Bunyi jam tangan aku berbunyi satu kali. Beep!
Tandanya masa untuk tukar mangsa.
Reza alih pandangan ke arah lelaki di kerusi ketiga. Ayah tiri Helena. Dia diam sejak tadi, tapi tubuh dia sudah mula goyang. Urat di leher tegang. Dahi basah. Bibir bawah dia bergetar macam pesakit Parkinson.
Reza pandang aku. "Kali ini, kaki."
Aku angguk. Letak playar atas meja. Tarik bangku kecil. Aku duduk perlahan-lahan depan dia, betul-betul di hujung kasut yang sudah ditanggalkan tadi.
Kaki dia berbau masam tapi aku tak kisah.
Yang aku nampak adalah barisan kuku yang sedang menunggu giliran dicabut.
Ayah tiri Helena mula menangis. Tangisan dia bukan kuat tapi cukup sayu untuk buat udara jadi berat.
"Helena... Helena, maafkan ayah... tolonglah... ayah tak tahu... ayah minta maaf..."
Suara dia tersekat. Tubuh dia menggigil macam nak sawan. Kaki dia cuba tarik ke belakang, tapi terhalang dengan kabel tie yang kemas.
Helena masih duduk di kerusi tadi. Senyap. Muka dia keras tapi air mata turun perlahan. Dia tak kata apa. Tak balas, tak toleh tapi air mata itu cukup.
Reza bisik pada aku. "Cabut sampai dia tak boleh berdiri."
Aku tunduk. Capai playar long nose semula.
Jari kaki pertama adalah ibu jari. Kuku besar, tebal dan sudah kuning sikit. Aku tekan muncung playar masuk bawah kuku.
SRKKKK!
Kulit terangkat sikit. Darah mula merembes. Ayah tiri meraung.
"ARGHHHHH! Tolong! Sakit! Sakit!!"
Aku tak jawab. Aku tarik.
Krrrk KRAKK!!
Kuku tercabut setengah. Darah memancut keluar sikit. Dia meronta. Badan dia melonjak.
PRRT!
Satu kuku jatuh ke lantai. Aku lap darah guna tisu. Tengok kuku kedua.
"Ini untuk tamparan pertama kau pada Helena." Aku tekan muncung playar ke jari kedua.
CEKLEK!
Masuk.
KREK!
Tarik.
TAKK!
Kuku kedua tercabut penuh. Dia menjerit lagi. Aku nampak Helena tunduk sikit tapi masih tak bersuara.
Kuku ketiga iaitu jari tengah. "Ini untuk malam kau hempas dia keluar rumah, waktu hujan."
Kali ini aku tarik kuat.
SRRRK TUKKK!
Bunyi daging koyak pun kedengaran. Kuku melekat dengan isi. Darah sudah mula bertompok atas lantai. Ayah tiri Helena sudah tak jerit, dia cuma meraung dan teresak macam budak kecik.
"Satu lagi," aku bisik. "Ini untuk semua malam kau biarkan dia menangis seorang dalam bilik."
CEKLEK!
Tarik.
PLOP!
Aku berdiri. Tangan penuh darah. Aku tengok Reza. Dia angguk. Aku pandang Helena. Dia lap air mata dengan hujung baju tapi dia masih tengok.
Masih duduk di situ. Masih belum puas. Mak Helena menangis teresak-esak. Ayah tiri Helena dah separuh rebah dalam kerusi. Kaki dia berdarah tak henti, kuku tinggal daging. Abang tiri yang paling muda meronta macam orang kena sihir. Dahi dia basah, mulutnya terbuka luas, tapi suara dia makin serak.
"Helena... tolong... tolonglah... kami minta maaf... kami... kami tak tahu..."
"Aku sakit... sakit sangat... arghhh tolong hentikan... tolong..."
Ayah tiri cuba berpaling pada Helena.
"Helena... ayah salah... ayah minta ampun... ayah janji tak ulang lagi..."
Semua suara itu macam rakaman patah ulang balik. Minta maaf. Menyesal. Menangis tapi semua sudah terlambat.
Helena diam. Air mata masih turun, tapi wajah dia keras. Tangan kiri dia genggam erat tangan Azfar, genggaman kuat. Kukunya tekan sampai kulit Azfar lekuk.
Azfar?
Dia senyum celaka sambil duduk malas bersandar ke dinding, jari dia angkat rokok ke bibir.
Sedut.
Hembus.
Asap tebal keluar ikut mulut. Dia tak kata apa, tapi riak wajah dia macam cakap "Biar padan muka korang."
Reza masih berdiri sebelah aku. Tangan aku yang berlumur darah dia capai. Dia tarik playar dari genggaman aku. Tenang.
Aku tengok mata dia dan aku tahu, dia sudah plan seterusnya. Reza berjalan ke arah abang tiri Helena.
Budak itu menjerit, tapi suaranya lemah. Dia cuba tarik bahu ke belakang bila Reza berdiri betul-betul depan dia.
Reza tunduk. Dia selak bahagian depan baju lelaki itu. Tarik kain itu ke atas sikit sampai nampak dada.
"Kau tahu apa benda paling sensitif kat badan lelaki?" Reza tanya perlahan.
"Puting."
CEKLEK!
Muncung playar mencengkam puting kiri abang tiri Helena. Sekali cengkam dengan ketat.
"ARGHHHHHH!!"
Dia menjerit. Kuat. Suara dia tembus langit rumah.
"Sakit! Tolong! Lepas! Lepasss!!"
Tapi Reza tak lepas. "Ini... untuk setiap sentuhan jijik yang kau buat kat Helena dulu."
Dia tarik.
KRKKKK—KKRAAAKK!
Daging mula terkoyak dari bawah kulit. Darah memancut macam pecah paip kecil. Baju dia terus merah. Puting itu masih tersangkut di hujung playar.
PLUP!
Puting itu tercabut penuh. Darah meleleh, meletup atas lantai. Lelaki itu meraung macam disembelih. Tubuh dia menggeliat dalam kerusi, kaki bergetar, mata hampir berpusing ke atas.
Reza tunduk, tenung darah yang menitis. Dia tak kata apa-apa. Cuma senyum. Senyum Reza adalah senyuman pembunuh.
Darah masih mengalir dari puting abang tiri Helena. Suara dia makin hilang, tapi air mata terus keluar tanpa henti. Reza masih pegang playar, baru nak lap darah dari hujung muncung logam itu...
"Oi, cukuplah, doktor gila. Giliran akulah pulak," suara Azfar memecah sunyi.
Dia bangun dari tempat bersandar, datang langkah besar sambil sedut rokok sekali lagi. Asap berkepul macam naga keluar dari neraka.
Tangan dia hulur, selamba tarik playar dari tangan Reza.
"Pinjam kejap. Aku punya turn."
"Kau nak buat apa?" tanya aku, separuh tertanya.
"Mak mertualah bro. Kau tak tahu betapa aku suka 'layan' mak-mak orang," dia sengih jahat.
Dia pusing ke arah mak Helena. Perempuan itu menggigil. Tangisan dia sudah jadi bunyi serak tak keluar. Mata dia toleh kiri kanan, macam cari jalan lari tapi dia lupa, dia terikat mati atas kerusi reput itu.
Azfar melutut depan dia. Dia tengok jari kaki mak Helena. "Amboi, kuku pun ada inai sikit lagi. Nostalgia ke mak?"
CEKLEK!
Muncung playar mencengkam ibu jari kaki kanan. Azfar tengok muka mak Helena sengih celaka.
"Ini untuk setiap kali kau panggil Helena 'perempuan sundal'."
Dia tarik.
SRRK—TAAAKKK!
Kuku besar itu tercabut. Darah meleleh macam sirap ros tumpah atas lantai.
"ARGHHHHHH!!"
Mak Helena meraung. Telinga aku berdesing tapi Azfar tak kisah. Dia lap playar atas seluar sendiri.
"Kuku kedua. Untuk malam kau kunci dia luar rumah, masa hujan lebat."
CEKLEK!
SRKKK-PAKK!
"ARGHHHH!!!"
Kuku kedua tanggal. Daging bawah dia terkopak.
"Kuku ketiga," Azfar bersiul kecil.
"Untuk kau tengok saja dia kena rogol, pastu kau buat bodoh."
SNAP!
Kuku ketiga tanggal separuh, terjulur. Darah makin tebal.
"ARGHHHH!!!"
"Kuku keempat..."
Dia tarik perlahan kali ini, sampai bunyi koyak itu kedengaran jelas.
Krrrrrk... TAAAKKK!
"Kuku kelima... sebab kau mak paling celaka pernah wujud."
KRAKK!
Kelima-lima kuku kaki kanan hilang. Kaki mak Helena jadi daging luka terbuka. Azfar bangun. Tengok darah yang menitik atas kasut dia.
"Tengok ni, siap free tattoo merah. Power kan?"
Dia baling playar ke lantai. KLENG!
Reza geleng kepala perlahan, tapi senyum nipis.
Aku pun terpaksa tahan gelak sebab celaka sangat perangai Azfar.
Helena masih duduk diam tapi jari dia yang pegang tangan Azfar tadi... makin ketat genggamannya.
Darah masih basah atas lantai. Bunyi tangisan dan esakan bersilang-seli dengan bunyi nafas tercungap.
Mak, ayah tiri dan abang tiri Helena, tiga-tiga menangis. Tiga-tiga akhirnya bersuara dengan ayat yang paling menjijikkan pernah aku dengar.
"Helena... maafkan kami... kami... kami minta ampun..."
"Kami... kami tak sepatutnya buat semua tu kat kau... dari dulu..."
"Kami silap... kami silap, ampunkan kami..."
"Mak tahu mak salah... tapi Helena... kau tetap anak mak..."
"Kenapa kau sanggup buat mak macam ni?"
"Kau... kau anak derhaka...! Anak durhaka!"
Sunyi. Mata Helena terbeliak. Dia bangun perlahan dari kerusi. Langkah dia berat tapi penuh tenaga kemarahan yang selama ini dia simpan.
Tap. Tap. Tap.
Dia melangkah ke arah mak dia. Air mata dia masih mengalir, tapi kali ini bukan kerana sedih. Tapi kerana benci.
"Apa kau cakap tadi?" Suara Helena garau. Bergetar tapi penuh bisa. Dia berdiri betul-betul depan mak dia.
"Anak derhaka?"
Mak Helena teresak lagi tapi Helena sudah tak kisah.
PANGGG!!!
Satu lempangan padu mendarat atas pipi kiri mak dia.
PANGGG!!!
Satu lagi. Kali ini kanan pula.
"Kau nak cakap aku anak derhaka?" Helena jerit. Suara dia meletup macam mercun meletup dalam telinga.
"SELAMA INI KAU YANG DERHAKA DENGAN JADI IBU MACAM SYAITAN!!"
Mak dia menangis lagi. Tangan terketar, suara tersekat.
"AKU KECIK LAGI DAH KENA PEGANG! KENA SENTUH! KENA RABA!"
"KAU TENGOK! KAU TAHU! KAU TAK BUAT APA PUN!!"
Helena teresak, tapi tangan dia masih genggam penumbuk.
"KAU YANG SEBENARNYA CELAKA!"
"KAU, AYAH, ABANG DAN TIGA-TIGA HAIWAN TAK LAYAK HIDUP!"
Dia melangkah ke belakang semula. Nafas dia laju. Bahu dia turun naik. Azfar, Reza, aku semua diam.
Ruang itu sunyi sekejap. Cuma tinggal bunyi degupan jantung kami semua yang terasa di udara dan satu bunyi...
Drip. Drip.
Darah masih menitik dari kuku yang tercabut. Helena berdiri tegak. Mata dia bengkak tapi sorotan pandang dia... tajam macam bilah. Dia pandang mereka bertiga.
"Kau semua patut mati."
Kami bertiga belum habis lagi. Reza tunduk, capai playar long nose yang Azfar campak tadi.
Dia pusingkan sikit, wipe hujungnya atas baju abang tiri Helena yang sudah lencun dengan darah. Lepas itu dia pandang aku.
"Ghibran. Pegang muka dia."
Aku tahu siapa yang dia maksudkan. Aku angkat kaki, jalan terus ke arah mak Helena. Tangan aku tarik rambut dia ke belakang, kepala dia sandar ke kerusi.
"Diam makcik... doktor nak check gigi."
Reza berdiri depan dia. Wajah dia serius tapi mata dia bersinar seperti psiko punya sinar.
"Azfar," dia panggil.
"Buka mulut dia. Luas-luas. Kita nak main doktor gigi malam ini."
Azfar datang sambil sengih.
"Sia-sia mak ni simpan gigi sampai tua... malam ini aku tengok semua tanggal."
Dia seluk jari dalam mulut mak Helena, paksa rahang terbuka.
"Haaaaa... buka sikit lagi. Jangan degil."
Mak Helena menggigil tapi tak mampu melawan. Mulut dia terbuka luas. Air liur bercampur darah sudah mula meleleh.
Reza jongkok perlahan. Dia hala muncung playar ke satu batang gigi bawah. Gigi taring yang masih kuat tapi bukan lebih kuat dari Reza.
"Kau tak layak simpan gigi kalau lidah kau selalu menipu."
CEKLEK!
Playar cengkam gigi itu kuat.
"Senyum sikit, mak."
SRRRKKKKKKK—KRRRRK—TAK!
Gigi itu tercabut kasar. Bunyi akar koyak itu macam kertas tisu disiat dalam mulut.
PRRRRTTTT!!!
"ARGHHHHHHHHH!!!"
Darah meletup dari gusi. Mak Helena menjerit sekuat hati, tekak dia pecah, dada dia terangkat ke depan. Darah keluar ikut mulut, bercampur lendir, meleleh sampai dagu.
Reza tunduk tengok gigi itu dalam playar puas hati. "Perfect. Tak ada karang pun."
Sebelum dia sempat simpan gigi itu. Azfar datang, tunduk betul-betul depan muka mak Helena...
PTUIIIIIK!!!
Ludah tepat ke muka mak Helena.
"Gigi cantik tapi muka masih sial."
Azfar ketawa kuat. Aku pun tergelak kecil. Reza cuma senyum nipis psiko senyap versi premium.
Mak Helena terdongak, berlumur darah, mulut ternganga, nafas tercungap macam sedang lemas.
Mak Helena sudah separuh rebah. Darah dari mulut dia belum berhenti. Gigi dia tinggal lompong. Azfar masih tergelak kecil, berdiri di tepi dengan rokok hampir habis terbakar.
Aku baru nak lap tangan bila aku terdengar satu suara. Perlahan. Serak. Macam keluar dari kerongkong berpasir.
"Hel... Helena... maafkan aku..."
"Aku... aku tak tahu... aku bodoh... aku... aku tak patut buat semua tu... waktu tu aku tak fikir..."
Abang tiri Helena. Muka dia pucat. Puting dada dia hilang. Bajunya merah tapi dia masih cuba bercakap. Suara dia menggigil. Setiap perkataan keluar dengan susah payah.
"Aku janji... aku... aku akan tebus... semua... semua salah aku..."
Helena berpaling. Dari jauh, dia nampak abang tirinya bercakap. Langkah dia mula bergerak sendiri. Satu demi satu kaki dia menapak ke depan.
Mata dia berair tapi bukan tangisan kelemahan. Tangisan kemarahan.
"Kau nak aku maafkan?"
Dia berdiri depan abang tirinya sekarang. Muka lelaki itu penuh darah dan peluh tapi Helena tak nampak semua itu. Yang dia nampak cuma wajah jahanam yang muncul dalam setiap mimpi buruk dia selama bertahun-tahun.
"KAU NAK AKU MAAFKAN?!"
PANGGG!!!
Satu lempang mendarat.
PANGGG!!!
Lepas satu, satu lagi.
PANG!!! PANGGG!!! PANGGG!!!
"KAU INGAT BADAN AKU MAINAN KAU?!"
"KAU INGAT AKU PATUNG?! BANGSAT!!"
"AKU KECIK LAGI WEH!! AKU KECIK LAGI!!!"
PANGGGGGGGG!!!
Dia hentak kepala abang tirinya ke belakang kerusi. Darah terpercik keluar dari hidung lelaki itu.
"AKU NAK KAU RASA SAKIT TU SAMPAAAI MATI!!"
Helena teresak tapi tangan dia tak berhenti.
PAK!!! PAKKK!!!
Tangan dia menggigil tapi dia masih lempang. Masih hentak.
Reza dan Azfar diam. Aku pun diam sebab malam ini Helena tak perlukan sesiapa untuk buat dendam dia jadi nyata. Dia sudah cukup kuat sendiri.
Share this novel