Chapter 30

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 30

"Engkau kena buat sesuatu tentang Randi, jangan biarkan dia begitu. Habis semua peniaga di kawasan Taman Idaman ini diperas. Aku dengar cerita, dia ada juga menjalankan sindiket jual dadah kepada budak-budak sekolah. Randi itu dibawah jagaan engkau, apa-apa jadi engkau juga yang susah nanti," Zamani mula menasihati Rafael setelah beberapa minit berbual kosong. Rafael hanya memandang jauh ke arah luar jendela. Ini bukanlah pertama kali dia mendapat aduan mengenai kelakuan Randi yang buruk itu.

"Aku benar-benar kenal engkau, seorang yang baik dan beretika. Kita sama-sama bekerja dulu, aku percaya engkau tidak terlibat dalam kegiatan Randi. Aku tengok perniagaan engkau pun semakin maju, satu hari orang juga akan menuduh perniagaan engkau ini maju kerana aktiviti-aktiviti bawah tanah yang dibuat oleh Randi," Zamani menyambung.

"Tak taulah Zamani, aku sudah berkali-kali menegur si Randi, dia tetap tidak berubah. Aku berharap dia akan menggantikan tempat aku nanti, menjaga perniagaan aku ni. Memang perniagaan ini pun milik dia sebelum aku ambil alih dahulu," ucap Rafael dengan penuh nada kekesalan.

"Cubalah Rafael, kalau dia tertangkap, aku sudah tak boleh tolong lagi, " kata Zamani sambil mengangkat tangan meminta diri untuk pulang.

Rafael berjalan dengan perlahan melalui beberapa gerai di Taman Idaman selepas bertemu dengan Zamani. Zamani adalah ketua Persatuan Peniaga Taman Idaman yang telah berjumpa dengannya selama beberapa kali tahun ini, hanya dengan satu tujuan, meminta dia berbuat sesuatu kepada Randi.

Randi sebenarnya bukanlah anaknya yang sebenar dan dia tidak pernah memberitahu Randi siapa bapanya yang sebenar. Sambil duduk di sebuah kerusi kayu di sebuah taman yang berdekatan, Rafael mengingat kembali bagaimana dia mengenali Randi.

Kira-kira lebih dua puluh tahun lepas, Zamani, yang pada masa itu adalah anggota polis khas, lebih biasa dipanggil Inspektor Zamani, telah diarahkan untuk menyelesaikan sebuah kes rangkaian kongsi gelap yang diketuai oleh Somat, seorang lelaki kacukan Cina-India yang bermaharajalela di kawasan-kawasan pinggiran Kuala Lumpur. Somat adalah bekas tentera khas kerajaan Indonesia yang dipecat kerana salah laku dan dia membawa diri ke Kuala Lumpur. Dia adalah seorang anggota tentera terlatih yang berpengetahuan luas tentang serang hendap dan senjata. Somat bertemu dengan Patrick Chin yang pada masa itu mempunyai rangkaian penyeludupan yang dibuat di belakang perniagaan import-export yang dipunyai olehnya. Mereka menjadi kawan baik dan akhirnya bekerjasama dalam satu kumpulan yang bergelar Kemaruk Hitam, nama yang sama dengan kumpulan yang dipimpin oleh Rafael sekarang.

Rafael pula sentiasa hidup dijalanan semenjak umurnya lima belas tahun kerana bapanya menghilangkan diri dan ibunya pula masuk ke hospital sakit jiwa. Rafael pada mulanya bekerja sebagai pembantu Patrick Chin.

…bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah Rafael mengenali Zamani?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience