Chapter 31

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 31

Setelah hampir beberapa tahun bekerja, dia telah menjadi antara anggota yang paling dipercayai oleh Patrick Chin dan dia mula menguruskan kerja-kerja penyeludupan.

Rafael pernah ditangkap oleh polis beberapa kali. Kali terakhir dia tertangkap, Inspektor Zamani telah menjadikannya seorang pemberi maklumat polis. Perkara ini berlarutan selama beberapa tahun tanpa disedari oleh Patrick Chin dan kuncu-kuncunya.

Rafael masih ingat lagi hari di mana Inspektor Zamani mengambil keputusan untuk menyerang hendap operasi Kemaruk Hitam semasa perjumpaan Patrick Chin, Somat dan ketua satu lagi rangkaian penyeludupan dadah yang berpusat di luar negara. Mereka telah merancang untuk mengadakan pertemuan di salah satu gudang terpencil yang berada di pinggir Kuala Lumpur. Ketika itu Rafael ditugaskan menjadi pengawal keluarga Patrick Chin dan antara tugas hariannya adalah memastikan anaknya, Randi dan isterinya, Michelle sentiasa selamat.

"Rafael, saya akan ikut Patrick hari ini, Randi pun akan ikut," Michelle memberitahu Rafael pada waktu sarapan pagi.

"Tak perlulah Puan, saya akan sediakan kenderaan lain untuk Puan dan Randi, Tuan Patrick ada mesyuarat penting pagi ini, mungkin akan mengambil masa yang agak lama," Rafael cuba untuk menghalang keputusan Michelle.

"Tak mengapa, saya boleh tunggu. Saya cuma takut nanti tak sempat untuk awak berpatah balik untuk ambil kami berdua dan pergi ke lapangan terbang. Jauh juga mesyuarat Patrick tu, lebih baik pergi sekali dengan semua beg. Sudah lama kami tak pergi bercuti ke luar negara," Michelle tetap berdegil. Michelle sebenarnya hanya mengetahui suaminya menjalankan perniagaan import-export, tetapi tidak pernah tahu semua kegiatan penyeludupan Patrick.

"Baiklah Puan, siapkan sahaja semua beg, saya akan masukkan semuanya ke dalam kereta. Saya akan aturkan semuanya," Rafael mengalah. Dia tidak mahu Michelle curiga.

Rafael kemudiannya membahagikan kumpulan yang pergi ke perjumpaan itu kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang diketuai oleh dirinya sendiri akan mengiringi Patrick dan satu lagi kumpulan akan menjaga Michelle dan Randi. Kumpulan yang menjaga Michelle dan Randi akan berhenti agak jauh dari tempat perjumpaan tersebut, sebagai langkah berjaga-jaga.

Seperti yang dirancang oleh Inspektor Zamani, anggota khas polis menyerang hendap ketika Patrick dan Somat sedang membuat pertukaran wang tunai dan dadah dengan kumpulan pembekal di dalam gudang tersebut. Serang hendap tersebut tidak berlaku dengan baik kerana kumpulan pembekal tersebut telah datang bersama kumpulan lain yang lebih besar. Mereka telah menawan kereta yang membawa Michelle dan Randi untuk menjadikan mereka sebagai tebusan. Kumpulan pembekal itu nampaknya mempunyai rancangan yang baik dan hampir menewaskan kumpulan polis khas yang bertempur ketika itu. Sebagai jalan terakhir kumpulan pembekal itu telah mengheret Michelle dan Randi ke dalam gudang.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang mereka lakukan kepada Michelle dan Randi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience