Chapter 85

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 85

“Tengok tu perempuan tu dah mula bersandar pada kerusi dan memegang dahinya. Itu tanda dia sudah bosan, tetapi lelaki tu masih galak bercerita,” Julia menyampuk.

“Mari kita reka skrip untuk mereka. Skrip drama!” Julia memberi cadangan.

“Reka skrip? Maaf Julia, saya kurang faham,” jawab Badrul

“Begini Bard, saya jadi gadis itu dan awak jadi lelaki itu dan kita cuba reka apa yang sedang mereka bualkan. Saya selalu buat, memang seronok. Mari kita cuba,” ujar Julia.

“Ha ha, baiklah kita cuba,” Badrul memberi kata persetujuan sambil ketawa sedikit.

“Perempuan tu kata, Abang Leman, Kuntum rasa dah tak larat la nak dengar alasan Abang Leman lagi. Apa hubungan abang dengan Cempaka? Kuntum selalu nampak Abang Leman bersama dengan Cempaka,” Julia memulakan permainan. Badrul terkedu seketika, tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kata-kata.

“Sambunglah Bard. Cakap saja apa yang terfikir,” gesa Julia.

“Abang Leman hanya menegur dia sahaja..” jawab Badrul, masih teragak-agak. Gadis yang dinamakan oleh Julia sebagai Kuntum itu kini menarik tangan lelaki yang dinamakan Leman.

“Jangan berbohong Abang Leman, berdosa kalau berbohong,Kuntum sudah tahu segala-galanya,” Julia meneruskan permainan. Badrul senyum dengan tingkah laku Julia. Lelaki yang dinamakan Leman itu tiba-tiba berubah wajah

“Apa yang Kuntum tahu?” Badrul cuba menyambung.

“Kuntum sudah buat keputusan, Kuntum mahu berpisah,” Julia pula menyambung.

“Jangan Kuntum, Abang Leman janji tak akan bercakap dengan Cempaka lagi,” sambung Badrul. Ketika ini gadis itu mengambil beg tangannya dan keluar dari restoran tersebut. Lelaki yang dinamakan Leman terkedu.

“Wah! Betul cakap awak, mereka memang nak break-up,” Badrul sedikit terkejut melihat apa yang telah berlaku. Julia hanya tersenyum.

“Saya selalu nampak pasangan yang sebegini,” Julia menjawab.

“Maksudnya, awak selalulah reka skrip kalau makan di restoran?” Badrul bertanya.

“Ya dulu semasa Shamsul masih hidup,” Julia menjawab sambil tunduk.

“Siapa Shamsul? Apa yang terjadi kepada Shamsul?” Badrul bertanya dengan simpati.

“Tunang saya. Dia meninggal dunia dalam kemalangan,” Julia menjawab dengan nada suara yang bergetar.

“Saya minta maaf Julia,” jawab Badrul sambil memegang lembut tangan Julia.

“Saya masih teringatkan Shamsul hingga ke hari ini. Saya sepatutnya sudah lupakan dia, tapi tidak semudah yang disangka, tapi saya sedang cuba,” Julia menjawab dengan perlahan. Airmatanya bergenang.

“Ia akan ambil masa, awak perlu berfikir ke hadapan, fikirkan cita-cita dan impian awak. Biarkan impian awak bawa awak ke hadapan,” Badrul memberi kata-kata perangsang.

“Impian? Sudah lama saya tidak fikirkan mengenai impian saya,” pantas Julia menjawab. Badrul menopang dagu memerhati ke arah Julia.

“Apa impian awak?” Julia bertanya.

“Entahlah. Ada banyak lagi yang mahu saya lakukan,” Badrul menjawab ringkas pada mulanya.

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang Julia impikan dalam hidupnya selama ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience