Chapter 86

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 86

“Saya sebenarnya adalah seorang peguam. Bapa saya seorang peguam, pakcik saya peguam, sepupu saya peguam. Saya tidak ada pilihan lain, saya terpaksa jadi seorang peguam. Kalau saya tak jadi peguam mungkin semua orang akan sisihkan saya,” Badrul menjawab dengan nada yang sinis sambil ketawa sedikit.

“Keluarga peguam! Bosannya,” jawab Julia juga ketawa sedikit

“Semasa kecil-kecil dahulu saya selalu berangan nak jadi James Bond, pakai baju kemas, tembak orang jahat dan ada gadget yang bermacam-macam,” Badrul menyambung dengan nada yang sangat ceria.

“Impian awak menjadi kenyataan sekarang,” jawab Julia.

“Betul juga kata awak. Memang impian saya menjadi kenyataan,” ujar Badrul sambil melemparkan pandangan yang jauh.

“Impian kita akan selalu jadi kenyataan cuma selalunya kita tak sedar. Jadi selalu berhati-hati jika kita mahu membina impian,” Julia membalas.

“Awak pula bagaimana? Apa impian awak Julia?” Kini giliran Badrul pula untuk bertanya.

“Saya mahu bersama dengan orang yang benar-benar cintakan saya dan saya mahu hidup dengan cinta itu,” jawab Julia sambil memandang ke mata Badrul.

“Itu saja?” tanya Badrul seolah-olah tidak puas hati.

“Jika kita melalui hari-hari dengan orang yang kita cintai, kita mempunyai segala-galanya,” jawab Julia penuh keyakinan.

“Jadi suami awak nanti tak perlulah belikan awak rumah, kereta, tanah. Senanglah kalau begitu,” jawab Badrul

“Bukan begitu. Maksud saya, kita perlu mulakan dengan rasa cinta. Kalau benar suami saya nanti cintakan saya, dia akan sediakan semuanya tanpa perlu saya meminta. Dia akan berusaha untuk memperbaiki hidup. Itulah maksud saya,” jawab Julia dengan panjang lebar.

“Menarik. Mungkin saya patut ikut impian awak,” Badrul membalas.

“Minta maaf ya, itu impian saya. Awak tak boleh tiru. Kalau awak tiru, saya akan saman awak kerana mencuri Intellectual Property dan awak pasti akan kalah!” balas Julia dengan tegas.

“Wow! Saya rasa awak boleh jadi peguam yang baik,” jawab Badrul sambil mengangkat kedua-dua tangannya.

Dua orang pelayan restoran Kayu Manis sampai dengan makanan dan minuman yang mereka pesan tadi. Julia dan Badrul makan sambil bercerita mengenai kehidupan mereka dengan lebih dekat lagi. Mereka begitu galak bercerita sehingga mereka tidak sedar semua pengunjung restoran itu sudah pun pulang. Teksi yang menghantar mereka tadi datang semula untuk membawa mereka kembali ke Hotel Salsabila.

“Saya rasa gembira hari ini makan bersama awak,” ucap Julia sebaik sahaja tiba di hadapan pintu biliknya.

“Saya pun begitu,” jawab Badrul sambil tersenyum. Mata mereka bertemu seketika.

“Kita patut makan bersama lagi lain kali, mungkin selepas segala-galanya selesai,” sambung Badrul sambil membuka pintu biliknya. Julia mengangguk sedikit tanda setuju.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah mereka berpeluang lagi untuk berjumpa seperti malam itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience