Chapter 11

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 11

Badrul menarik nafas panjang. Dia mula melemparkan pandangannya ke sekeliling bangunan Shaw House, Beach Road, Singapura. Pada malam minggu seperti malam ini, sudah kelihatan beberapa pasang remaja yang berpegangan tangan melewati tempatnya berdiri. Tentunya mereka sedang asyik dilamun cinta, berjanji untuk sehidup semati selama-lamanya. Badrul tersenyum. Dia juga pernah berpegangan tangan bersama kekasihnya dan berjanji untuk sehidup semati, cuma lokasinya sahaja berbeza. Ketika dia dan Natasha mabuk bercinta mereka adalah penuntut bidang guaman di luar negara.

Lamunan Badrul tiba-tiba dikejutkan oleh sebuah teksi yang berhenti betul-betul di hadapannya. Seorang gadis yang amat dikenalinya, memakai kot dan seluar serba hitam, keluar dari teksi tersebut dan terus memegang tangannya.

"Sorry! Lambat sikit, Tasha sibuk dengan kes baru hari ini," Natasha memegang tangan kanan Badrul dengan kedua-dua tangannya, sesuatu yang selalu dilakukan oleh Natasha jika dia mahu meminta maaf. Dan seperti biasa, Badrul akan mula merajuk sedikit.

"Setengah jam saya tunggu. Kalau ada perempuan lain yang mengorat saya dalam masa setengah jam tu, macam mana?" ucap Bard dengan nada keanak-anakan. Natasha tersenyum, sudah lima tahun dia mengenali Badrul, dia sudah arif dengan situasi ini.

"Tasha akan tumbuk perempuan tu, sampai berdarah, lepas tu Tasha akan rampas Bard daripada perempuan tu!" Natasha bercerita dengan penuh keyakinan.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Natasha akan menceritakan kepada Badrul mengenai kes yang diuruskannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience