Bunyi kipas tua dalam bilik ini berputar malas. Suara jarum jam kat dinding lebih bising dari suara Naura. Aku duduk bersandar, fail bersepah atas meja. Pen merah main golek antara jari aku tanda, silang, garit. Kertas assignment depan aku cuma helah.
Naura duduk senyap. Dia main pen, hujung tudung dia lipat-lipat sendiri. Sekali-sekala mata dia curi pandang aku. Aku sengaja tak angkat muka. Biar dia resah. Biar dia rasa tunggu itu macam tali jerut halus.
Sepuluh minit, dia gelisah sikit. Jari dia ketuk buku nota. Aku sengih kecil, mata aku masih lekat pada kertas.
"Kenapa gelisah sangat?" Suara aku perlahan nada datar, tapi hujungnya macam sindir. Dia terkejut, terus angkat muka. Mata dia bulat, mulut dia buka tutup.
"Err... tak, Sir..." Dia gelak pendek, malu sendiri. Pura-pura betul fail buka balik.
Aku letak pen. Tutup fail. Mata aku terus kunci anak mata dia. Budak baik konon tapi sekarang duduk depan meja orang jahat, tunggu ayat manis.
Aku lentikkan jari, sengaja rapat sikit ke arah dia. Suara aku turunkan perlahan.
"Naura..."
Dia angkat muka bersinar, malu-malu, tapi sangkut.
Aku sengih sipi. "Awak suka saya?"
Tangan dia cepat-cepat genggam hujung tudung. Bahu dia naik turun, pipi dia merah.
"Err... saya... tak... saya..." Dia gelak. Kantoi. Benda yang dia cari pun dia tak tahu cara jawab.
Aku condong badan dan jarak kami makin rapat, meja jadi sempadan tipis. Bau dia, bau minyak wangi lembut, campur getar nafas dia. Aku bisik perlahan ayat makan mental.
"Budak pointer tinggi, budak baik... awak rasa orang macam saya ni layak ke awak suka?" Aku sengaja tekan 'layak'. Bibir aku sengih, mata aku tenang.
Naura gigih geleng. Tapi suara dia pecah. "Bukan... bukan suka..."
Dia nak tarik balik, tapi aku tarik lagi. Aku sengih, kepala aku goyang kiri sikit.
"Bukan suka?" Suara aku keras sikit macam cuit mental dia. "Kalau bukan suka, apa?"
Dia telan liur. Mata dia turun naik malu, kantoi. Dada dia naik turun cepat.
Dia bisik. "Saya... saya suka tengok Sir..."
Dia patahkan ayat sendiri. Jari dia genggam kain baju kurung. Tak pandang mata aku.
Aku gelak pendek, tawa aku keras, pecah senyap.
Aku tolak fail sehingga jatuh di tepi meja. Mata dia terkejut bulat, gugup.
"Naura..." suara aku turun. Serak. Sejuk. "Awak sangka awak special sebab saya layan awak?"
Aku senyum sipi, mata aku tajam. "Awak fikir awak istimewa ke? Awak fikir saya nak jatuh hati kat budak macam awak?"
Aku sengih sinis. "Ada ramai lagi depan pintu saya ketuk bilik pagi dan petang jadi awak bukan orang pertama."
Dia tunduk, mata dia berkaca. Dia ketap bibir. Malu. Terlalu malu. Suara dia pecah. "Saya... saya... minta maaf, Sir..."
Dia peluk buku nota, tunduk habis. Bahu dia renyuk. Kepala dia macam nak sorok muka sendiri. Aku sandar balik kerusi. Tangan aku lap pen merah kat baju lengan.
"Dah habis belajar?" Nada aku datar. Suara aku potong kepala dia halus.
Dia angguk perlahan. Tak sanggup pandang aku lagi.
"Keluar." Aku tunjuk pintu dengan hujung dagu. "Kalau nak manja... pergi cari orang lain. Saya bukan orangnya."
Naura bangun. Buku nota peluk rapat. Langkah dia seret. Mata dia merah. Aku sengih senget dan dada aku rasa sejuk. Budak baik sendiri masuk sangkar, sendiri koyak baju malu.
Pintu kayu bunyi klik. Sunyi lagi. Bilik pensyarah, fail bersepah, pen merah sangkut celah jari.
Aku baru nak capai pen semula bila pintu bilik pensyarah berbunyi perlahan. Bunyi tombol dipulas macam hantu malas nak masuk. Pintu kayu itu bergerak senyap, klik dan terbuka separuh. Cahaya lorong fakulti jatuh sipi kena lantai bilik aku. Cuma kali ini, penjara ini tiba-tiba bau vanila mahal, bukan bau kopi.
Rissa.
Dia sandar pintu, rambut pendek dia jatuh sentuh bahu. Warna hitam, hujung sikit ikal. Leher dia separuh terdedah, bau minyak wangi vanila mahal dia tolak bau fail fakulti. Manis, pekat, melekit.
Dia sengih. Muka dia senyum manja, mulut separuh buka. Bibir dia kilat lip gloss warna pink. Dia jalan perlahan, tapak kasut dia bunyi geser lantai fakulti yang sejuk.
Dia rapat ke meja aku, separuh punggung dia duduk atas tepi meja. Lutut dia selak sikit, plaster putih panjang, melekat senget. Siku dia calar panjang, kulit kemerahan. Masih ada bekas tar hitam celah kulit. Aku tahu betul, itu kerja aku minggu lepas. Kereta Azfar, aku tolak dia keluar selepas main gym. Dia jatuh, geser jalan tar. Dia jerit tapi aku biar. Dia masih datang. Rissa memang bangkai yang tak reti reput.
Dia sengih, suara dia turun separuh bisik nada manja.
"Rindu aku, kan, Reza?" Dia tunduk sikit. Rambut pendek dia jatuh ke pipi aku, bau vanila makin dekat.
Aku cebik. Mata aku jatuh ke lutut dia, plaster senget. Mata aku naik ke siku dia, calar masih merah. Kepala aku ulang bunyi geser tar. Aku sengih nipis, suara aku seret.
"Kau tak serik jatuh?" Nada aku potong keras, tapi dia sengih makin manja.
Dia gelak kecil, suara dia serak, bibir dia dekat telinga aku. "Kalau jatuh... Reza bukan nak tolong kan?"
Aku gelak, gelak aku kering, pendek. Mata aku turun ke calar siku dia. Jari aku gerak, aku capai pergelangan tangan dia. Kulit dia sejuk sikit tapi getar. Dia nampak geli tapi dia suka. Aku pegang tangan dia, sengaja tekan jari aku atas luka calar. Rissa ketawa kecil, bahu dia gerak.
"Eh... sakit lah..." Dia pura-pura merajuk manja seperti biasa. Aku sengih makin tajam, suara aku turun.
"Sakit? Siapa suruh jatuh? Kau sendiri cari masalah." Aku tolak tangan dia perlahan buang ke pangku dia. Dia biar. Rambut pendek dia jatuh sikit ke bahu. Dia senyum, suara dia makin rendah.
"Janganlah garang... aku datang sebab rindu..." Dia sengaja rapat, dada dia hampir sentuh bahu aku. Bau Vanila dia makin tebal.
Aku tolak kerusi ke belakang sikit untuk renggang jarak. Mata aku sejuk, suara aku datar.
"Rindu apa. Kau tu bodoh." Aku sengih lagi, jari aku main pen merah, ketuk atas meja. "Kau fikir aku akan suka kat kau?"
Dia sengih tanda dia suka. Rissa memang gila. Rambut pendek dia jatuh ke mata. Dia tunduk, senyum sipi. "Bodoh pun... Reza tetap pandang..."
Aku gelak perlahan. Aku masih duduk separuh malas, jari aku ketuk pen merah atas meja. Rissa tunduk, bau minyak wangi vanila dia makin lekat kat bahu aku. Mata aku separuh naik turun malas nak layan tapi tak boleh tolak bau dia yang duduk betul-betul depan hidung.
Tiba-tiba dia seluk handbag hitam dia. Zip dia bunyi zrappp. Bau minyak wangi dia bercampur bau kulit beg mahal. Mata dia bersinar, senyum dia makin melekit. Mulut dia separuh buka, gigi dia cantik tapi tajam.
Aku jeling. Dia tarik keluar sebuah kotak putih logo Apple melekat terang. Kotak iPhone. Bukan model cikai. Kotak tebal baru, balut plastik. Mata dia bersinar macam budak dapat gula-gula mahal.
Dia lambung kotak itu sikit kemudian letak atas tapak tangan dia. Sengaja tunjuk depan muka aku, macam nak umpan anjing lapar. Dia senyum manja.
"Surprise... untuk kau..." Dia ketawa kecil lalu dia tarik tangan aku kasar lembut, jari dia sejuk. Dia letak kotak itu betul-betul atas tapak tangan aku. Berat dan licin.
Aku kaku. Mata aku turun pandang kotak iPhone. Logo Apple itu putih licin atas kotak bersih. Bau dia lain, bau duit. Rissa sengih lagi. Bibir dia pink. Mata dia sangkut tepat mata aku manja, tapi licik.
"Aku hadiahkan ni untuk kau..." Dia ketuk kotak itu dengan jari halus dia, bunyi tak tak tak. "Yelah... telefon kau kan dah buruk, retak, calar sana sini..."
"Buruk pun sebab aku kan?" Dia sengih, nada dia macam gurau orang bercinta. "Dulu aku baling telefon kau... jatuh retak kan?" Dia ketawa kecil lagi. Manja gila. Bau vanila makin tebal, makin menyesakkan.
Aku pandang kotak itu lama. Mata aku naik balik sangkut tepat dalam mata dia. Dia masih senyum. Muka dia suci konon padahal lidah dia penuh racun. Aku kenal sangat.
Aku angkat kening. Bibir aku sengih. Suara aku turun, nada aku separuh renyah.
"Sejak bila kau pandai hadiahkan aku barang mahal ni?" Nada aku keras, tapi hujung bibir aku senyum sipi.
Dia gelak, rambut pendek dia goyang sikit, bau dia naik lagi. Jari dia sentuh belakang tapak tangan aku, sengaja gosok hujung kotak.
"Saja... rindu. Kalau telefon baru, senanglah aku call kau..." Dia ketawa kecil, mata dia jahat. "Telefon lama kau bunyi pun pecah kan? Aku pun sakit telinga dengar suara kau serak bunyi sumbang..." Dia gelak. Suara dia tajam.
Aku senyum nipis, mata aku masih melekat pada kotak iPhone dalam tapak tangan aku. Berat. Bau vanila bercampur bau plastik baru. Aku tak sangka tapi aku tahu, barang mahal, racun dia mahal.
Share this novel