Chapter 49

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 49

Meja bilik itu dipenuhi dengan alat-alat komunikasi dan beberapa komputer riba bawah jagaan Benji. Di satu sudut meja, Rajan pula sedang mengelap sepucuk pistol. Rafael mula bergerak ke arah Benji.

"Bangunan Lombard Lab mempunyai 10 tingkat, dengan tahap sekuriti yang agak tinggi," Benji memulakan analisa. Terdapat tiga komputer riba yang disusun di meja di hadapannya.

"Kamera CCTV terdapat di setiap lif, setiap koridor dan setiap bilik makmal, kecuali tangga. Semuanya berjumlah 182 buah. Terdapat lima belas makmal yang digunakan untuk membuat kajian. Makmal Cik Julia berada di tingkat lima," Benji menyambung. Rafael berfikir sejenak.

"Rajan, bagaimana dengan pekerja-pekerja yang berada di sana?" Rafael teus bertanya.

"Lombard Lab mempunyai hampir 400 orang pekerja. Untuk masuk ke makmal, semua pekerja yang terlibat dalam sesuatu kajian hanya boleh masuk ke dalam makmal menggunakan akses biometrik cap jari. Cuma tukang cuci dan pekerja yang membuat kerja maintenance sahaja mempunyai akses kad kerana mereka menggunakan khidmat syarikat luar. Saya sedang dapatkan semua nama syarikat yang terlibat," jawab Rajan.

"Bagus, apa rancangan awak seterusnya Bard?" Tanya Rafael sambil medekati Badrul.

"Saya akan menyamar sebagai seorang pekerja yang menjalankan kerja-kerja mencuci atau maintenance, untuk membina kepercayaan Julia." Badrul mula bercerita mengenai rancangannya.

Rafael, Benji dan Rajan mula mendengar dengan penuh perhatian. Badrul mengambil masa hampir sepuluh minit untuk menerangkan rancangannya secara penuh. Terdapat banyak soalan yang diajukan oleh semua ahli kumpulan, tetapi selepas hampir satu jam berbincang mereka sudah mendapat kata putus. Kerja-kerja mula dibahagikan di antara Badrul, Benji dan Rajan.

“Saya rasa rancangan awak semua bagus, kita boleh mulakan mengikut perancangan. Syabas semua!” Rafael memberikan kata-kata semangat sebelum mereka semua keluar daripada bilik tersebut.

Bard sudahpun berjaya mendapat jadual kerja Julia pada minggu itu. Daripada pemerhatiannya selama seminggu, Julia selalu masuk ke tempat kerjanya, Lombard Lab sekurang-kurangnya lima belas minit lebih awal.

Julia seorang gadis yang periang dan manis. Semua pekerja di Lombard Lab pasti akan menegurnya, bermula dari penjaga bangunan yang bertugas hingga kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lombard Lab yang berasal daripada Sweden. Semua mengenali Julia.

Badrul memegang dua batang lampu kalimantang yang baru di dalam lif bangunan Lombard Lab. Seperti yang dijangka, Julia masuk ke dalam lif tersebut tepat pukul 8.30 pagi. Hanya mereka berdua sahaja berada di dalam lif ketika itu, mungkin kerana waktu pejabat sebenar bermula pada pukul sembilan pagi.

"Selamat pagi,” Julia memberi ucapan kepada Badrul. Badrul tidak menjangka Julia mahu menegurnya.

“Selamat pagi Cik,” Badrul menjawab dengan sedikit gementar. Hatinya tiba-tiba terasa berdebar-debar. Bau harum minyak wangi yang dipakai oleh Julia menusuk ke dalam hidungnya, minyak wangi yang sama dipakai oleh Natasha.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah dengan sikap peramah Julia akan memudahkan Badrul menjalankan rancangannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience