Chapter 100

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 100

Julia cuba mengelak dan terus berlari. Badrul cuba mengejar Julia sambil memanggil namanya berkali-kali.

******

“Encik Samad!” Badrul berdiri di hadapan kaunter sambil menjerit dan menekan loceng bertalu-talu. Seorang lelaki yang hanya memakai singlet keluar ke kaunter sambil menguap panjang dan menggaru-garukan kepalanya.

“Eh, err.. Encik.. Encik..” Samad tergagap-gagap cuba mengingat-ingat nama Badrul.

“Badrul!” Badrul menjawab ringkas.

“Ya, Encik Badrul dan yang ini saya ingat lagi, Cik Julia. Terima kasih kerana datang lagi ke rumah tumpangan saya sekali lagi,” jawab Samad mengalu-alukan kedatangan mereka.

“Saya nak tempah dua bilik berasingan,” ujar Badrul sebaik sahaja Samad membuka sebuah buku yang digunakan khas untuk merekod kedatangan tetamu di rumah tumpangan itu. Samad memakai sepasang cermin mata yang terletak betul-betul di atas meja itu. Dia memeriksa nama-nama yang ada di dalam buku tu. Sekali- sekala dia menjeling ke arah kotak-kotak kecil dibelakangnya, tempat dia meletakkan kunci-kunci bilik.

“Bilik yang Encik Badrul pernah sewa dulu, masih kosong. Saya boleh bagi bilik yang sama, nombor 211 dan 212,” Samad memberi cadangan. Badrul dan Julia berpandangan seketika. Julia mengangguk kepala memberi isyarat.

“Baiklah, kami ambil,” jawab Badrul. Samad mengambil kunci untuk dua bilik yang dicadangnya tadi dan meminta bayaran.

“Ini kuncinya, Encik Badrul,” Samad menghulurkan kedua-dua kunci bilik kepada Badrul.

“Terima kasih,” jawab Badrul lantas memberikan isyarat mata kepada Julia untuk beredar.

“Wah, bilik yang sama,” komen Julia sambil ketawa sedikit.

“Apa kata kita makan di tempat yang sama malam ini, dalam pukul lapan malam, ada lebih kurang dua jam lagi untuk berehat,” ujar Badrul sambil melihat ke arah jam tangannya. Julia yang ketika itu sedang cuba untuk membuka pintu biliknya mengangguk.

“Okey, pukul lapan nanti saya tunggu di lobi,” jawab Julia sambil melemparkan senyuman. Dia lantas masuk ke dalam bilik. Rumah tumpangan yang sama dan bilik yang sama memberikan kesan yang sama.

Dia masih ingat lagi kali pertama dia masuk ke dalam bilik itu hampir dua minggu yang lalu. Dia tidak begitu selesa dengan baunya yang sedikit hapak pada mulanya. Rumah tumpangan ini murah dan agak jauh dari pekan Batu Pahat. Mungkin rumah tumpangan ini juga jarang-jarang sekali didatangi tetamu. Julia membuka jendela yang menghadap ke sebuah sungai. Pemandangannya sungguh indah, kelihatan beberapa orang anak kecil sedang mandi manda di sungai tanpa menghiraukan siapa yang memandang mereka.

Setelah beberapa minit jendela itu dibuka bau hapak itu semakin hilang. Julia membuka pakaiannya dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

******

“Awak nampak berseri malam ini Julia,” Badrul memberikan satu pujian yang tidak disangka oleh Julia.

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang dipakai oleh Julia sehingga Badrul mengatakan begitu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience