Bab 131

Mature Content Series 3593

Kami semua sudah turun. Angin pagi masuk celah pokok. Bunyi burung, bunyi air terjun dari jauh... semua macam background ASMR.

Tapi hati aku? Tak tenang langsung. Rissa masih depan aku. Jalan melenggang sambil jinjit sandal. Shorts pink dia naik sikit bila dia langkah besar. Aku sumpah nampak betis dia bersinar kena cahaya matahari pagi.

"Oi, mata tu ke depan boleh?" Ghibran cucuk siku aku.

Aku jeling dia. "Kau sendiri pun tak berkelip tadi."

"Ya, tapi aku bertaubat lepas tu. Kau ni aku tengok makin sesat."

Aku tak sempat balas. Rissa pusing ke belakang sambil jalan. Muka dia ceria. Bibir dia merah semulajadi. Rambut pendek dia menari ikut angin.

"Azfar jalan sebelah Rissa boleh tak?" Dia merengek. Suara dia macam anak tikus minta perhatian.

"Reza mana?" soal aku sambil toleh belakang.

Reza baru keluar dari kereta dengan mata separuh terbuka. Jalan pun macam orang kena sampuk. T-shirt dia senget, rambut berserabai.

"Kenapa panas sangat kat sini... kita kat neraka ke?" Dia mamai.

"Belum lagi. Tapi mungkin kau akan rasa masuk neraka lepas nampak perangai bini kau tadi," aku jawab.

Rissa terus jalan laju ke arah Reza dan peluk lengan lelaki itu. "Rezaaa... Rissa tunggu Reza dari tadi. Tapi Reza tidur macam panda mati..."

Reza geleng kepala, malas layan. Tapi dia biar juga Rissa paut lengan. "Kalau kau terjatuh dalam sungai nanti, aku tak tolong," dia cakap.

Kami mula jalan masuk ikut denai kecil ke kawasan air terjun. Jalan tak rata. Tapi Rissa boleh lagi melompat kecil sambil nyanyi lagu tak cukup tune. Perempuan ini betul-betul buat aku hilang fungsi otak kanan dan kiri.

Tiba-tiba dia patah balik dan jalan sebelah aku. "Azfar..." suara dia lembut. "Tadi Rissa buat lawak je tau... jangan marah okay?"

Aku jeling dia. "Lawak ke kepala aku tu tempat baring kau?"

Dia sengih. "Selesa... dada Azfar firm..." Dia selamba pegang dada aku. BOOM. Otak aku meletup.

"WOI!" aku jerit perlahan. "Rissa! Ramai orang kat sinilah bodoh!"

"Tutup matalah..." dia bisik, sengih lagi.

Aku sumpah kalau tak kerana ada orang lalu di belakang bawa budak kecil, aku sudah campak minah ini ke semak. Aku genggam tangan aku sendiri. Sabar, Azfar. Sabar. Ini ujian.

Tapi jujurnya... aku sendiri tak pasti aku tengah uji iman, atau aku sebenarnya tengah uji kekuatan zip seluar aku.

Kami masih jalan dalam barisan senget. Trek ke air terjun ini tak jauh sangat, tapi sebab semua orang bawak beg, cooler box, tikar dan perangai masing-masing terasa macam ekspedisi orang gila.

Aku jalan paling depan. Rissa di tengah. Ghibran belakang. Reza paling hujung, jalan macam baru keluar dari pusat pemulihan dadah, mamai dan tak cukup tidur.

Aku peluk beg galas besar. Dalam itu ada baju salin, tuala, makanan, air... dan harapan untuk tak terbunuh hari ini.

Rissa melompat ke kiri kanan. Kadang tarik hujung baju aku. Kadang sengaja tepuk-tepuk pinggang aku. Kadang dia menyanyi lagu yang dia reka sendiri.

"Air terjun jerniiihhh... Azfar seksi sikiiittt..."

Aku tahan tapi dari ekor mata, aku tahu Ghibran tengah tahan gelak di belakang. Tiba-tiba...

"EHEM."

Satu deheman panjang dan berat. Aku toleh. Reza. Muka dia? Separuh mengantuk, separuh nak bunuh.

Dia jeling aku. "Azfar."

"Ha?" Aku jawab malas. Tapi tangan automatik jauhkan dari Rissa.

"Kalau kau berani gatal lagi dengan girlfriend aku, aku sumpah aku cucuk mata kau dengan chopstick besi."

Aku terkedu. Senyap. Ghibran pecah ketawa.

"AHAHAH celaka! Dah ken..."

"KAU PUN SAMA, GHIRBAN!" Reza potong. Muka dia serius. Suara dia keras tapi terkawal. "Jangan ingat aku tak nampak kau jeling paha Rissa masa dia tarik tali sandal tadi."

Ghibran terdiam. Mulut dia separuh terbuka. "Woi aku tengok sebab dia nak jatuh! Aku risaulah!"

"Risau kepala hotak kau. Pandangan kau tu tak berunsur menyelamatkan. Itu pandangan nak 'menyelam ke dalam'." Reza tak berkelip. Tajam macam sniper.

Rissa di tengah buat muka blur. Tapi dia senyum. Sumpah macam dia suka situasi ini. Minah ini... dia tahu dia chaos.

Aku dan Ghibran pandang satu sama lain. Dua-dua angkat kening. Dua-dua rasa... terperangkap.

"Reza... chilllaa," aku kata perlahan. "Aku tak buat apa pun. Rissa tu yang..."

"Tak kisah siapa mula. Tapi kalau kau sentuh, kau mati." Reza angkat satu jari, tunjuk aku. Kemudian tukar arah ke Ghibran.

"Kau pun. Jangan buat lawak dengan kaki orang. Tu kaki girlfriend aku. Bukan menu brunch."

Aku tahan ketawa. Sumpah nak gelak tapi takut kena flying kick.

Rissa tiba-tiba peluk tangan Reza. "Alaaa... Reza jangan marah kawan-kawan. Rissa sayang semuaaa..."

Reza jeling dia. "Satu hari nanti, aku ikat kau kat pokok."

Aku dan Ghibran tergelak sama-sama. Tapi kami tahu itu bukan gurauan. Itu ancaman tulen bersalut cinta.

Kami akhirnya sampai. Bunyi deruan air terjun menyambut kami dulu. Macam lagu latar dalam filem tenang. Air sungai jernih, sejuk. Kabus nipis masih melayang atas permukaan air. Budak-budak sudah ramai lari sana sini. Ada yang pakai pelampung unicorn, ada yang jerit suruh ayah tengok ikan.

Tapi mata aku... tak pandang budak. Tak pandang air. Mata aku pandang... dia.

Rissa sudah berdiri di tepi batu besar, tengok sungai dengan mata bersinar macam kartun.

"Cantiknyaaaaa!" dia jerit sambil tepuk tangan. T-shirt dia sudah mula basah peluh, melekat elok dekat badan. Shorts dia naik sikit sebab tersangkut bila dia angkat lutut melompat tadi.
Kulit dia putih kemerahan, silau kena cahaya matahari.

Aku rasa macam tengok iklan sabun. Tapi versi 18+.

Tiba-tiba dia pusing, tarik lengan Reza dengan dua tangan. "Jommmm Reza! Jom mandi air terjun!"

Reza buat muka malas. Tapi dia tetap ikut. "Tunggulah aku buka selipar dulu la..."

"Tak payah! Terjun je! Baru thrill!" Rissa sudah mula lari ke arah air.

Aku sempat tengok dia berpaling... dan CELAKA!

Dia kenyit mata. Kepada aku. Langkah aku auto beku. Jantung aku skip satu beat. Perempuan ini memang syaitan dalam tubuh manusia comel.

Ghibran di sebelah aku tengah keluarkan ayam KFC dari beg plastik besar. Ada botol air mineral, air gas, dan fries. Dia bentang tikar biru lusuh dengan muka kononnya fokus tapi aku tahu dia nampak apa yang aku nampak.

"Jangan komen," Ghibran bisik perlahan. "Aku tengah insaf sekarang."

Aku tak cakap. Tapi otak aku sudah mula kena serang. Rissa masuk air dengan t-shirt dan shorts, terus cebur-cebur sambil gelak. Air jernih kena kaki dia, dia terjerit kecil sebab sejuk. Tapi dia tetap terjun sikit, basahkan badan sampai paras dada.

T-shirt putih dia terus lekat macam plastik wrap.
Dan aku rasa... hidup aku bakal hancur.

"Azfar," Ghibran panggil aku perlahan. "Ayam ke sini. Nafsu ke sana. Pilih."

Aku pegang botol air mineral. Tutup mata. Tarik nafas. Tapi sekujur tubuh Rissa dalam air itu macam seruan dari neraka.

"Aku nak duduk jauh sikit. Kalau aku mati, jangan lupa tanam aku bawah pokok kelapa," aku kata.

Ghibran gelak. "Kalau Reza nampak kau kenyit balik, bukan tanam. Dia campak terus tulang kau kat kuali ayam KFC ni."

Aku duduk atas tikar. Pinggang aku senget, tangan aku letak atas lutut, tapi mata aku tak senget. Mata aku waras. Sumpah waras tapi tak kuat.

Reza dan Rissa tengah main air depan mata aku.
Serius. Tengah gelak-gelak, kejar-kejar, renjis-renjis air macam drama Korea. Tapi versi tak suci.

Rissa jerit kecil bila Reza simbah dia. "Rezaaaa! Baju Rissa basahhh!"

Baju kau dari tadi pun sudah melekat macam cling wrap, oiii. Dia lari ke tepi batu besar. Shorts dia naik lagi tinggi. T-shirt makin lekat. Rambut pendek dia basah melekat di pipi. Bibir dia merah macam sambal cili kering.

Aku letak tangan di dada.

"Ghibran..." suara aku serak. "Aku rasa aku nak nangis."

Ghibran tengah kunyah ayam KFC tapi tangan dia terhenti. Dia tenung depan. "Jangan nangis, bro. Diam. Buat-buat makan. Ini ujian kita berdua."

Aku mengeluh. Aku capai fries, tapi tangan aku menggigil. Rissa jerit lagi. Reza peluk dia dari belakang sambil simbah air. Dia menjerit geli. Suara dia mencucuk sistem saraf aku.

"Dia... dia gelak pun macam panggilan syaitan," aku gumam.

Ghibran tunduk. "Aku rasa kita patut solat taubat malam ni."

Kami dua-dua senyap. Pandang depan. Tiba-tiba Ghibran buka mulut.

"Reza ni bodoh tau."

Aku toleh. "Kenapa?"

"Kau tengok dia. Dia lebih percayakan awek dia dari kita. Dia tahu kita dua-dua ada sejarah hitam. Tapi dia still tinggalkan kita berdua dengan tikar, ayam dan view berdosa ni."

Aku terdiam. "Dia tahu kau buaya. Dia tahu aku pervert dari dulu. Tapi dia tetap tinggal Rissa main air depan kita."

Aku angguk perlahan. "Mungkin dia pasrah."

"Mungkin dia bodoh."

Kami tengok depan semula. Rissa angkat tangan lambai kami dari tengah air sambil senyum ceria. Reza tengah selam kepala bawah air. Tapi t-shirt Rissa makin nipis. Aku nampak... huruf cetakan baju dia. Dan... mungkin nama jenama bra. Sumpah aku tak niat.

"Aku nampak 'Sorella', Ghibran..." suara aku lirih.

Ghibran perlahan-lahan letak ayam. "Aku rasa aku nak ke hutan jap. Nak menjerit."

Aku pegang bahu dia. "Aku ikut. Aku nak peluk pokok dan minta nasihat."

Kami bangun serentak. Tapi sebelum sempat lari, Rissa jerit dari tengah sungai.

"Azfaaaaar! Jom mandi samaaa!"

Aku beku. Ghibran beku. Tikar pun beku. Reza bangun dari air dan pandang kami.

"Pergilah... dia ajak tu."

Aku dan Ghibran pandang satu sama lain. "Ini... ini memang nak bunuh kita hidup-hidup."

Reza naik ke tikar. Rambut basah, muka redam. Dia capai air mineral dan straw panjang macam baru balik dari dunia bawah air. Sambil duduk atas tikar, dia hulur tangan ke ayam tapi mata dia separuh terbuka. Zombi. Tapi zombi yang ada kekasih psiko manja.

"Azfaaaarr! Ghirbaaan!!"

Aku dan Ghibran toleh. Rissa berdiri separuh tenggelam tengah kawasan sungai yang lebih dalam. Air paras pinggang. Baju t-shirt dia sudah jadi transparent separuh nyawa. Shorts pink itu makin melekap macam disembur gam.

"Jom mandi kat sini! Best gila! Air sejukkkk!" jerit Rissa sambil main air macam ikan duyung hyperaktif.

Aku pandang Ghibran. Dia telan air liur. "Kalau kita tak ikut, dia jerit lagi kuat."

Aku angguk. "Kalau kita ikut... kita dosa."

Ghibran senyum kelat. "Nak tak nak, kita tetap masuk neraka."

Aku campak tuala. "Jomlah. Sekali ni je."

Kami dua-dua turun perlahan ke air. Batu licin, air sejuk, dan suasana damai... tapi dalam kepala aku bunyi siren kecemasan.

Sampai depan Rissa, dia terus simbah air ke arah aku. "Azfar lambattttt! Tengok baju Rissa dah sejuk!"

Dia goyangkan badan kiri kanan macam nak hilangkan kesejukan. Tapi hakikatnya, shorts dia makin naik dan aku makin nazak.

"Oi! Kau jangan..." Belum sempat aku habis, Rissa tarik tangan aku dan simbah air ke muka aku.

Ghibran gelak. "Serves you right."

Tapi Rissa tak habis di situ. Dia pusing ke arah Ghibran dan percik air ke muka dia pula.

"GHIRBAAANNNN! WET WET!"

Aku terdongak. "Apa sial ayat tu?"

Ghibran cebur tangan dalam air. "Aku sumpah aku siram dia betul-betul karang."

Tiba-tiba Rissa berdiri betul-betul tengah-tengah antara aku dan Ghibran. Dia rapatkan diri, tangan dia naik peluk bahu kami berdua.

"Dua-dua kawab Rissa... seksi bila dalam air..." bisik dia.

OTAK AKU MELETUP.

Rissa mula goyang-goyang badan manja. Kepala dia golek ke bahu aku, kemudian ke bahu Ghibran. Muka aku merah. Tangan aku sengaja duduk bawah air.

"Aku... aku sabar je ni..."

Tiba-tiba... DOOSH!

Kaki aku kena sepak bawah air. Aku terangkat sikit. "Oi!!!"

Ghibran jeling aku tajam. "JANGAN LAYAN. JANGAN LAYAN. TU SETAN."

Rissa pandang kami pelik. "Kenapa Azfar loncat?"

"Katak lalu," jawab Ghibran selamba sambil tekan bahu aku ke dalam air sikit.

Aku tunduk. Menangis dalam hati. "Aku tak kuat, Ghibran... dia peluk tadi..."

"Aku tahu. Aku pun hampir baring dalam air tadi. Tapi aku ingat Reza... ingat ayam... ingat neraka."

Kami semua tergelak. Tapi dalam hati masing-masing trauma. Sebab dengan Rissa dalam air,
tak ada siapa boleh selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience