Reza Harith
Rambut aku masih basah, tuala lilit pinggang separuh senget, hujungnya lembap sipi paha. Tilam bawah pinggang aku sejuk sebab aircond masih berdengung keras sejak malam tadi.
Tangan aku pegang kotak iPhone yang Rissa bagi tempoh hari, kotak putih, logo kilat, bau plastik baru masih melekat celah jari. Telefon lama aku terbalik atas dada, retak skrin masih sangkut serpihan debu.
Aku belek kotak itu perlahan. Nafas aku turun pendek, kepala aku separuh tenang. Bunyi tombol pintu pecah senyap pagi manakala cahaya matahari rembes sikit dari celah langsir.
Ghibran muncul, langkah dia perlahan, tapi pagi ini dia lain. Baju dia kemas, kemeja slim fit warna biru gelap, seluar potong cantik, kasut kulit aku nampak sipi sangkut tepi pintu. Rambut dia sikat rapi, bau perfume mahal aku sangkut lekat pada bahu dia.
Dia jalan masuk, tak jeling mata aku. Botol minyak wangi gelap cap emas dia genggam ketat. Dia letak perlahan atas meja tepi katil.
Aku angkat kepala sikit dengan rambut basah aku jatuh sipi kena bahu. Kotak iPhone aku lambung sekali atas tapak tangan. Mata aku renung dia dari hujung rambut dia, turun tengkuk, sangkut dada yang kemas balut kemeja.
Dia berdiri beku, tangan dia selit celah poket, mata dia tunduk sikit. Hujung telinga dia merah, nafas dia turun naik perlahan.
Aku sengih sipi, bibir aku herot malas, nada aku turun perlahan, seret keras.
"Pagi-pagi dah pakai minyak wangi aku..." Kotak iPhone aku lambung sekali, jatuh rapat atas dada. "Nak pergi mana bau mahal macam ni?"
Ghibran jeling sipi, bahu dia sengit. Dia tarik nafas pendek, suara dia sangkut kat halkum. "Keluar jumpa orang..." nada dia pendek, pecah sikit. Mata dia tak lekat lama di mata aku.
Aku lambung kotak iPhone lagi, telapak aku sambut senyap. Mata aku toreh dia sampai hujung kasut. "Jumpa siapa...?" nada aku rendah, tapi cucuk.
"Minyak wangi aku kau pinjam. Tangan kau pegang apa lagi masa malam tadi, Bran?"
Ghibran kelu, bibir dia separuh terbuka, tak ada bunyi. Nafas dia turun naik, dada dia gerak sipi. Bau minyak wangi aku makin naik tapi pagi ini melekat baunya pada orang lain.
Aku sengih sipi. Dada aku turun, rahang aku ketat. Satu langkah, tilam berkeriut. Aku bangun. Tuala separuh longgar, hujung jatuh sipi paha. Rambut aku basah, titis air jatuh ke lantai. Ghibran automatik undur setapak dan mata dia terkejut, tapi kaki dia beku.
Aku rapat, dada aku separuh kena bahu dia. Bau minyak wangi aku makin jelas. Aku tolak bahu dia, badan dia terdorong ke tepi, belakang dia hampir langgar meja tepi katil.
Aku jalan terus ke pintu, tapak kaki aku bunyi rapat atas lantai. Satu tangan aku sangkut tombol pintu, aku pusing klik. Kunci.
Bilik aku sunyi. Hujung langsir goyang kena angin aircond. Bau sabun, bau rokok, campur bau minyak wangi mahal aku yang sudah pindah sangkut pada dia.
Ghibran berdiri rapat dinding, bahu dia keras. Mata dia separuh terbelalak. Nafas dia pendek.
Aku berdiri depan dia, satu langkah jarak. Sengih aku naik. Bibir aku herot malas, tapi mata aku kunci dia habis. "Kau sentuh aku semalam?"
Ghibran telan air liur tapi aku nampak jelas kerongkong dia gerak. Mata dia naik dan sangkut pada mata aku separuh detik, terus lari. Bahu dia jatuh naik dia tak reti nak sorok rasa takut.
Aku sengih makin sinis, kepala aku tunduk sikit, rambut basah aku sipi jatuh ke kening.
"Bran..." suara aku seret nada aku separuh rendah, hujungnya cucuk.
Dia celah nafas. Bibir dia pecah ayat, nada dia gugup.
"Aku... aku... aku nak tutup badan kau... guna selimut semalam..." Suara dia putus-putus, jari dia sipi gosok pinggang seluar. Mata dia masih lari dan sangkut pula di dinding, kemudiam sangkut lantai, sangkut langsir. "...sebab kau tidur bogel... nanti Azfar masuk, dia bahan kau..."
Aku gelak kecil, suara aku makan dada aku sendiri. Sengih aku makin lebar. Aku rapat setapak, hujung lutut aku nyaris sentuh lutut dia. Nafas aku turun hangat dan basah.
"Aku tidur bogel, bukan masalah kau..." Nada aku separuh bisik, seret keras. "Kau nak tutup ke atau kau nak tengok?"
Ghibran terdiam lagi, mata dia sangkut dada aku yang masih terbuka, jatuh ke tuala sipi paha. Bahu dia makin tegang.
"Kau kenapa, Reza?" Nada dia pendek tapi hujungnya getar. Jari dia sipi sentuh poket seluar, macam nak sorokkan rasa gugup. Aku sengih, rahang aku herot, bibir aku sipi naik. Nafas aku turun perlahan hangat bau sabun, bau minyak wangi aku melekat pada dia. Tangan aku sengaja sangkut pada pinggang, tuala separuh longgar, hujung jatuh sipi paha. Aku tunduk sikit, sengih makin lebar.
Ghibran geleng perlahan. Dia tarik nafas nada dia naik serabut, mata dia masih sangkut dahi aku, lepas tu lari jatuh lantai.
"Lebih baik kau cari awek..." dia cebik kecil, bahu dia sangkut dinding. "Seram aku dengan kau ni..."
Aku gelak perlahan, suara aku makan dada, bunyi malas, separuh seret. Jari aku sentuh tombol pintu dan klik bunyi kunci jatuh. Aku rapat satu langkah sehingga bahu aku sangkut bahu dia. Nafas aku sipi kena cuping telinga dia. Sengih aku sipi, mata aku separuh pejam.
Aku tekan bahu dia dengan tapak tangan aku tolak, bahu dia senget sikit ke depan. Tombol pintu aku putar, pintu kayu berat terbuka. Angin luar serbu, cahaya matahari pagi terkena bahu dia.
Satu tolak, bahu dia rapat kena bingkai pintu, langkah dia terheret keluar. Tapak kaki dia bunyi atas lantai kayu ruang rumah.
Aku berdiri tegak, sengih aku hilang separuh, mata aku toreh dia. Jari aku sangkut hujung pintu. "Keluar."
Ghibran toleh dan mata dia separuh serabut, bibir dia terbuka separuh nak balas, tapi senyap.
Pintu bunyi klik, daun kayu rapat, bunyi ketap. Aku sandar belakang pintu, nafas aku turun, dada aku naik perlahan. Sengih aku hilang, tapi ekor bibir aku masih sipi.
Aku jalan rapat ke katil. Tilam sejuk, kain cadar bau sabun campur bau rokok. Aku duduk atas tilam bunyi krek bawah punggung aku. Kepala aku tunduk, jari aku geser kotak putih yang masih sangkut atas dada tadi.
Kotak iPhone logo kilat, plastik keras. Hadiah busuk dari Rissa. Aku sentuh hujung penutup rasa tegang, cap keras bunyi tak bila aku cungkil perlahan. Udara bilik makan bau plastik baru. Dalam kotak, dia terbaring kemas iaitu iPhone 16 skrin hitam licin, rangka berkilat. Masih balut plastik tipis, cap jari belum ada.
Aku angkat telefon baru itu perlahan, berat dia sedap, sejuk sipi telapak tangan aku. Hujung skrin refleks separuh muka aku, rambut masih basah jatuh ke kening. Aku gelak kecil, nafas aku seret. Bibir aku herot, sengih aku sipi.
"iPhone enam belas..." suara aku serak, tapi senyum aku malas. Rissa letak atas tapak tangan aku macam aku budak sekolah baru dapat mainan mahal. Padahal aku tak pernah minta tapi dia suka. Suka aku pegang hadiah dia, suka tengok aku pegang nama dia.
Aku cungkil plastik nipis tepi skrin, bunyi sskkrrrt bunuh sunyi bilik. Skrin bersih tak calar, tak retak. Aku tekan butang power kemudian logo kilat makan skrin gelap, cahaya putih naik separuh gelap bilik.
Tangan aku peluk telefon baru itu rapat dengan tapak tangan aku yang masih sejuk. Kepala aku sandar sikit ke kepala katil. Tuala masih senget, bahu aku masih basah. Nafas aku turun perlahan, mata aku renung telefon lama aku yang terbalik atas tilam, skrin retak penuh.
Rambut aku sipi jatuh ke kening, titis air masih makan tengkuk. Nafas aku turun perlahan. Baru nak baring semula dan pintu bilik...
BAMMM!!!
Terbuka luas. Aku sedikit tersentak apabila Azfar terjah masuk bilik aku. Aku tengok bahu dia laju, tapak kaki dia seret lantai kayu. Mata dia besar, nafas dia laju, mulut dia sengih separuh takut separuh celaka.
Aku terus bangun, tilam bawah punggung bunyi krek. iPhone baru hampir jatuh dari tapak tangan, aku sempat sambut. Tuala aku senget, separuh lari sipi paha.
"Apahal kau ni?!" suara aku naik serak keras. Mata aku renung muka Azfar habis. Pelik.
Azfar angkat tangan, mulut dia separuh terbuka. Tapi belum sempat dia balas ada tapak tangan lain muncul dari belakang dia. Tarik hujung bahu Azfar, tolak perlahan macam budak kecik.
Suara dia keluar, busuk manja, senyum dia tajam makan dinding bilik. Aku kenal dia...
"Sorry... aku masuk..."
Rissa.
Perempuan gila. Rambut pendek paras bahu, bau minyak wangi vanila dia makan nafas bilik aku. Bibir dia merah, senyum dia pecah. Dia berdiri sipi belakang Azfar, satu tangan dia sipi geser bahu Azfar.
Mata dia sangkut pada badan aku dari rambut basah jatuh leher, turun dada, sangkut tuala yang aku betulkan cepat-cepat. Kain putih itu aku tarik rapat pinggang, tangan aku ketap hujung simpul.
Rissa sengih. Mata dia separuh kabur, manja busuk. Nafas dia tarik perlahan, dada dia naik turun. Azfar toleh aku, bahu dia jatuh, sengih dia muncul balik, nada dia separuh bahan.
"Tak sempat aku nak bagitau kau, Reza..." Dia sengih, jari dia tunjuk Rissa yang berdiri rapat pintu. "Rissa psiko datang..."
Aku cebik rahang aku ketap. iPhone baru aku lekat sejuk celah tapak tangan. Nafas aku turun kasar.
Rissa gelak perlahan, suara dia makan ruang bilik aku. Dia langkah masuk sikit perlahan ke arah aku yang masih duduk atas katil. Mata dia sangkut dada aku, bibir dia sengih makin besar.
Benci aku.
Share this novel