Chapter 107

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 107

Rimas sebenarnya. Tak mungkin dia dapat bekerja dengan baik jika Sarah sentiasa sahaja berada di situ. Sarah adalah seorang peguam yang memegang pelanggan-pelanggan terbesar Kamarudin & Co di Singapura.

“Makan apa Encik?” Pelayan restoran itu bertanya.

“Makanan apa ada?” Badrul membalas dengan pertanyaan.

“Nasi Goreng, ada Nasi Goreng Thai, Nasi Goreng Cendawan, Nasi Goreng Seafood, semua ada,” jawab pelayan itu.

“Nasi Goreng Cendawan, minum teh ais,” jawab Badrul. Entah mengapa hatinya mahu memesan Nasi Goreng Cendawan dan teh ais, mungkin teringatkan Julia.

“Di sini rupanya awak Bard,” Sarah tiba-tiba berdiri di sebelah Badrul sambil memicit pipi Badrul. Badrul menepis sambil menghela nafas yang berat. Dia tidak suka cara Sarah berinteraksi dengannya sejak dahulu lagi.

“Kenapa turun ke sini? I throw you a really good party upstairs. All western food. Kenapa nak turun ke sini makan makanan mamak yang banyak minyak ni?” Tanya Sarah sambil duduk betul-betul bersebelahan dengannya.

“Entah, tiba-tiba rindu nak makan Nasi Goreng Cendawan,” jawab Badrul.

“Nasi Goreng Cendawan? Oh, gosh, I never took that food, so low class,” Sarah membalas dengan nada yang amat runsing.

“Well, I love it,” jawab Badrul sambil mengangkat bahu.

“Macam mana kita nak jadi couple, kalau you makan makanan macam ni?” Sarah bertanya kepada dirinya sendiri.

“Kan I dah cakap. We are not going to make it!” Badrul menjawab dengan tegas.

“I’m sure we will, Bard. Don’t worry, I can train you,” Sarah menjawab sambil mengurut perlahan lengan Badrul.

“No Julia, I am a Nasi Goreng Cendawan kind of guy and you are the creame brulee kind of girl, I will never be the kind of guy you want,” Badrul menjawab demgan nada marah

“Julia? Siapa Julia?” Sarah bertanya kehairanan.

“I mean, Sarah,” jawab Badrul sambil menggeleng-gelengkan sedikit kepalanya.

“See, you are taking too much of this Malay oily food. Nama I pun you dah tak ingat,” Sarah merajuk.

Pelayan restoran datang bersama teh ais. Semasa pelayan itu bertanya jika Sarah mahukan apa-apa, Sarah menggeleng-gelengkan kepalanya. Badrul mengambil minuman dan menghirupnya.

“Bard, it’s ok. Since now we are together, I will change you,” Sarah masih mahu mencuba. Badrul tersedak ketika Sarah menyebutkan kata-kata itu.

“Are you ok Bard? I always believe this is not a good place to eat. You will get sick,” Sarah mengomel sambil menepuk sedikit belakang Badrul.

“Sarah,” Badrul masih terbatuk sedikit. Dia cuba menelan air liur.

“Papa mahu saya buka satu cawangan Kamarudin & Co di Kuala Lumpur. Saya akan tinggal di sana,” Badrul memberitahu Sarah. Sarah sangat terkejut dengan pengakuan Badrul.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah keputusan Badrul akan mengecewakan Sarah atau Sarah akan mengikutinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience