Air suam jatuh atas tengkuk aku. Pancuran dari atas kepala turun ikut lengkuk bahu, ke dada, ke pinggang. Setiap titik yang basah rasa macam disentuh. Setiap semburan bawa rasa lega macam dosa dari tubuh aku mengalir turun ke lubang lantai. Aku pejam mata. Nafas dalam.
Sunyi.
Cuma bunyi air dan degupan jantung aku sendiri. Aku sandar belakang pada dinding jubin sejuk. Tuala aku sudah lama aku lempar ke tepi. Aku biar tubuh aku disimbah penuh. Rambut aku berat dengan air. Mata aku masih terpejam.
Tenang. Sampai...
TUK!
Bunyi pemegang pintu ditarik dari luar. Aku buka mata, tapi tak sempat bersuara. Pintu bilik air terbuka dan dia masuk.
Reza.
Tanpa seurat benang dan tanpa sebarang suara. Mata dia terus tangkap mata aku. Dalam. Liar tapi senyap. Tubuh dia basah sekelip mata, terus masuk ke bawah pancuran bersama aku.
Tanpa tunggu, dia peluk aku. Kuat. Dada dia tekan ke dada aku. Lengan dia lilit pinggang aku sampai tak ada ruang untuk bernafas betul-betul. Tubuh dia panas, basah dan tegang.
Aku kaku. Air terus turun dari atas kepala tapi jantung aku degup macam panik. Reza tak cakap sepatah tapi pelukan dia macam orang sudah hilang separuh waras.
Aku angkat tangan perlahan dan peluk balik. Mata aku pandang mata dia yang dekat sangat, sepet, tapi dalam. Nafas dia kasar. Tangan dia usap belakang badan aku. Jemari dia merayap.
"Reza..." suara aku separuh basah, separuh bisik. "Kau... gila ke?"
Dia tunduk sedikit, dagu dia sandar atas bahu aku. Bibir dia sentuh tepi leher aku.
"Aku boleh gila kalau kau sentuh lelaki lain."
Pelukan dia masih tak longgar. Tubuh kami basah sepenuhnya. Air dari pancuran terus menghentam kulit macam hujan yang malas reda. Nafas Reza kasar. Dada dia bergerak laju. Tapi wajah dia tenang. Terlalu tenang untuk lelaki yang sedang terbakar.
Dia bisik perlahan, dekat sangat dengan telinga aku. "Bukan kali pertama pun kita mandi sama-sama. Takkan tak biasa lagi?"
Suara dia macam racun yang masuk perlahan dalam urat nadi. Aku gelak kecil. Sinis. Jari aku naik ke rahang dia, usik sikit dagu keras itu.
"Tadi aku ajak, kau diam."
Reza senyum... tapi senyum dia bukan biasa. Senyum sinis penuh maksud. "Aku diam sebab aku nak tengok kau pujuk aku masuk."
Tangan dia naik. Jemari kasar dia usap rambut aku yang lepek basah. Perlahan, lembut tapi dari gerak jari itu, aku tahu dia tengah bayang macam-macam dalam otak dia.
Dia tolak anak rambut aku ke belakang telinga. Mata dia tak lepas dari pandang wajah aku. Tak ada malu. Tak ada ragu. Yang ada cuma keinginan.
Dia tunduk... bibir dia cari bibir aku. Lambat tapi tepat. Sentuhan pertama itu panas, licin dan penuh tekanan. Dia cium aku macam nak masuk terus ke dalam dada aku.
Air suam jadi muzik latar. Bunyi degup jantung kami dua jadi rentak utama. Tangan Reza turun ke pinggang. Dia tarik aku rapat. Terlalu rapat sampai paha kami berlaga.
Mulut dia turun ke leher aku. Tangan dia usap belakang aku perlahan dan menekan.
Tubuh aku, yang sudah biasa disentuh dia tetap menggeletar. Sebab Reza bukan lelaki biasa. Dia lelaki psiko yang tahu setiap inci tubuh aku macam hafal peta jalan ke neraka.
Aku balas pelukan dia. Balas ciuman dia. Balas semua rasa. Aku tak sempat tarik nafas pun.
Reza tiba-tiba pusing aku ke dinding bilik mandi, tekan tubuh aku ke jubin sejuk. Dia tunduk dan...
Dia gigit telinga aku kuat. Gila. Bukan gigit manja. Bukan gigit suka-suka tapi gigit macam nak cabut.
"Hey Reza!" Aku jerit kuat, tolak dada dia pakai siku. Aku berjaya lepas dari pelukan dia. Telinga aku pedih gila. Panas. Aku sentuh ia merah berdenyut.
Aku marah. "Kau gila ke?! Telinga aku nak putuslah bangsat!"
Reza berdiri depan aku. Basah. Nafas laju. Rambut lepek dan dia... ketawa. Ketawa kecil. Ketawa yang tak ada rasa bersalah langsung. Senyum dia naik sikit ke sebelah, senyum yang selalunya datang sebelum dia buat benda lagi teruk.
"Aku suka tengok kau sakit," dia cakap tenang. "Makin kau menjerit, makin aku tahu kau masih hidup. Milik aku."
Aku pandang dia. Mata aku tajam tapi dada aku berombak dan antara sakit dengan benci ada satu rasa lain yang bangkit. Rasa ketagih.
Ketagih pada lelaki yang tak akan pernah jinak. Lelaki yang aku tahu, kalau aku mati pun, dia tetap akan peluk mayat aku. Reza langkah ke depan.
"Jangan dekat..." Tapi aku tak lari dan dia tahu.
***
T-shirt longgar aku sudah mula lekat dengan badan. Rambut masih basah, aku lap pakai tuala putih yang entah berapa kali sudah kena tarik, perah, baling.
Seluar pendek aku senget sikit. Pinggang seluar ini longgar, tapi selesa. Kaki aku letak atas satu kerusi lagi. Rumah sunyi. Bau sabun badan bercampur dengan bau vanila yang masih melekat pada kulit.
Aku duduk di meja makan. Diam. Mata aku tak lepas dari pandang balkoni. Reza berdiri di situ.
Bahu dia sandar pada bingkai pintu. Kemeja dia tak pakai. Cuma seluar hitam dan sebatang rokok yang menyala perlahan di celah jari.
Asap naik ke langit malam. Rambut dia serabai. Dahi dia basah tapi muka dia... tenang. Macam dia baru keluar dari medan perang dan menang semua pertarungan.
Aku jeling sikit. Tangan kiri aku naik ke telinga. Aku usap perlahan. Masih pedih. Sisa gigitan Reza tadi masih terasa perit yang anehnya... buat aku rasa hidup.
Tapi tetap...
"Gila ke apa lelaki ni..." aku gumam sendiri. "Gigit macam aku bukan manusia."
Aku tarik nafas. Mata masih pandang dia. Geram tapi rindu. Tapi benci. Tapi sayang.
Dia habiskan rokok. Puntung ditekan perlahan pada besi bingkai balkoni. Bunyi kecil CIK! macam suara penghabisan sabar.
Kemudian dia berpaling. Mata kami bertembung. Aku tak sempat tarik balik pandangan. Langkah dia menuju aku senyap tapi berat. Macam satu-satu tapak dia simpan niat.
Reza berhenti betul-betul depan aku. Tangan dia tangkap pergelangan aku kasar macam mesin yang tak tahu beza sayang dengan kawalan.
Aku terkejut. "Lepaslah." Aku cuba tarik tangan, tapi genggaman dia makin ketat.
"Reza. Aku penat, aku nak rehat." Suara aku tegas, tapi masih rendah. Aku tak mahu jerit. Tak mahu nampak lemah.
Dia tunduk sikit. Mata dia sempit. Nafas dia dekat sangat dengan muka aku.
"Rehat buat apa?" dia tanya perlahan. "Aku kat sini. Kau kena layan aku."
Ayat dia bukan marah, bukan rayu tapi fakta. Macam satu peraturan yang sudah wujud sejak dunia ini ada. Kalau Reza datang, Rissa tak ada pilihan. Tubuh, masa, ruang semuanya milik dia.
Aku tepis tangan dia kuat. "Tak semua benda kau boleh tuntut dari aku, Reza."
Dia diam. Mata dia masih tengok aku tapi tangan dia lambat-lambat turun ke sisi. Bahu dia senget sebelah, rambut serabai dia makin tutup mata.
Dia senyum nipis tapi aku tahu, di sebalik senyum tu... ada ribut yang tunggu masa nak meletup. Dia masih berdiri depan aku. Tak bergerak.
Aku peluk tubuh sendiri. Tangan kanan aku masih sakit kesan genggaman tadi tapi mata aku tak lari. Walau jantung aku laju, aku tak mahu kalah.
Tiba-tiba suara dia turun separuh nada. Perlahan tapi tajam. "Rissa."
Aku angkat kening. "Apa?"
Dia tunduk sikit. Muka dia dekat. "Kau cintakan aku... kan?"
Soalan dia macam bom masa. Tak meletup, tapi menunggu.
Aku telan air liur. Bibir aku terbuka perlahan.
"Ya," aku jawab. "Aku cinta kau dan aku sayangkan kau."
Dia angguk perlahan. Tak senyum tapi mata dia cerah. Terlalu cerah untuk lelaki yang baru tanya soalan berat.
"Kalau kau sayang aku..." suara dia makin dekat. "Kau kena dengar cakap aku. Jangan tolak aku lagi."
Aku diam. Nafas aku makin pendek. Reza dekatkan bibir ke telinga aku, bisik macam ugutan tapi dibalut dengan janji manis.
"Lagi pun... tak lama lagi kita nak kahwin, kan?"
Aku terkaku. Ayat itu bunyi dia indah tapi datang dari mulut Reza, ia macam cap pemilik. Macam notis rasmi yang bermakna: "lepas ini, kau tak akan lari lagi."
Dia tarik kerusi. Duduk betul-betul sebelah aku. Tangan dia naik ke paha aku, usap perlahan, penuh hak milik.
Dan aku... masih senyum. Sebab walaupun hati aku berperang, tubuh aku masih setia pada satu lelaki gila bernama Reza Harith.
Aku masih diam atas kerusi. Tangan Reza masih atas paha aku. Berat. Hangat. Milik. Kemudian perlahan-lahan... dia alihkan tangan. Naik sikit terus ke perut aku.
Tapak tangan dia lekap, jari terbuka luas. Dia pandang perut aku lama. Tak ada bayi. Tak ada apa-apa. Tapi dari cara dia usap... macam perut ini sudah ada nyawa.
"Tak lama lagi..." suara dia turun. Lembut tapi penuh bayangan. "...kau akan mengandungkan anak aku."
Aku kaku. Dada aku sesak. Reza pandang mata aku. Senyum dia naik sikit senyum penuh harapan, atau penuh niat tersembunyi. Aku tak pasti.
"Aku tak sabar," dia sambung. "Nak ada anak. Anak yang lahir dari hasil kau dan aku."
Aku tolak tangan dia dari perut aku.
"Kenapa nak cepat sangat fikir soal anak?" suara aku serak. "Aku tak suka budak, Reza. Kau tahukan tu."
Dia diam sekejap. Kemudian dia gelak kecil. Sinis. Kepala dia senget sikit, mata dia masih tak berkelip.
"Rissa..." dia sebut nama aku macam makhluk yang dia sudah bayar penuh untuk jadi milik dia.
"Kau milik aku." Nada dia berubah tak manja, tak manjs tapi berat. Gelap. Hakiki. "Jadi kau kena ikut cakap aku. Aku nak anak dari kau!"
Aku pandang dia. Mata aku makin kabur tapi aku tak menangis. Aku cuma sedar.
Cinta dengan Reza bukan tentang pilihan. Ia tentang penyerahan mutlak bagi tubuh, hidup, masa depan... dan rahim aku.
Tangan dia masih di atas perut aku. Panas, berat macam batu tanda yang tertanam perlahan-lahan.
Reza tarik nafas. Suara dia kendur tapi dalam kendur itu, ada kuasa. Ada tekanan.
"Aku sudah buat apa yang kau nak." Dia pandang aku tajam. "Aku bagi kau duit, aku bagi kau barang mahal. Aku diam bila kau buat perangai. Aku layan kau walau kau kejam dengan aku."
Jari dia naik semula ke pipi aku. Sentuh lembut tapi setiap sentuhan dia ada harga. "Sebut saja, Rissa. Kau nak apa? Duit? Nak aku bunuh orang?"
Dia senyum kecil. Bibir dia dekat telinga aku. "Aku boleh buat semua tu. Demi kau."
Aku telan air liur. Jantung aku mula degup dalam diam tapi sebelum aku sempat balas... dia sambung. Suara dia turun lebih dalam.
"Tapi kau kena akur..." Nada dia jatuh macam batu. "Kau kena ikut cakap aku. Kau kena tunduk. Bila aku nak kau, kau datang. Bila aku suruh, kau buat. Sebab aku sudah serahkan semua..."
Mata dia renung mata aku rapat-rapat. "...dan sekarang, giliran kau."
Aku rasa seluruh tubuh aku kaku. Perut aku yang tadi diusap lembut kini rasa macam digenggam dari dalam dan walaupun mulut dia masih senyum... aku tahu aku sedang dilamar oleh cinta yang tak akan pernah benarkan aku lari lagi.
Share this novel