Bab 105

Mature Content Series 2649

Petang itu, aku duduk dalam bilik kaca berhawa dingin, tingkat dua sebuah studio tatu hipster di tengah KL. Dinding hitam matte, siling tinggi, dan lampu spotlight jatuh tepat atas katil kulit putih bersih.

Elvina baring di atasnya, perut terdedah. Baju dia crop top warna olive. Seluar palazzo longgar, dilondehkan sikit di pinggang supaya ada ruang untuk jarum bekerja.

Tukang tatu, awek Cina berambut pendek blonde, pakai apron kulit, pakai glove hitam, tangan steady, fokus penuh.

Mesin tatu berbunyi halus. Zzzzzzt.

Setiap gerakan jarum itu, aku tengok macam tengok seni dicipta live. Tak ada stensil bunga, tak ada corak kartun. Hanya sepasang sayap minimalis kiri kanan, terbentang cantik betul-betul bawah pusat Elvina.

Di tengah... huruf G. G untuk Ghibran. G untuk gila.

Elvina tarik nafas perlahan, mata pejam. Sakit itu jelas, tapi dia tak merungut langsung. Aku duduk di sofa kecil sebelah meja, pegang air mineral dan peluh sendiri.

"Tak sakit ke?" aku tanya, suara serak sikit.

Dia buka mata, pandang aku macam tengah hisap jiwa aku. "Sakit tu best... bila ada makna."

Aku telan air liur.

Tukang tatu tenung kerja dia, sambung isi bahagian kiri. Kulit Elvina sedikit merah. Ada darah halus. Tapi semua bersih. Steril. Profesional.

"Buat tatu untuk boyfriend ni rare sekarang," kata tukang tatu itu sambil senyum. "Ramai datang bawa nama ex, pastu datang balik suruh cover up."

Elvina gelak perlahan. "Kalau dia jadi ex, aku potong je bahagian ni. Simpan dalam balang. Letak label: 'G – Dead but Delicious.'"

Tukang tatu tergelak. Aku... terdiam. Aku tahu aku gilakan Elvina. Tapi sekarang aku sedar dia lebih gila dari aku.

Dan mungkin sebab itu, aku tak pernah rasa cukup tengok dia. Tatu itu makin siap. Sayap kiri kanan itu macam nak terbang dari perut dia. Huruf G itu timbul, hitam pekat, tepat di tengah.

"Kalau satu hari nanti aku mati dulu..." aku bisik, "...kau jangan bagi lelaki lain sentuh tempat tu."

Elvina jeling, mata dia redup tapi tajam. "Aku akan cacah muka kau kat belakang badan aku. Besar-besar. Biar semua orang tahu, aku dah rosak sebab kau."

Aku tersenyum. Aku tak tahu ini cinta atau penyakit mental. Tapi aku tahu Elvina tak main-main. Dan sekarang, dia rasmi milik aku. Di bawah pusat, atas kulit.

Tanda. Cinta. Gila.

Tatu Elvina baru lepas kena wipe antiseptik. Tukang tatu tengah bungkus dengan plastik cling wrap. Elvina duduk perlahan, masih separa baring, peluh halus atas dahi tapi senyum tak lekang.

"Aku rasa... cantik," dia tengok refleksi perut dia dalam cermin besar depan katil.

Aku angguk. "Cantik... dan bahaya."

Dia gelak kecil. Tiba-tiba, mata dia turun pandang lengan aku lengan kiri, tepat atas urat, bawah sikit dari siku.

"Eh."

Dia tarik lengan aku. Aku refleks nak tarik balik, tapi dia cepat.

"RAG?" Elvina baca huruf-huruf besar yang aku ingatkan sudah pudar dilupakan. Tatu lama. Hitam dia sudah tak sepadu dulu. Tapi masih jelas: tiga huruf, bold, kasar, berdarah iaitu RAG.

"Kenapa nama geng korang ada tatu ni?"

Aku tarik nafas. "Kami buat masa semester akhir. Waktu semua orang stress FYP, kita bertiga pergi kedai tatu pakai duit PTPTN. Azfar yang plan."

"Elvina rasa Azfar memang mastermind idea gila."

Aku gelak. "Bukan. Dia kata... 'Bila kau cacah tatu, maknanya kau hidup selamanya.'"

Elvina ketawa. "Celaka. Immortal?"

"Yup. Kata Azfar, selagi tatu tu ada, selagi tu kami takkan mati. Reza pun buat, tapi dia paling drama siap pengsan separuh jalan."

Elvina gelak kuat sampai kena jeling dengan tukang tatu. Aku sambung,

"Tapi ya. Kami bertiga ada tatu ni. Tanda... kami takde siapa. Anak yatim. Tapi bila buat tatu sama-sama, kami jadi saudara. Jadi RAG."

Elvina jari-jari dia sentuh tatu aku perlahan. Mata dia pandang aku... pelik.

"Kalau kau takde aku, kau masih ada dua orang gila tu, eh?"

Aku senyum senget. "Aku sayang kau... tapi Azfar dengan Reza tu... darah daging yang tak sedarah."

Elvina diam. Lepas itu dia selak sedikit pinggang seluar dia, tengok cling wrap bawah pusat.

"Tapi sekarang, aku pun dah ada tanda. Tanda yang 'G' ni... satu hari nanti, kalau aku mati, kau akan ingat."

Aku jeling tatu aku. Dia pandang tatu dia. Dan aku tahu. Dua orang ini, Elvina dan RAG tak akan keluar dari hidup aku.

Elvina masih duduk atas katil, cling wrap tatu dia bercahaya bawah lampu spotlight. Peluh halus di tulang pipi dia, tapi senyum dia makin jahat.

Dia pandang aku. "Kau berani tak buat matching?"

Aku angkat kening. "Matching?"

"Wing kiri kanan. Tapi huruf tengah 'E'."

Aku diam sekejap. Nafas aku berat. Otak aku sudah mula berfikir cara paling celaka untuk balas balik. Lepas dua saat... aku bangun, tunduk, dan buka mulut.

"Jom."

Elvina terkejut. "Ha? Serius?"

Aku tengok tukang tatu yang tengah kemas meja. "Bro... ada slot sekarang?"

Tukang tatu pandang jam. "Kalau sekarang, sempat satu je. Tapi kau nak buat mana?"

Aku senyum nipis. "Belakang badan. Bawah tengkuk."

Elvina gelak kecil. "Weh tu rare siot tapi sexy."

Aku sudah buka jaket aku, rambut wolf cut aku jatuh ke depan. Aku baring atas kerusi sama Elvina guna tadi, dada menghadap bantal. T-shirt aku angkat sendiri, sampai paras tengkuk.

Kulit belakang aku terdedah, urat timbul. Elvina duduk sebelah, ambil klip rambut aku, selak perlahan ke tepi. Jari dia sejuk. Dia tenung tempat kosong itu. Tempat yang bakal jadi milik dia sampai mati.

Tukang tatu senyum sambil sarung glove. "Wing kiri kanan. Tengah huruf E?"

Aku angguk. "Pastikan wing tu macam nak tercabut dari tulang belakang aku."

"Copy that."

Zzzzzzt.

Bunyi mesin tatu mula menari. Elvina genggam tangan aku masa jarum pertama tembus kulit. Aku tak jerit. Tapi aku rasa jantung aku tembus ke lantai.

Sakit?

Sakit gila. Tapi sakit itu rasa... sedap.

Elvina bisik dekat telinga aku. "Sekarang, bila aku peluk kau dari belakang... aku akan nampak nama aku dulu sebelum apa-apa."

Aku gelak kecil walaupun mata aku pejam. "Dan kalau kau curang... aku toreh huruf tu sampai hilang."

Aku senyum. "Dan kalau aku mati dulu... bakar bahagian tu. Campur dalam arak kau. Biar hari-hari kau mabuk dengan aku."

Tukang tatu geleng kepala. "Gila pasangan ni... tapi aku suka."

Zzzzzzt.

Bunyi mesin tatu makin dalam. Jarum itu menari atas belakang aku, betul-betul bawah tengkuk. Setiap garis wing kiri dan kanan diukir macam ukiran sumpah.

Elvina duduk rapat kat sisi aku, tangan dia main dengan rambut aku yang diselak ke depan. Jari dia usap tengkuk aku, sambil mata dia tak lepas tengok jarum menembus kulit aku. Aku diam. Langsung tak gerak. Tak tegang. Tak merintih.

Tukang tatu angkat kepala. "Bro... kau ok ke? Biasa orang tahan pun mesti berkerut sikit ni."

Aku senyum. "Aku rasa... sedap."

Elvina tergelak. "Kau serius? Ni bukan kena urut weh."

Aku toleh sikit, mata separa pejam, suara separa racun. "Sakit tu nikmat... bila kau yang punya tanda tu."

Elvina terdiam. Aku tahu dia tengah tahan jantung dari meletup. Tukang tatu sambung isi sayap kanan. Aku masih steady. Nafas aku rilek. Aku rasa tenang, macam tengah buat keputusan gila yang aku tak akan menyesal.

Aku sambung ayat lagi. "Kalau aku cacah nama kau kat tempat ni... maknanya belakang aku... sentiasa terbuka untuk kau."

Elvina tunduk, bisik perlahan dekat telinga aku. "Aku sumpah, satu hari nanti, aku akan cakar tempat ni guna kuku aku sendiri."

Aku senyum lagi. "Kalau kau tak cakar pun... aku tetap akan suruh kau pegang. Biar aku rasa... hidup aku milik kau."

Tukang tatu batuk kecil. "Weh weh... jangan stim sangat boleh?"

Kami berdua tergelak. Tapi deep dalam hati aku, aku tahu satu benda. Ini bukan sekadar tatu. Ini perjanjian darah.

Dan bila huruf 'E' itu masuk... siap... hitam, kemas, tengah-tengah tulang belakang aku...

Itu tandanya aku sudah ikat diri aku pada Elvina. Bukan pakai cincin tapi pakai jarum dan daging.

Zzzzzzt... tuk!

Bunyi mesin tatu akhirnya mati. Tukang tatu tunduk tengok hasil kerja dia, sayap kiri kanan yang hampir simetri, garisan tajam, timbul betul-betul bawah tengkuk aku. Dan di tengahnya...

Huruf besar: E.

Elvina pegang bahu aku, kepala dia tunduk tengok tatu itu dengan mata macam baru nampak kerja seni rare di galeri underground.

Aku rasa kulit aku berdenyut, tapi bukan sebab sakit. Sebab dia. Dia yang tengok aku macam aku milik dia.

Tukang tatu lap darah halus, lepas itu balut tatu aku dengan cling wrap. Dia senyum puas.

"Dah bro. Siap. Aku bagi A+ untuk keberanian dan ayat jiwang tadi."

Aku bangun perlahan, pakai balik t-shirt hitam aku. Tapi tak tarik sampai habis. Aku biar cling wrap tatu itu terdedah sikit. Rambut wolf cut aku jatuh semula ke tengkuk, macam tak pernah terusik. Elvina pandang aku. Pandang lama.

"Sekarang kita sama," dia bisik. "Kau bawah tengkuk, aku bawah pusat. Wing kiri kanan. Kau G aku, aku E kau."

Aku dekatkan muka aku ke muka dia. "Kalau satu hari nanti aku hilang, kau cuma perlu tengok cermin. Sebab nama aku dah lekat kat kulit kau."

Elvina senyum jahat. "Dan kalau kau mati dulu, aku akan potong belakang kau. Bingkaikan. Letak atas katil aku. Hari-hari aku peluk frame tu."

Kami dua-dua tergelak. Tukang tatu sudah start kemas barang sambil pasang lagu perlahan synthwave. Sebelum keluar dari bilik itu, Elvina tarik tangan aku, suruh tunduk sikit.

Dia tarik collar t-shirt aku ke bawah, cium cling wrap tatu aku. Lama. Bibir dia panas. Nafas dia pendek.

"Aku rasa... aku gila kat kau."

Aku senyum. "Bagus. Aku suka perempuan gila."

Kami keluar dari studio tatu waktu matahari sudah jatuh. Langit KL warna ungu kelam. Angin panas, tapi malam itu rasa lain.

Rasa milik. Elvina jalan di sebelah aku, rambut merah dia kena lampu jalan, nampak macam terbakar. Perut dia masih berbalut cling wrap, dan dia sengih macam orang baru menang perlawanan MMA berdarah.

Kami turun tangga besi spiral, sampai ke kaki lima. Motor Y15 aku parking elok di depan kedai kopi tutup awal. Seat belakang aku lap dengan tisu, dan helmet spare aku hulur pada dia.

Elvina tak terus pakai. Dia tenung aku dulu. "Nanti kau jangan lupa jaga belakang kau. Sekarang ada nama aku kat situ."

Aku pakai helmet. Pandang dia dari visor. "Kau jaga bawah pusat kau tu dulu. Situ paling banyak musuh."

Dia gelak, tampar lengan aku. "Babi."

Dia peluk pinggang aku dari belakang. Rapat. Ketat. Bila aku hidupkan enjin Y15, bunyi dia macam jeritan untuk setan urban macam kami. Berdesup kami keluar dari lorong sempit ke jalan besar. Lampu neon kedai mamak, bengkel tayar, dan gerai burger terpantul di visor aku.

Tangan Elvina makin ketat pada pinggang aku. Nafas dia turun naik kena belakang badan aku. Aku tahu dia pegang cling wrap tatu aku dari luar baju.

Dan aku tahu... dia pegang bukan sebab manja. Dia pegang sebab itu milik dia sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience