Chapter 35

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 35

"Sudah lima kali kita berjumpa Encik Rafael," Pengetua memulakan bicara.

"Ya, ini kali kelima." Rafael menjawab dengan tenang.

"Randi, kali ini dia bergaduh dengan seorang pelajar lain, bertumbuk dan pelajar itu telah dimasukkan ke hospital, dua jahitan. Encik Rafael, saya tak tahu apa punca sebenarnya perlakuan ganas Randi sepanjang tiga tahun ini. Saya mahu dapatkan maklumat daripada Encik Rafael sebelum saya jatuhkan sebarang hukuman," ujar Pengetua.

"Saya tak boleh jawab soalan itu Tuan Pengetua. Mungkin saya tidak cukup masa terluang untuk melihat perkara-perkara sebegini. Saya terlalu sibuk dan dia tidak ada ibu, hanya pembantu rumah sahaja yang ada untuk melihat perkembangan Randi," Rafael menjawab.

"Saya mungkin terpaksa gantung persekolahan Randi. Kesalahan kali ini agak besar, dia telah mencederakan seseorang. " Jawab Pengetua.

"Jangan sampai begitu Tuan Pengetua. Bagi saya masa untuk bertanya apa masalah sebenarnya Randi dengan pelajar itu, siapa sebenarnya yang bersalah. Saya akan berjumpa dengan ibu-bapa pelajar itu dan selidik perkara ini. Beri saya masa seminggu," Rafael merayu.

"Baiklah Encik Rafael. Awak telah memberi banyak sumbangan kepada sekolah ini. Saya akan beri masa untuk awak siasat, tapi tak boleh terlalu lama. Minggu depan saya terpaksa menghantar laporan kepada Pejabat Pendidikan mengenai kes anak awak ini. Kalau awak tak datang dalam masa seminggu, saya terpaksa jatuhkan hukuman gantung sekolah," Pengetua bercakap dengan nada tegas.

"Terima kasih Tuan Pengetua, saya akan lihat perkara ini secepat mungkin." Rafael membalas.

Selepas keluar dari bilik Pengetua, Rafael menarik lengan Randi dan membawanya masuk ke dalam kereta. Randi tidak bercakap walau sepatahpun.

Rafael membiarkan sahaja Randi membisu. Sudah lebih sepuluh tahun Randi tinggal bersamanya semenjak dia memohon untuk menjaga Randi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selama sepuluh tahun ini juga dia telah membersihkan perniagaan yang diuruskan oleh kumpulan Kemaruk Hitam dan mendaftarkannya dengan nama baru, KH Intelligence. Itulah yang dia mahu lakukan semenjak kematian Patrick Chin dan Michelle dan ianya telah membuahkan hasil. Cuma satu sahaja masalah yang belum diselesaikankannya, membetulkan Randi agar tidak mengikut jejak bapanya.

Rafael merenung sekali lagi ke arah Randi yang duduk di kerusi sebelahnya sambil memandu perlahan. Randi sudahpun tertidur. Rafael merenung kembali ke arah jalan dan memecut sedikit keretanya. Dia mahu cepat sampai ke rumah, mindanya masih belum mendapat jawapan bagaimana untuk menyelesaikan masalah Randi.

“Skreeettttt….” Rafael terkejut dengan decitan tayar kereta yang tiba-tiba kedengaran tidak jauh darinya. Kenangan lama yang mengusik jiwanya tadi hilang tiba-tiba. Dia melihat semula ke arah kawasan perniagaan Taman Idaman yang berada di hadapan taman tempat dia duduk berehat.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan dilakukan seterusnya oleh Rafael?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience