Chapter 50

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 50

“Saya rasa awak baru bekerja di sini, saya tak pernah nampak awak," ucap Julia ketika berada di dalam lif sambil memberikan sebuah senyuman yang manis. Badrul terkaku seketika. Jantungnya berdegup semakin deras. Suara Julia yang merdu membuatkan hatinya semakin berdebar.

"Betul Cik, saya baru bekerja selama seminggu, saya cuma pekerja sementara, pengganti kepada Pak Hamid yang masuk hospital," balas Badrul sambil menganggukkan kepalanya tanda hormat.

“Pakcik Hamid masuk hospital? Kenapa? Dia sakit apa?” Tanya Julia agak terkejut.

“Kemalangan,” jawab Badrul ringkas.

"Nama saya Julia," Julia mengucapkan namanya.

“Saya tahu…” Kata-kata itu tiba-tiba terpacul dari mulut Badrul.

“Apa dia?” Tanya Julia sambil mendekatkan sedikit telinganya.

"Err.. Maksud saya.. Nama saya Bard," Badrul menjawab sambil tersenyum sedikit. Terasa darah menyirap ke mukanya. Suasana diam seketika.

Tiba-tiba lif yang mereka naiki berhenti secara mengejut. Julia mula memicit butang-butang yang ada di panel untuk cuba membuatkan ia bergerak. Badrul juga sedikit terkejut.

“Kenapa tak bergerak ni?” Julia cuba memicit-micit butang itu lagi.

“Mungkin syarikat penyelenggaraan sedang memperbaiki lif ini..” Jawab Badrul sambil meletakkan lampu kalimantang dan kotak toolbox yang dibawanya ke lantai lif.

“Biarkan Cik Julia, jangan picit lagi,” ujar Badrul sambil bergerak ke arah panel lif tersebut. Dia cuba mencari butang loceng kecemasan dan menekannya. Kedengaran bunyi loceng menjerit. Badrul menekannya beberapa kali.

“Saya tak pernah terperangkap dalam lif. Inilah pengalaman pertama saya,” Julia mengomel. Badrul hanya tersenyum. Julia kemudiannya bersandar pada dinding lif.

“Nampaknya kita terpaksa tunggu, mungkin semua pekerja maintenance sedang ada mesyuarat sekarang,” jawab Badrul sambil menekan loceng itu lagi beberapa kali. Julia mencebikkan mukanya.

“Cik Julia sepatutnya pergi ke tingkat berapa?” Tanya Badrul cuba untuk meenghilangkan rasa tertekan Julia.

“Tingkat sepuluh,” Julia menjawab dengan ringkas.

“Eh, bukan Cik Julia bekerja di tingat lima, bahagian makmal?” Tanya Badrul.

“Bagaimana awak tahu saya bekerja di bahagian mana?” Tanya Julia kehairanan.

“Kad pengenalan pekerja yang Cik pakai ini, kalau berwarna biru maksudnya Bahagian Kajian di tingkat lima, bukan,” jawab Badrul sambil menunjukkan kad nama yang dipakai oleh Julia. Julia tersenyum sedikit.

“Saya bekerja di tingkat sepuluh buat sementara waktu, kajian saya telah dihentikan, tetapi hari ini saya akan bekerja semula di tingkat lima selepas saya ambil barang-barang saya di tingkat sepuluh,” jawab Julia sambil cuba membuka pintu lif dengan jarinya.

Lif tiba-tiba bergerak semula. Julia dan Badrul memanjat kesyukuran.

"Jumpa lagi Bard!" ucap Julia sebelum Bard keluar dari lif di tingkat lima. Badrul keluar sambil membawa dua buah lampu kalimantang yang baru untuk menggantikan lampu yang rosak di tingkat itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah Badrul, Benji dan Rajan menegtahui apa kajian yang sedang dijalankan oleh Julia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience