Tak minum pun.

"Hmm... suka tengok rambut je ke?" Soal aku, suara terketar sikit, konon nak bunyi berani tapi hujung ayat mati malu.

Elvina gelak, tawa dia pecah kecil, lepas itu dia pandang aku. Berani betul perempuan ini. Aku pulak yang rasa nak lari sebab malu.

Dia masih letak dagu atas tangan, mata dia tak alih dari muka aku. Dia senyum senget, senyum yang boleh buat orang tersasul kalau iman tak kuat.

"Suka tengok rambut je ke...?" Dia ulang perlahan, tiru balik ayat aku tadi. Nada dia lain macam. Mata dia turun, tenung dada aku, lengan aku, naik balik ke muka aku.

"Aku suka tengok semua..." balas dia, suara dia rendah, macam berbisik. Aku terkedu. Jari aku automatik ketuk cawan perlahan. Aku rasa bibir aku sengih, tapi telinga aku panas macam kena bakar.

Aku gelak kecil, cuba cover. "Eh... gila ke..." suara aku pecah sikit.

Dia masih tenung tak kelip. Aku pulak yang rasa dada aku meletup. Aku sandar sikit, jari aku gosok hujung cawan.

"Semua?" Suara aku serak. Aku sengih, kepala aku condong sikit ke depan. "Tengok semua apa? Cuba ulang..." Nada aku perlahan, tapi hujung ayat sudah nak menggoda dia.

Elvina senyum lagi, senyum dia makin galak.
Dia tak terus jawab. Dia main gigit kuku ibu jari dia, lepas itu sengih. Mata dia separuh pejam, renung aku tanpa rasa malu.

"Semua lah..." jawab dia perlahan. Suara dia turun separuh nada. Dia sengaja tarik ayat panjang. "Rambut kau, muka kau... lengan kau... baju kau pun aku suka tengok..."

Aku gelak kecil. Kepala aku tunduk kejap, malu.
Tangan aku sudah letak atas meja, jari aku sengaja main ketuk meja rapat dengan jari dia.
Dekat gila. Jarak kulit aku dengan kulit dia sikit lagi boleh sentuh.

Aku angkat kening. "Kalau aku buka baju, kau tengok jugak ke?" Soal aku, separuh gurau separuh cabar. Suara aku perlahan. Aku rasa dada aku bergetar tunggu dia jawab.

Elvina senyum makin panjang. Dia angkat muka sikit, gelak kecil sambil pandang aku atas bawah. Dia tolak jari aku sikit dengan hujung jarinya main-main, macam sengaja bagi aku rasa sentuh kulit dia.

"Tak naklah..." balas dia sambil ketawa. Aku terangkat kening. Sempat rasa tercabar sikit.

"Kenapa...?" Suara aku rendah. Dia sengih, jari telunjuk dia tunjuk dada aku perut aku.

"Nanti kalau kau buka, mesti buncit..." jawab dia selamba, mata dia bulat, sengaja cucuk ego aku.

Aku ternganga, terus gelak macam orang kena bahan hidup-hidup.

"Weh, mana ada! Perut aku flatlah..." balas aku, tangan aku laju tutup perut sendiri, padahal baju aku sudah longgar.

Elvina ketawa, kepala dia tunduk sikit, bahu dia terangkat sebab tahan gelak.

"Yelah, yelah... nanti aku tengoklah kalau kau berani buka..." dia sengih cabar aku lagi. Aku geleng kepala, tangan aku rapat balik di cawan. Elvina masih ketawa kecil, dagu dia sandar balik atas tangan dia.

"Yelah... nanti aku buka..." balas aku, sengih-sengih nak cover malu. "Kalau aku buka, kau jangan pengsan sudah..." tambah aku, cuba pusing balik ayat konon power.

"Hmm..." Dia sengih. Jari dia tiba-tiba main tarik kertas resit atas meja, tangan dia korek pen kecil dari poket jeans dia.

Aku angkat kening. "Apa tu?"

Dia pandang aku, mata dia senyum. "Nak nombor telefon kaulah..." balas dia selamba, suara dia turun nada. Dia tolak pen ke arah aku. "Tulis sini. Senang aku follow up perut kau buncit ke tak..."

Aku sengih, telinga aku dah panas semula.
Aku capai pen, pura-pura malas, tapi dalam hati dah rasa yes.

Aku sengih. Pen sudah dalam tangan, resit putih sudah terbentang depan aku. Elvina sandar, senyum puas macam dia baru menang main pancing ikan. Dia betul-betul perhati aku, macam takut aku lari. Aku pusing pen atas jari, sengaja lengah.

"Kalau aku bagi nombor ini, kau jangan kacau aku tengah malam pulak..." aku sengih.

Elvina gelak perlahan. "Weh, jangan risau. Aku call siang je... Malam aku busy kerja." Dia sengih, dan gaya dia macam tak bersalah.

Aku cebik sikit, tunduk, tulis nombor. Tulisan aku berterabur sebab tangan bergetar sikit, nasib baik dia tak nampak. Siap tulis, aku tolak resit itu ke depan dia. Dia pandang nombor itu. Mata dia naik ke mata aku.

"Kalau nombor ni salah, aku cari kau sampai lubang cacing..." bisik dia. Nada dia main-main tapi mata dia tajam. Aku sengih lagi, tahan malu.

"Kalau salah, aku kasi tengok perut aku. Biar confirm kau percaya..." balas aku, suara rendah, hujung ayat siap sengih lagi.

Elvina ketawa lagi. Dagu dia sandar lagi atas tangan. Mata dia tak lepas pandang aku. Serius, minah rambut merah ini cantik betul.

Mata aku turun pandang tangan dia, jari dia main pusing pen atas meja. Tiba-tiba aku rasa nak pusing topik lain, kasi licin line. Aku sandar sikit, mata aku kunci ke muka dia.

"Weh..." Aku panggil perlahan.

Elvina angkat kening. "Haa?" Mata dia masih redup, senyum dia tak hilang. Aku sengih lagi, gatal sikit.

"Semalam kau puji motor aku cantik, kan?" Suara aku sengaja rendahkan, macam air yang tenang. Dia angguk perlahan, bibir dia muncung sikit.

"Ha'ah. Cantik gila. Y15 kau bersih, cover set cun. Kenapa?" Nada dia lembut tapi mata dia sudah dapat tangkap nada aku nak buat hal. Aku geleng perlahan. Jari aku ketuk meja, sengaja bagi bunyi.

"Jom jalan-jalan. Aku bawa kau pusing naik motor aku..." Aku sengih, kepala aku condong sikit, ayat separuh berani separuh sergah. Elvina pandang aku, mata dia besar sikit. Lepas itu dia gelak perlahan.

"Sekarang ke?" Nada dia macam cabar.

Aku angguk. "Sekaranglah. Tengah malam ni lagi best. Angin sejuk bila jalan-jalan naik y15."

Dia senyum panjang, tangan dia tarik resit nombor telefon itu, lipat-lipat masuk poket seluar jeans dia.

Dia tunduk sikit, bisik. "Berani kau bawa aku jalan, beranilah kau tanggung." Nada dia lembut. Aku sengih, gatal.

"Weh, kau berani naik, aku lagi berani bawa." Aku tolak kerusi ke belakang, bangun perlahan. Mata aku tak lepas dari senyum dia yang manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience