Chapter 34

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 34

Rafael mengurut-urut belakang Randi sambil memeluknya erat. Masih segar di ingatan Rafael bagaimana Patrick Chin tertembak semasa serbuan polis beberapa hari lepas. Dia juga masih terbayang bagaimana Michelle juga terkena peluru sesat pada waktu yang sama. Timbul rasa kekesalan di hatinya, kerana dialah Randi kehilangan kedua-dua bapanya

"Jangan begitu Randi. Tak mengapa, nanti Uncle akan datang semula," Rafael cuba memujuk.

"Uncle Rafi tipu! Randi nak ikut Uncle Rafi juga!" bercucuran airmata Randi sambil menjerit-jerit.

"Saya rasa awak patut luangkan masa sedikit untuk Randi hari ini. Mungkin sampai dia tidur nanti." Anita membisikkan kata-kata ke telinga Rafael. Rafael hanya menganggukkan kepala.

"Baiklah Randi, Uncle akan temankan Randi di sini." Rafael memujuk Randi sambil mendukungnya. Randi kemudian berhenti menangis.

"Saya makan dulu Rafael. Dalam setengah jam lagi saya akan datang balik. Apa-apa hal awak boleh beritahu kepada Azman," Anita menunjuk ke arah seorang lagi pegawai polis yang berdekatan.

"Bawa Azman sekali kalau awak mahu ke mana-mana," Anita menyambung.

"Baiklah Anita," Rafael menjawab.

Rafael kemudiannya membawa Randi berjalan-jalan ke seluruh hospital untuk mengelakkannya daripada menangis sehingga dia tertidur di pangkuannya. Semasa meletakkan Randi ke atas katil yang disediakan, rasa bersalah Rafael semakin menghiris hatinya. Melihat wajah Randi yang tenang, tidak sanggup rasanya melepaskan anak kecil itu kepada pihak Kebajikan Masyarakat. Budak kecil semuda Randi tidak sepatutnya kehilangan ibu-bapanya sekali gus dan dia sepatutnya dijaga dengan penuh kasih sayang. Kesalahan yang dilakukan oleh bapanya tidak harus ditanggung oleh anak sekecil itu. Rafael memegang tangan kecil Randi.

"Anita, bagaimana kalau saya mahu menjaga Randi? Saya mahu mengambil dia sebagai anak angkat. Ada borang yang perlu saya isi, ataupun ada sesiapa yang perlu saya jumpa?" Randi bertanya kepada Anita. Anita agak terkejut dengan permintaan Rafael.

"Boleh, awak perlu maklumkan kepada pegawai Kebajikan Masyarakat yang akan datang nanti. Awak perlu berurusan dengannya. Kami pihak polis hanya menjaga Randi sebelum diserahkan kepada pegawai mereka," Anita menjawab.

"Terima kasih Anita," Rafael menjawab. Mungkin dengan menjaga Randi rasa bersalah yang ada di hatinya akan terubat sedikit.

"Apa lagi yang kamu buat Randi?" Rafael bertanya kepada Randi di luar pejabat Pengetua sekolah. Randi yang kini sudahpun berumur empat belas tahun, sudah lima kali terlibat dengan kes-kes kurang sihat di sekolahnya. Randi hanya mendiamkan diri.

"Encik Rafael, Tuan Pengetua sudah habis mesyuarat. Dia mahu berjumpa dengan Encik Rafael sekarang." Tiba-tiba seorang guru wanita memanggilnya untuk masuk bertemu dengan Pengetua sekolah. Rafael kemudian mengikuti guru wanita tersebut .

"Encik Rafael, sila duduk," Pengetua sekolah menyambut Rafael.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapakah Tuan Pengatua mahu berjumpa dengan Rafael? Apakah yang telah Randi lakukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience