Chapter 69

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 69

"Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham adalah seorang bekas peguam yang dituduh membunuh teman wanitanya sendiri, Natasha di Singapura. Untuk menutup identiti sebenarnya, kami telah memberikan nama baru kepadanya, Badlishah. Ini adalah salah satu khidmat yang kami tawarkan sebagai pelanggan KH Intelligence, bapanya adalah salah seorang pelanggan utama kami. Jika dia kembali ke Singapura, dia akan ditangkap dan didakwa," Randi mula berbicara setelah mereka selesai memesan makanan di kantin berdekatan.

“Awak boleh rujuk semua gambar dan dokumen-dokumen yang ada di dalam fail itu,” ujar Randi sambil memberi isyarat dengan matanya.

Julia membelek gambar-gambar dari dalam fail yang diberikan oleh Randi, gambar Badrul, Natasha dan Rafael.

"Pengasas KH Intelligent, Rafael telah mengambil dia bekerja di bawah unit elit kami bernama K-4, kerana menurut Rafael dia mempunyai potensi yang besar. Unit K-4 menguruskan kes-kes berprofail tinggi yang memerlukan kepakaran perancangan. Rafael telah melatihnya selama setahun dan dia telah dilantik menjadi ketua unit K-4 sebelum kematian Rafael beberapa hari lalu," Randi menyambung sambil menyerahkan beberapa keeping gambar lagi kepada Julia.

"Bagaimana Rafael meninggal dunia?" Tanya Julia

"Keracunan Thallium. Rafael pernah mengalami kemalangan dua bulan lepas dan selepas keluar dari hospital, dia banyak menghabiskan masa di rumah. Walaupun keadaan Rafael sepatutnya semakin lama semakin baik tetapi yang sebaliknya berlaku. Dia semakin lama semakin kurus dan rambutnya mula gugur sehingga satu hari dia meninggal dunia. Ketika dibawa ke hospital sebelum kematiannya, doktor ada menyatakan dia telah diracun sedikit demi sedikit menggunakan sejenis racun bernama Thalium tetapi dia sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Menurut doktor Thalium tidak .."

"Thalium tidak mempunyai rasa dan bau jika dicampurkan di dalam makanan dan sangat sukar dikesan," Julia menyambung.

"Betul. Kami jumpa beberapa botol kecil cairan tidak berwarna di dalam bilik Bard dan kami bawa ke makmal, dan ternyata cairan itu adalah Thalium," Randi menjawab dengan penuh keyakinan.

"Oh, begitu," Julia membalas dengan perlahan sambil membelek semula gambar-gambar yang diberikan oleh Randi.

"Bagaimana dengan Kapsul Ungu?" Tanya Julia lagi selepas beberapa minit berdiam diri.

"Kapsul Ungu?" Randi membalas dengan pertanyaan sambil mengerutkan mukanya.

"Bard selalu becerita mengenai Kapsul Ungu. Dia kata Kapsul Ungu adalah penyebab semua masalah yang dihadapinya sekarang." Jawab Julia mengharapkan penjelasan daripada Randi.

"Saya tak tahu apa lagi yang dia cerita pada awak, dia pernah bunuh teman wanitanya sendiri dan dia juga telah membunuh mentornya sendiri. Saya rasa itu sudah cukup meyakinkan awak dia bukanlah seorang manusia yang boleh dipercayai." Jawab Randi cuba meruntuhkan kepercayaan Julia terhadap Badrul.

"Tapi dia nampak ikhlas. Dia nampak baik dan penyayang. Saya rasa selesa bersamanya," jawab Julia, masih lagi sukar baginya untuk menerima maklumat yang dibawa oleh Randi.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience