Chapter 25

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 25

Mungkin benar kata-kata Benji itu tadi, kelemahan Rajan adalah pada kakinya yang nampak kurang kuat. Dia nampak bengis dan ganas tetapi sebenarnya dia tidak berjalan dengan keadaan yang stabil. Rajan juga suka menyerang musuhnya secara melulu.

Rajan sudah mula meluru ke arah Badrul sekali lagi. Badrul bersedia untuk memangkas kaki Rajan dan seperti yang dijangka Rajan jatuh tersungkur sekali lagi, kali ini meraung kesakitan. Nama Badrul disorak gembira ketika Rajan memberi isyarat menarik diri dari pertandingan.

Beberapa orang ahli kumpulan menjulang Badrul, tanda kemenangan. Randi yang sedari tadi hanya melihat pertandingan itu tanpa sebarang reaksi, kini bangun membuat pengumuman.

"Kemenangan kepada Bardddddddd!!!!!" Randi membuat pengumuman. Ketika pengumuman ini dibuat, sorakan nama Badrul lebih banyak didengar dan Badrul dijulang dan diarak ke hadapan Rafael untuk menerima hadiah kemenangan.

Badrul tiba ke ruang pejabat KH Intelligence bersama Randi. Pejabat itu terletak tidak jauh dari rumah agam yang didudukinya sejak beberapa malam lepas. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik Rafael, dia terus mengeluarkan sebuah sampul berwarna coklat dari dalam lacinya.

"Nama baru awak, Badlishah bin Amin!" Rafael menghulurkan sebuah passport Malaysia kepada Badrul. Badrul mengambil passport itu dari tangan Rafael. Randi yang bediri di belakang bapanya menganggukkan kepala kepada Badrul sambil tersenyum hambar. Badrul membuka beberapa helaian passport itu untuk melihat identiti barunya.

"Umur awak 26 tahun, berasal dari Johor dan awak adalah guru Tae-Kwan-Do secara sambilan. Semua kawan-kawan awak memanggil awak Bard. Keluarga awak semuanya telah berpindah ke luar negara," Randi pula menyambung sambil membaca sebuah fail yang berada di atas meja. Rafael membiarkan Randi memberi penerangan.

"Encik Badlishah, ada satu peluang pekerjaan di syarikat ini. Oleh kerana awak berjaya mengalahkan Rajan tempohari saya rasa awak sesuai dengan tugasan ini, Bard," Rafael membuat tawaran.

"Bagaimana kerjanya Rafael?" Tanya Badrul perlahan, masih belum lagi benar-benar selesa dengan mereka berdua.

"Kami perlukan seorang penyiasat yang boleh menyelesaikan tugasan salah seorang pelanggan KH Intelligent. Penyiasatan ini agak mudah, cuma perlu memantau dan mencari bukti dalam bentuk gambar," Rafael menyambung.

Badrul berfikir sejenak.

"Awak akan bekerja dengan Benji dan Rajan, mereka adalah antara pembantu saya yang terbaik dalam bidang mereka," Rafael cuba menghilangkan rasa cemas Badrul.

"Lagipun, kami mahu awak selamat di sini. Lebih baik awak sentiasa berada bersama Rajan dan Benji pada waktu sekarang," Randi pula mencelah.

"Rajan dan Benji akan datang sebentar lagi untuk taklimat tugasan baru ini. Awak dengar dulu kes ini dan buat keputusan selepas taklimat nanti," Rafael memberi arahan.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah keputusan yang akan diambil oleh Badrul setelah mendengar taklimat dan kes tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience