Chapter 15

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 15

Badrul melihat tiga buah kereta berwarna gelap berhenti di bahu jalan tetapi semuanya bukan berjenama Honda. Badrul berpaling semula ke arah Natasha dan mula mengusap lembut jari jemari Natasha.

“Saya rasa awak cuma penat. Enam bulan lagi selepas kita kahwin kita pergi honeymoon ke mana sahaja awak mahu,” Badrul menjawab dengan perlahan.

“Ataupun.. saya rasa…kereta tu....hmmm,” Badrul menyambung sambil mengangkat tangan kanannya memegang dagunya sendiri.

“Kenapa Bard?” Natasha mahukan jawapan segera.

"Peminat awak kot! Masa di universiti dulupun ada juga peminat yang selalu ekori awak!" Badrul cuba menceriakan keadaan.

"Siapa?" Natasha cuba mengingat. Dahinya sedikit berkerut.

"Sayalah!" Badrul menjawab sambil tersenyum simpul. Natasha menepis bahu Badrul sambil ketawa kecil. Jelingannya tajam.

"Beginilah Natasha. Saya rasa awak perlu berbincang dengan Richard, mungkin dia boleh sediakan pengawal peribadi untuk awak," Badrul memberi cadangan. Riak mukanya sekarang sudah kembali serius

"Richard berada di Paris sekarang. Mungkin minggu hadapan baru saya boleh berbincang dengannya," Natasha memberitahu Badrul. Dua orang pelayan restoran mula menghidangkan makanan yang mereka pesan tadi. Setelah mereka siap menghidang, Badrul dan Natasha menyambung perbualan mereka.

"Kalau benar kereta itu mengekori awak, apa yang mungkin mereka mahukan daripada awak, Tasha?" Badrul bertanya untuk cuba lebih memahami kegusaran Natasha. Natasha berfikir seketika.

"Kunci loker!" Akhirnya Natasha menjawab.

"Kunci loker?" Badrul bertanya dengan nada terkejut.

"Ya, kunci loker. Dato' Murad, aktivis hak kemanusiaan yang saya jumpa di Kuala Lumpur tiga hari lepas telah menyuruh seorang orang bawahannya bernama Salahuddin untuk berjumpa saya dan menyerahkan beberapa dokumen yang mungkin boleh dijadikan bukti. Salahuddin berjumpa dengan saya di Changi Airport pada hari yang sama dan menyerahkan sebuah kunci loker. Di dalam loker itu terdapat satu salinan dokumen yang saya perlukan." Natasha menerangkan kepada Badrul.

"Awak sudah buka loker tersebut?" Badrul bertanya.

"Belum. Cuma ada satu masalah! Salahuddin tidak sempat memberitahu lokasi tersebut kerana dia sedang dikejar oleh pihak polis Malaysia pada hari itu. Dia sepatutnya menghubungi saya untuk memberitahu lokasi loker itu tetapi sampai hari ini saya tidak menerima sebarang panggilan darinya," jawab Natasha dengan nada kecewa.

"Dia langsung tak beritahu di kawasan mana?" Badrul bertanya lagi.

"Di Kuala Lumpur. Itu sahaja yang dia beritahu." Natasha menjawab.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan dilakukan oleh Badrul untuk mencari lokasi loker tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience