Reza Harith
Langkah aku bergema atas lantai sejuk. Dewan kuliah separa penuh. Bau minyak wangi murah bercampur dengan bau foundation murahan yang dicalit tebal pagi-pagi. Gadis-gadis kolej.
Aku berdiri depan papan putih. Marker hitam di tangan kanan. Nota di tangan kiri. Wajah aku tenang, rambut tersisir kemas, lengan kemeja biru dilipat. Cermin mata di hidung. Aura pensyarah gila, ready to strike.
"Hai dan selamat pagi."
Beberapa suara lemah menyahut. Tak sampai separuh. Selebihnya tunduk, pura-pura sibuk dengan iPad dan buku nota. Ada juga yang sengaja betulkan tudung padahal rambut tak nampak pun.
Aku senyum nipis. Bibir saja senyum. Mata? Tidak.
"Topik hari ni... kegemaran saya. Dark Triad Personality Traits." Aku pusing badan, tulis besar-besar atas papan putih:
DARK TRIAD = Narcissism + Machiavellianism + Psychopathy
"Ringkasnya, ini ialah kombinasi paling beracun dalam manusia. Bila seseorang ada tiga-tiga, awak semua takkan nampak dia sebagai penjahat... sampai dah terlambat."
Aku biar ayat itu terapung. Beberapa pelajar angkat kepala. Salah seorangnya adalah Maira.
Tudung satin warna mocha. Lip matte nude. Bulu mata panjang palsu. Baju blouse labuh, tapi inner baju ketat, bentuk tubuh tak lari. Budak ini... bukan budak biasa. Vibe influencer kampus. Followers ribu-ribu. Jenis yang suka record POV "study with me" lepastu edit filter aesthetic.
Maira tenung aku tanpa berkedip. Mata dia... seolah-olah minat tapi bukan minat subjek. Minat lain.
"Kenapa kita belajar topik ni?" Aku sambung. "Sebab korang akan jumpa manusia macam ni dalam hidup. Dalam kerja, dalam cinta, dalam keluarga. Kalau tak kenal mereka... awak jadi mangsa seterusnya."
Beberapa pelajar tergelak kecil. Aku tak gelak. Aku tak perlu.
"Ujian akhir semester akan diadakan hujung bulan depan. Semua topik dari hari pertama sampai sekarang... masuk. Tak ada kompromi."
Aku pusing perlahan. Letak marker atas meja. Kemudian keluarkan kad akses pejabat dari poket seluar. Lambung. Tangkap.
"Kalau ada soalan, nak faham lebih, atau tak puas hati dengan apa-apa datang bilik saya. Tingkat 2, bilik paling hujung. Bila-bila masa. Tak perlu janji temu. Saya tak makan orang."
Maira senyum. Perempuan itu... bijak. Dia tahu senyuman dia buat orang cair tapi malangnya, aku bukan orang itu.
Aku teruskan, "Tapi kalau datang semata-mata nak flirt, nak tanya soalan bodoh, atau nak buat TikTok, simpan niat tu. Saya boleh sabar... sampai satu tahap saja."
Beberapa pelajar tunduk. Ada yang ketawa perlahan, ada yang rasa terancam. Maira masih senyum. Tangan dia angkat perlahan.
"Sir Reza," suara dia lembut, sedap. "Kalau saya nak bincang tentang topik ni... luar waktu kuliah, boleh?"
Aku pandang tepat ke mata dia. "Boleh tapi pastikan... awak datang sebagai pelajar, bukan sebagai content creator."
Maira senyum lagi. Kali ini, senyuman lain macam. Aku pun senyum balik nipis dan aku tahu... satu hari nanti, budak ini akan datang juga ke bilik aku.
Soalnya cuma untuk belajar atau untuk jadi bahan eksperimen?
Aku melangkah perlahan ke meja pensyarah. Letak nota. Turunkan punggung atas kerusi empuk berwarna kelabu lusuh. Kerusi ini banyak dengar rahsia pelajar. Banyak saksi kegagalan dan ketakutan.
Aku sandar sikit. Lengan kanan aku angkat, siku bertongkat atas meja. Marker masih dalam genggaman.
"Kalau ada soalan... boleh datang sini."
Suara aku mendatar tapi menusuk. Beberapa pelajar tertoleh. Yang lain pura-pura tak dengar. Aku jeling jam di pergelangan tangan. Lima belas minit lagi sebelum masa tamat.
"Kalau nak salinan slide, boleh minta kat saya. Hari ni saja. Saya tengah... baik."
Senyum aku lambat naik. Bukan senyum manis tapi senyum sarkastik. Senyum penuh amaran.
"Sebab minggu depan saya mungkin kembali jadi Sir Reza yang kejam dan tak mesra pelajar."
Gelak kecil pecah di barisan belakang. Seorang pelajar lelaki kulit gelap, baju kemeja checkered angkat tangan separuh.
"Sir, boleh emailkan terus ke student portal ke nanti?" soalnya, nada hati-hati.
Aku angguk perlahan. "Boleh tapi awak tahu... saya suka pelajar yang datang jumpa saya sendiri. Face to face. Baru saya ingat nama. Baru saya... beri slide."
Maira dekat barisan depan sengaja tunduk, tapi mata dia jeling dari bawah tudung. Pura-pura pegang pen, padahal tak tulis satu benda pun sejak tadi.
"Slide tu takkan membantu kalau korang tak faham isi," aku sambung lagi. "So... datanglah. Tanyalah. Saya tak makan orang. Cuma... kadang-kadang saya jawab soalan dengan soalan."
Aku sandar lagi, kali ini sepenuhnya. Jemari kanan aku mainkan penutup marker, buka tutup. Buka. Tutup. Buka. Tutup. Bunyi klik klik klik bergema dalam ruang yang tiba-tiba senyap.
Maira masih tak berkelip. Pandangannya seolah-olah... tunggu aku ajak dia datang.
Tak perlu, Maira. Kau akan datang juga. Tak hari ini, minggu depan dan bila kau masuk ke bilik aku nanti, aku akan tahu sama ada kau betul-betul nak belajar...
...atau kau sendiri yang mahu dikaji.
***
Jarum jam dinding terus berdetik, tak henti. Tik. Tik. Tik.
Aku duduk tegak di meja pejabat. Blinds tingkap separuh tertutup. Sinar matahari pukul dua singgah samar ke dalam bilik. Bau kopi suam masih lekat di udara. Tangan kanan aku lincah menanda assignment pelajar. Merah. Merah. Lagi merah.
Bodoh. Bila sudah masuk semester akhir pun masih tak tahu beza antara narcissistic rage dengan borderline episode. Lulusan psikologi konon. Aku capai assignment seterusnya. Baru nak buka helaian pertama...
TOK TOK TOK!
Ketukan pintu. Mata aku toleh. Tangan masih di atas kertas. Dada aku masih tenang tapi naluri aku sudah bagi amaran awal. Ada sesuatu yang pelik. Lambat sangat nak masuk. Biasanya pelajar ketuk, terus buka.
Aku angkat suara, perlahan tapi jelas. "Masuk."
Tombol pintu berpusing. Pintu terbuka perlahan dan dia muncul, Maira.
Tudung satin. Blaus putih labuh. Skirt beralun. Tangan pegang iPad dan fail. Senyuman dia lembut, manja. Mata bercahaya. Macam biasa tapi... ada satu benda yang tak biasa iaitu niat.
"Hi, Sir..." Dia melangkah masuk. Langkah perlahan. Yakin. Tutup pintu perlahan-lahan di belakangnya, seolah-olah dia bukan datang tanya soalan tapi buat janji rahsia.
Aku sandar sedikit di kerusi. "Awal datang. Nak tanya pasal topik pagi tadi?"
Maira angguk. "Ya. Saya baca balik nota... tapi rasa macam ada yang saya masih tak faham. Especially bab Machiavellian traits. Saya rasa... saya pernah kenal orang macam tu."
Aku tenung dia tajan. "Atau awak sendiri yang ada ciri tu?"
Dia gelak kecil. Suara dia halus, tapi menyakitkan manisnya. "Maybe... sedikit tapi tak sampai tahap psiko, kot?"
Aku tak gelak. Aku juga tak alih pandang. Maira buka fail, letak atas meja aku. Dia duduk di kerusi depan meja. Satu baris meja memisahkan kami tapi aura dia... sudah tembus ke zon peribadi aku.
"Slide pagi tadi tak lengkap. Saya perasan Sir banyak cakap, tapi tak semua ditulis. Saya tak nak ketinggalan. Mungkin Sir boleh explain lebih... detail?"
Muka dia lurus tapi mata dia main-main. Ada cahaya licik. Ini bukan pelajar nerd yang haus ilmu. Ini pemangsa dalam kulit mangsa.
Aku jeling fail dia. Tak buka. Tak sentuh pun. Aku cuma tenung dia.
"Awak tahu tak ciri utama orang Machiavellian?"
Maira senyum. "Manipulatif?"
Aku geleng perlahan. "Bukan saja manipulatif tapu... dia bijak membaca manusia. Dia tahu bila nak tunduk. Bila nak menggoda. Bila nak pasang perangkap."
Senyum Maira makin dalam. "Macam Sirlah."
Aku angkat kening sedikit. "Saya ni gila, remember?"
Dia ketawa perlahan. "Saya tak takut psiko, Sir. Kadang-kadang... psiko pun menarik."
Matanya tepat ke mata aku. Tak lari. Tak tunduk. Tak malu dan waktu ini, aku tahu bahawa Maira bukan pelajar biasa. Dia anak orang kaya. Anak orang besar. Mungkin biasa bergaul dengan ahli politik, CEO, anak menteri. Dia tahu cara bawa diri. Tahu bila nak senyum, bila nak cucuk dan yang paling bahaya dia tahu cara menundukkan lelaki berkuasa.
Tapi sayangnya dia datang ke bilik orang yang lebih bahaya dari semua lelaki yang dia pernah kenal.
Maira silangkan kaki. Gerakan dia perlahan, elegan. Tudung satin dia terletak sempurna, baju dia wangi bukan jenis bau sabun bajet dari pasar malam. Ini bau mahal. Bau butik yang jual sehelai blouse RM800 tanpa diskaun.
"Sir Reza..." Nada suara dia berubah. Lembut. Manja. "Sejujurnya... saya sudah lama perhati Sir. Sejak semester satu lagi."
Aku senyum kecil. "Lama tu."
"Lama sangat." Dia senyum semula. Bibirnya berlapis lip matte warna dusty rose. Tak comot. Tak retak. "Dari dulu saya fikir... siapa pensyarah yang tenang, bijak, tapi... misterius sangat."
Dia sengaja tekan perkataan itu misterius.
Matanya masih tak lepas dari aku.
"Sekarang saya semester akhir dan saya fikir... kalau tak kenal Sir sebelum tamat degree, rugi besar rasanya."
Aku bersandar lebih dalam ke kerusi. Tangan kanan aku silang ke lengan kiri. Aku renung dia perlahan, tak balas senyuman.
"Kenapa awak rasa nak kenal saya?" Soalan aku bukan soalan biasa. Itu jerat dan dia tahu.
Maira ketawa kecil. "Sebab Sir bijak, hensem dan Cool." Dia selamba. Tak nampak malu pun. "Saya suka lelaki yang... tahu apa dia buat. Tak kelam-kabut. Tak sembarangan."
"Awak selalu buat begini dengan pensyarah lain?"
"Eh, taklah Sir." Maira pura-pura terkejut. "Saya bukan murahan."
"Tapi awak tahu apa awak buat sekarang."
Dia diam. Mata dia turun ke meja, konon tunduk. Tapi tangan dia bergerak perlahan buka fail yang kononnya bawa nota.
"Relaks, Sir. Saya datang sebab nak belajar tapu tak salahkan kalau dalam masa sama, saya nak... kenal orang yang saya kagumi?"
Aku tak jawab. Sebaliknya aku capai pen, mula pusing-pusing antara jari. Aku perhati cara dia bercakap, cara dia susun ayat, cara dia kawal nafas.
Dia bukan datang nak tanya soalan. Dia datang nak uji pengaruh. Maira... bukan budak kampung. Bukan pelajar yang teruja dapat A. Dia anak orang kaya, ada status, ada pengaruh dan sekarang, dia cuba uji satu benda sama ada Reza, si pensyarah psiko, akan kalah dengan senyuman dan pujian manja.
Aku senyum perlahan. "Awak datang sebab nak belajar, Maira. Jadi belajarlah."
Dia angkat muka. Dahi berkerut manja. "Belajar topik pagi tadi?"
"Belajar tentang manusia. Tentang kuasa. Tentang... batas."
Maira ketawa perlahan. "Sir... awak ni lain."
Aku tunduk sikit, padukan jari di depan mulut. "Dan awak bukan pelajar biasa."
"Jadi?"
"Jadi awak patut tahu main api boleh membakar."
Maira renung aku dan buat pertama kali, dia tak jawab apa-apa. Tapi senyuman dia makin nakal.
Jari aku masih bermain dengan pen perlahan. Pusing antara ruas.
Maira tiba-tiba tunduk sedikit. Macam nak tengok nota dia tapi tangan dia bergerak perlahan ke meja. Hujung jari manis dia tersentuh belakang tangan aku.
Sengaja. Lembut. Hangat. Wangi losyen. Aku tak tepis. Aku juga tak sambut. Aku biar.
Dia angkat muka. Pandangan dia lebih dalam sekarang. Bibir dia sengaja basah dijilat halus dengan lidah kecilnya perlahan. Tindakan paling kurang ajar dari pelajar yang masih bertudung litup depan aku.
"Sir..." Nada suara dia berubah. Serak sikit. Penuh niat. "Saya suka lelaki yang tak goyah... walau disentuh." Jari dia masih di tangan aku. Kini digerakkan sikit seolah melukis bulatan kecil.
Mata aku tak lari tapi dalam kepala, banyak perkara sudah mula. Maira... bukan budak baru nak up. Bukan pelajar lurus. Dia ada sesuatu.
"Saya suka lelaki yang... biarkan saya explore," dia sambung lagi. "Lelaki yang tak gelabah... bila saya jujur dengan keinginan saya."
Aku senyum kecil. "Awak jujur sangat."
Dia sengih. "Saya tak suka sorok. Saya rasa hidup ni pendek. Kalau saya nak sesuatu, saya akan... ambil. Termasuk perhatian Sir."
Perempuan ini bahaya.
"Banyak pelajar puji saya," aku jawab perlahan. "Tapi awak lain. Awak... psiko sikit."
Maira ketawa perlahan. Jari dia berhenti gerak tapi tak tarik balik. "Psiko pun... kalau kena gaya, masih boleh buat orang jatuh cinta, kan?"
Aku tak jawab tapi mata aku tengok dia macam mangsa eksperimen. Aku biar dia naik. Aku biar dia mendekat. Sebab lebih dia dedahkan niat lebih aku faham cara nak patahkan dia nanti.
"Sir..." Suara dia turun jadi bisikan. "Kalau saya bukan pelajar awak... awak akan layan saya macam mana?"
Aku letak pen perlahan atas meja.
"Kalau awak bukan pelajar saya..." aku senyum nipis, "...awak mungkin sudah tak keluar dari bilik ni."
Maira terkedu. Senyum dia mati dua saat tapi dia tutup semula dengan gelak kecil.
"Saya suka jawapan tu."
Dan sekarang aku tahu. Maira tak datang untuk minta slide. Dia datang sebab dia suka lelaki macam aku. Sebab dia fikir dia boleh tundukkan aku.
Sayangnya, dia tak tahu yang aku tak tunduk. Aku tengok. Aku tunggu dan bila masa sesuai... aku musnahkan.
Share this novel