Bab 199

Mature Content Series 5074

Jam tunjuk 10:56 pagi. Empat minit sebelum dunia aku berubah tapi dia tak sampai-sampai.

Aku sudah berpeluh. Bahagian belakang leher rasa panas. Peluh halus muncul di dahi, menitik sikit-sikit turun ke rahang. Songkok aku rasa sempit. Udara rasa berat. Aku tekan nombor dia lagi.

Tut... tut... tut...

Masih tak dijawab. Tangan kanan aku mula menggigil. Bukan sebab takut tapi sebab geram. Gila. Panas.

Ghibran masih duduk relaks di kerusi tunggu, sambil main game dalam telefon. Azfar tengah skrol Instagram, mungkin tengah cari caption kahwin yang tak jadi.

Tapi aku, aku bangun. Langkah kaki aku mula berulang. Dari kerusi ke dinding. Dari dinding ke pintu. Ulang balik. Macam banduan menunggu hukuman gantung.

Tangan kanan aku naik gosok dagu. Gerak spontan bila otak sudah mula tak stabil. Mata aku liar. Setiap kali pintu depan pejabat agama terbuka, aku akan tengok tapi yang masuk adalah makcik bertongkat. Pakcik pakai batik. Budak kecil makan roti krim.

Bukan dia. Bukan perempuan yang sepatutnya sah milik aku hari ini.

Aku berhenti. Berdiri statik depan meja dulang. Tengok kotak cincin. Tengok frame mas kahwin. Tengok rantai yang aku beli khas.

Semua ini untuk dia. Semalam aku siap sembur minyak wangi mahal atas rantai itu. Bodoh.

Aku tekan lagi butang call. Masih tak angkat. Aku rasa macam nak baling telefon ke lantai tapi aku tahan.

Aku tarik nafas dalam. Jari aku dah mula mencengkam kain sampin sendiri. Kuat. Kalau ada pisau dalam poket, mungkin sudah berdarah paha aku sendiri.

"Reza..." suara Azfar perlahan. "Cool. Belum pukul sebelas."

Aku tak jawab. Mata aku tajam pandang jam dinding. 10:58 pagi. Dua minit lagi.

Kalau dia tak muncul dalam dua minit... aku akan buat sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tak akan lupa.

"REZA!"

Suara itu jerit dari arah pintu. Tajam. Familiar. Masuk terus ke gegendang telinga aku macam panah petir. Aku berpaling. Mata aku terbeliak. Itu... dia.

Rissa.

Ya, Rissa aku. Perempuan yang selalu buat aku nak bunuh dan bercinta dalam satu nafas. Perempuan yang selalu pakai baju crop top dan seluar pendek macam tak kenal dosa. Perempuan yang suka maki, suka goda, suka main-mainkan emosi aku sampai aku nak cekik dia.

Hari ini, dia berdiri di depan pintu pejabat agama... pegang sejambak bunga dan tersenyum manja.

Langkah dia perlahan. Dress nikah putih yang dia pakai itu... cantik. Terlalu cantik sampai aku tak sempat fikir benda lain. Melekat dengan sempurna dekat badan dia yang kurus, ramping, dan... dan kali pertama aku tengok dia pakai selendang putih.

Aku beku.

Make up dia ringkas tapi cukup buat mata aku kunci pada muka dia. Mata dia bersinar. Bibir dia senyum. Tapak kaki dia terus langkah ke arah aku macam slow motion scene dalam filem romantik, tapi versi Fixi. Versi yang berdarah selepas babak bahagia.

Aku tergamam. Tak tahu nak buat apa.

"Reza! Cantik tak aku?" soal dia dengan suara manja yang kalau aku tengah baran, pasti aku sumbat bunga itu dalam mulut dia.

Tapi sekarang...

"Can... cantik... cantik..." kata aku gugup macam remaja bodoh baru kena peluk kekasih.

Suara aku pecah sikit. Macam sumbang. Aku sendiri tak percaya. Aku, Reza, lelaki yang tenang bunuh orang tanpa jejak tiba-tiba jadi gugup tengok bakal isteri sendiri pakai tudung tutup rambut.

Azfar dan Ghibran sudah berdiri dari kerusi. Mata dua-dua macam tak percaya.

Azfar bisik pada Ghibran, "Bodoh... ni Rissa ke ni?"

Ghibran angguk perlahan. "Aku rasa ni klon. Mana mungkin Rissa pakai tudung. Ini macam versi alternate universe."

Aku dengar semua itu tapi mata aku tak beralih dari dia. Rissa berdiri depan aku sekarang, bagaikan bidadari halal yang turun dari langit neraka. Bau minyak wangi vanila dia serang terus ke hidung aku. Aku tahan nafas sikit sebab kalau tak, aku takut aku peluk dia sekarang dan langgar semua adab.

Aku telan air liur.

11:00 pagi.

Masa untuk lafaz dan dia, dia datang tepat pada waktunya. Dia datang, cantik, sopan... dan masih milik aku. Untuk sekarang.

"Nama pengantin lelaki dan perempuan dipanggil masuk. Mohon bersedia."

Suara pegawai pejabat agama bergema dari corong speaker kecil dekat dinding. Sopan. Formal tapi cukup untuk buat degupan jantung aku naik satu tahap.

Aku pandang Rissa. Dia sengih manja macam pengantin perempuan yang tak tahu dia nak jadi isteri kepada lelaki psiko.

Kami berempat mula melangkah masuk ke dalam bilik yang sudah disediakan khas untuk proses akad. Pintu kayu dibuka perlahan. Bau karpet pejabat bercampur dengan bau bunga segar dari meja dulang.

Di dalam, tok kadi sudah sedia duduk tengah-tengah meja panjang. Dua lelaki berbaju kemeja siap tag nama lekat di dada duduk kiri dan kanan tok kadi iaitu saksi dari pejabat agama. Muka dua-dua serius. Tak tahu mereka bakal saksikan dua manusia paling rosak dalam dunia, disatukan secara halal.

Aku jalan dulu. Langkah penuh dengan keazaman yang cuma orang gila faham. Azfar dan Ghibran ikut belakang. Photographer yang kami upah ikut juga dari belakang, siap pegang kamera DSLR. Snap-snap bunyi shutter mula kedengaran.

Aku duduk atas kerusi depan tok kadi. Baju melayu putih aku masih kemas, tapi tangan aku peluh. Songkok masih tegap atas kepala tapi fikiran aku sudah mula hanyut.

Tok kadi pandang aku. Senyum sikit. Muka dia tenang. Mungkin sudah biasa jumpa pengantin lelaki yang gugup.

"Kita semak dokumen dulu ya," katanya sambil buka fail di hadapan.

Satu persatu dia periksa. Kad pengenalan aku. Salinan sijil kursus. Salinan kad pengenalan Rissa. Borang permohonan. Segalanya disusun kemas.

"Wali siapa?" soal tok kadi sambil angkat kening.

"Wali hakim." jawab pegawai pejabat agama di sebelah kiri.

Tok kadi angguk. "Baik. Semua lengkap."

Azfar dan Ghibran duduk di kerusi yang disediakan di belakang aku. Dua-dua pakai songkok. Dua-dua kontrol macam pengapit terhormat. Saksi duduk kiri kanan aku. Jarak cukup rapat. Aku boleh dengar mereka bernafas.

Rissa?

Dia duduk di tepi. Jauh sikit, tapi cukup dekat untuk aku nampak senyum nakal dia yang ditutup dengan selendang putih. Muka dia ayu, tapi aku tahu dalam kepala dia penuh skrip drama.

Tok kadi buka buku lafaz.

Dan saat itu...

Aku tahu. Sekali aku lafaz nanti, tak ada jalan keluar. Aku bukan sekadar dapat isteri. Aku dapat teman sekatil... teman sekongkol... teman serumah yang gila, manja, dan berdosa.

Tok kadi tunduk sedikit, capai dulang yang diletakkan di hujung meja. Jari-jarinya yang berusia itu menyentuh bingkai emas yang kami hias malam tadi.

Matanya tertumpu pada frame mas kahwin. Di dalamnya, satu keping cheque tertera nombor keramat yang aku pilih sendiri — RM11,000.00 tunai.

Tulisan tangan aku sendiri tertera pada cek itu. Hitam. Kemas dan penuh simbolik.

"Mas kahwin sebelas ribu ringgit tunai..." tok kadi ulang perlahan sambil angguk kecil. "Jumlah yang baik. Tak terlalu rendah. Tak terlalu tinggi."

Dia senyum. "Reza Harith bin Hadi... awak bersedia?"

Aku angkat kepala. Mata aku tenang tapi tangan aku masih sejuk.

"Ya. Saya bersedia."

Tok kadi angguk. Dia hulurkan tangan. Aku juga hulurkan tangan. Tok kadi sambut. Salam kami erat. Telapak tangan dia kasar tapi stabil.

Suasana jadi senyap. Ghibran tutup mulut. Azfar berhenti gelak. Photographer diam. Rissa masih tersenyum kecil di sisi, pegang bunga, tapi mata dia tak berkelip pandang aku.

Tok kadi pandang aku dan dia mula...

"Aku nikahkan dikau, Reza Harith bin Hadi, dengan Harissa Sofea binti Hafiz, yang berwakil walikan aku, dengan mas kahwin sebelas ribu ringgit tunai..."

Senyap.

Semua orang pandang aku. Aku tarik nafas sekali. Dan dengan suara yang paling tenang, paling jelas, paling tajam...

"Aku terima nikahnya, Harrisa Sofea binti Hafiz, dengan mas kahwin sebelas ribu ringgit tunai."

Senyap lagi.

Dua saat.

Tiga saat.

"Sah?" soal tok kadi.

Saksi kiri angguk. "Sah."

Saksi kanan turut angguk. "Sah."

Tok kadi senyum luas."Alhamdulillah. Tahniah. Sekarang awak suami isteri yang sah."

Aku lepaskan genggaman perlahan. Azfar dan Ghibran tepuk tangan perlahan macam baru tamatkan pembunuhan bersih.

Rissa... masih tersenyum tapi kali ini, senyum dia lain. Dia tahu. Mulai sekarang... dia sah milik aku.

Tok kadi pandang aku lagi, suara dia lembut tapi tegas. "Sekarang, sila baca lafaz taklik."

Aku angguk. Kertas kecil yang diberi tadi aku pegang erat. Mata aku tenang, suara aku jelas. Tak perlu siapa ajar.

Aku baca satu-satu. Lafaz taklik iaitu janji formal seorang suami kepada isteri.

Ironi.

Aku, Reza Harith bin Hadi, seorang lelaki yang berdosa, trauma, dan penuh sejarah darah sedang lafazkan janji suci atas nama perkahwinan.

Dan aku baca habis. Tanpa silap. Tok kadi senyum puas. "Alhamdulillah. Sekarang... kita teruskan dengan sesi pemakaian cincin."

Aku berpaling. Rissa sudah berdiri, masih pegang bunga, masih tersengih manja macam budak nak masuk Disneyland. Dress putih dia jatuh cantik atas lantai pejabat agama yang tak seberapa itu tapi dia buat tempat ini nampak macam syurga halus.

Aku ambil kotak baldu kecil atas dulang. Cincin emas putih simple. Langkah aku perlahan ke arah dia.

Tangan dia hulur. Jari manis halus, kuku pink pastel. Bau minyak wangi dia masih sama. Wangi dan menyakitkan.

Aku pegang tangan dia perlahan-lahan, dan sarungkan cincin ke jari manis dia.

Sah.

Dia isteri aku. Dalam undang-undang. Dalam kertas. Dalam sistem dan sebentar lagi... dalam katil.

Dia tergelak kecil. "Eee! Comelnya cincin ni."

Gedik dia tak turun-turun. Macam high sugar. Azfar dan Ghibran di belakang geleng kepala perlahan. Sekarang giliran dia.

Rissa capai satu lagi kotak cincin. Kali ini untuk aku. Dia buka, keluarkan cincin lelaki, dan dengan gaya paling manja dalam dunia...

Dia sarungkan ke jari aku. Cincin sejuk tapi tangan dia panas. Mata dia pandang aku, mata seorang perempuan gila yang bahagia sebab dapat main peranan isteri secara rasmi.

"Sekarang tak boleh cari perempuan lain dah tau," bisik dia perlahan. Senyum nakal.

Aku senyum senget. "Kalau kau tak lari, aku tak cari."

Di belakang... Azfar tunduk. Gosok mata. Muka dia macam nampak anak sulung dia berjaya UPSR. Ghibran pulak pandang siling. Cuba tahan sebak. Tapi akhirnya...

"Siallah Reza kahwin dulu!" dia jerit sambil tepuk tangan kuat.

Azfar ketawa perlahan. "Weh sumpah tak percaya, Reza kita sudah kahwin. Confirm dunia nak kiamat."

Aku tengok mereka berdua. Dua kawan yang pernah tolong aku simpan mayat. Yang pernah lari dari polis sama-sama. Yang pernah kongsi rahsia paling busuk dalam hidup aku.

Hari ini... mereka tengok aku jadi suami orang dan aku... rasa macam aku baru menang. Bukan kahwin tapi menang miliki Rissa, sepenuhnya.

"Encik Reza, Puan Rissa... kita boleh bergerak ke taman sekarang?" Suara lelaki muda itu masuk sopan, tapi penuh profesional.

Dia bukan sembarangan photographer. Aku hire dia sebab nama dia dalam circle orang kaya gila, jenis yang shoot untuk selebriti, jenis yang sekali tangkap gambar, orang nampak macam model antarabangsa.

Dia angkat tangan, beri isyarat ke arah luar bangunan. "Team saya tunggu kat luar. Ada assistant lighting, stylist standby kalau baju berkedut, dan make up artist untuk minor touch up."

Aku angguk. Luruskan belakang badan. Aku memang tak main-main. Nikah sekali seumur hidup, aku pastikan semua nampak sempurna.

Tapi sebelum aku sempat melangkah... lengan aku sudah kena usap perlahan.

Rissa.

Perempuan ini tak pernah tunggu masa yang sesuai. Baru lepas lafaz nikah, baru lima minit pegang status "isteri Reza Harith", dia sudah start show off macam aku ini koleksi Gucci terbaru.

"Abang Reza... suami saya... hensem sangat hari ni," dia bisik sambil kepala dia sandar kejap di bahu aku.

Aku jeling dia. Mata dia bulat, berkilat, berselindung di bawah selendang putih lembut yang buat dia nampak manis — tipu gila, tapi manis.

"Lengan abang kerasnya. Eee sukaaa."

Aku tarik nafas perlahan. Mata pandang ke depan. Kami keluar bangunan sama-sama. Mata team photographer terus snap gambar first step keluar pintu. Ada dua assistant lighting, seorang stylist pegang steamer mini, dan seorang make up artist perempuan, standby dengan beg galas kosmetik.

"Kita shoot dekat taman belakang pejabat ni dulu ya. Lepas tu, kita terus gerak ke studio. Studio kita private, tak ramai orang, semua setup sudah ready."

Rissa makin pegang lengan aku kuat.

"Nanti dalam studio... kita ambil gambar macam atas katil sikit tau abang?" Dia bisik nakal sampai cuping telinga aku rasa terbakar.

Belum sempat aku maki...

"Weh Rissa," suara Ghibran potong angin dari belakang. "Kau jangan buat perangai kat pejabat agama ni boleh tak? Ni bukan set filem dewasa."

Rissa toleh. Senyum tak bersalah.

"Kenapa? Salah ke nak sayang suami? Halal kot." Dia peluk lengan aku makin ketat macam takut ada yang culik aku.

Azfar join line. "Kau ni dari tadi usap lengan dia tak berhenti. Ini photoshoot ke produk losyen tangan?"

Rissa tergelak. "Alaaa, biarlah. Hari ni special. Biar semua orang tahu Reza milik aku." Dia pandang aku semula. "Kalau ada perempuan pandang dia lama sangat, aku tarik anak mata dia keluar pakai kuku palsu aku."

Aku senyum senget. Tak tahu nak bangga... atau kena tahan supaya tak tergelak.

Photographer angkat kamera. "Alright. Encik Reza, Puan Rissa kita mula dengan standing shot, natural pose. Boleh pegang tangan. Pandang depan, pandang mata pun boleh."

Rissa hulur tangan dulu.

Aku sambut.

Jari dia sejuk sikit, tapi genggaman dia erat dan masa flash kamera pertama menyala...

Aku tahu. Hari ini hari bahagia kami dan kalau ada sesiapa cuba rosakkan hari ini... aku akan pastikan gambar kematian mereka tak sempat dicetak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience