Chapter 22

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 22

"Begini, jika awak seorang peguam di Singapura, pihak polis akan mula mencari awak berdasarkan profail awak sebagai seorang peguam. Lebih mudah mereka mencari awak disini jika identiti baru awak juga seorang peguam. Untuk membina identiti baru, kalau boleh cari sesuatu yang agak bertentangan dengan kerjaya awak yang terdahulu, tetapi mestilah sesuatu yang awak minat atau sesuatu yang awak sudah ada kemahiran. Mungkin pengukiran kayu, mekanik, tukang paip. Sesuatu yang tidak begitu menonjol dan tidak memerlukan awak bekerja dengan sesiapa supaya tidak ada rekod mengenai awak di mana-mana," Rafael memulakan perbincangan setelah duduk di sofa. Badrul berfikir sejenak.

"Saya pernah menjadi guru Tae-Kwan-Do satu masa dahulu, tetapi saya terlalu sibuk, sudah beberapa tahun saya tidak mengajar," jawab Badrul.

"Ok. Satu permulaan yang bagus! Awak akan mendapat satu identiti baru esok!" balas Rafael sambil bangun.

"Awak akan tinggal di sini dahulu sehingga saya siapkan semua dokumen baru awak,” Rafael menyambung sambil menjeling ke arah Randi.

“Oh! Ya, malam ini ada pertandingan untuk ahli kumpulan Kemaruk Hitam. Pukul lapan setengah Randi akan bawa awak ke sana." sambung Rafael sambil menepuk-nepuk bahu anaknya dan kemudian keluar dari ruang tamu. Seorang wanita masuk ke ruang tamu sambil menghidangkan minuman panas untuk Randi dan Badrul. Randi hanya memberi isyarat tangan mengajak Badrul minum. Badrul mengangkat tangan tanda tidak mahu. Fikirannya masih lagi bercelaru.

Badrul hampir tertidur di atas sofa kerana kepenatan. Matanya terasa berat. Air minuman yang di bawa oleh wanita tadi masih lagi berada di atas meja, tidak berusik. Sudah agak lama Randi dan bapanya, Rafael keluar dari bilik itu, berbincang di halaman rumah. Melalui jendela bilik itu yang terbuka, Badrul dapat melihat dengan jelas kedua-duanya berbincang dengan cara yang agak kasar. Fikiran Badrul menyatakan, mungkin ada sesuatu yang tidak dipersetujui oleh Randi.

Lima minit kemudian, Randi kembali ke dalam bilik menemui Badrul semula. Mukanya masih lagi dibayangi rasa tidak puas hati. Nampak senyumannya seolah-olah sengaja dibuat-buat semasa Randi mengajak Badrul pergi ke sebuah bilik yang agak berjauhan.

"Inilah tempat awak untuk sementara waktu. Ini adalah asrama untuk pengawal-pengawal keselamatan KH Intelligence," ujar Randi sambil menunjukkan satu katil yang masih kemas.

"Awak boleh tidur di situ. Tukang kebun akan bawa beg awak nanti ke sini. Lapan setengah malam, pastikan awak sudah siap untuk melihat pertandingan," ucap Randi sebelum menutup pintu bilik.

Bilik yang dimasukinya itu agak kemas walaupun Randi mengatakan ia adalah sebuah asrama lelaki. Terlihat beberapa buah baju yang sudah digosok tergantung di bidai jendela. Badrul memanjat ke atas katil, cuba untuk merehatkan fikirannya seketika. Mindanya mula membayangkan Natasha yang amat dicintainya.

...bersambung

Bab akan datang:

Pertandingan apakah yang dimaksudkan oleh Rafael dan Randi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience