Chapter 70

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 70

"Cik Julia, kerana perasaan selesa itulah Natasha telah terbunuh. Kerana perasaan selesa itu juga Rafael telah terbunuh. Mengapa awak rasa dia belum lagi membunuh awak sekarang?" Randi cuba membangkitkan rasa benci di hati Julia.

"Entahlah, mungkin dia juga berasa selesa bersama saya," Julia membalas dengan nada perlahan.

"Saya belum tahu lagi apa agenda sebenar Bard kali ini tapi saya nasihatkan awak berhati-hati. Kami akan sentiasa membantu awak." sambung Randi.

"Apa yang awak mahukan dari saya sebenarnya? Awak berjumpa saya dan menerangkan semua ini, untuk apa?" Tanya Julia dengan nada yang sedikit keras.

"Begini Cik Julia. Bard telah membunuh Rafael, mungkin atas arahan seseorang. Kami mahu tahu siapa dalangnya. Kami perlukan bantuan Cik Julia untuk mengumpul maklumat." Jawab Randi.

"Bantuan bagaimana?" tanya Julia.

"Kami mahu awak menyampaikan maklumat kepada kami mengenai Bard, melalui transmitter yang kami bekalkan ini. Setahu kami dia akan berjumpa dengan seseorang dalam masa terdekat ini, awak cuma perlu pastikan pen sentiasa bersama awak. Bila awak sudah bersedia nanti awak cuma perlu tekan butang ini. Selagi alat ini terpasang, kami tahu lokasi awak nanti," Randi menjawab sambil menghulurkan alat transmitter yang menyerupai sebatang pen.

"Selagi awak membawa pen ini bersama, saya akan pastikan sekurang-kurangnya seorang pegawai kami berada berdekatan," Randi menyambung sambil bangun dari kerusi. Randi menyusun semula semua gambar-gambar yang berselerakan di atas meja dan memasukkannya semula ke dalam fail.

"Kita akan jumpa lagi Cik Julia," ucap Randi sambil bergerak menuju ke keretanya meninggalkan Julia di kantin berseorangan. Rajan yang mendengar perbualan mereka sedari tadi juga mengikut Randi.

"Bukankah kita mahukan Kapsul Ungu, Randi?" Rajan yang sejak tadi memantau perbualan mereka berdua mula bertanya ketika mereka sudah berada di dalam kereta.

"Kita tidak pernah menghubungi Mr M yang mahukan Kapsul Ungu itu. Hanya Bard dan Rafael yang tahu bagaimana untuk menghubungi Mr M. Biar Bard aturkan masa dan lokasi pertemuan dengan Mr M dan kita akan serang selepas itu," Randi menjawab sambil mengambil sepucuk pistol yang berada di bawah bangku tempat duduk.

"Selepas itu aku sendiri yang akan bunuh dia," tambah Randi sambil menunjukkan pistol kesayangannya itu kepada Rajan.

******

Sebaik sahaja Julia memasuki semula bilik seminar untuk sesi petang, dia terus sahaja mengambil tempat duduk di belakang pelajar-pelajar universiti yang menghadiri seminar itu. Dua orang lagi bekas pelajar Professor Aminah yang sudahpun bekerja dalam bidang kajian sains membentangkan kertas kerja mereka.

Julia mebelek-belek transmitter yang berbentuk pen itu sepanjang sesi petang seminar yang dihadirinya. Hatinya masih lagi mahu mempercayai Badrul adalah seorang lelaki yang ikhlas dan cuba untuk melupakan apa yang diceritakan oleh Randi tadi. Dia masih ingat lagi semasa dia bertembung dengan Badrul ketika sedang membeli belah.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah Julia akan mengkhianati Bard? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience