Chapter 66

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 66

"Biarkan beberapa jam, awak akan rasa ok nanti," Julia membuang larutan tersebut ke dalam sinki.

"Apa sebenarnya Kapsul Ungu ni Julia? Racun? Dadah? Bahan penghakis?" Setelah apa yang berlaku Bard benar-benar mahu tahu apa sebenarnya Kapsul Ungu. Julia menarik nafas panjang dan tunduk seketika.

"Saya rasa saya patut ceritakan semunya pada awak. Maklumat ini saya dapat melalui bapa saya, Dr Gufran. Dia bertugas di luar negara sekarang. Saya buatkan awak kopi," Julia akhirnya mula berbicara setelah membisu beberapa ketika. Dia mengambil cerek untuk memasak air.

Menurut cerita Julia, Dr Asri sebenarnya adalah anak kepada seorang saintis Russia bernama Dr Dimitri Koslov, bertugas di sebuah organisasi yang mengkaji bakteri dan virus di Russia. Dr Dimitri adalah salah seorang saintis yang mengkaji Anthrax dalam tahun 70an.

Anthrax sebenarnya adalah satu penyakit yang disebabkan oleh bakteria bernama Bacillus Anthracis. Bakteria ini selalunya menjangkiti haiwan-haiwan dan boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat. Satu ciri menarik mengenai bakteria ini, ia membiak melalui spora, selalunya dipanggil debu Anthrax.

Pada satu hari, debu Anthrax yang diproses di makmal Dr Dimitri telah terlepas keluar dari makmal dan dibawa angin ke kawasan berdekatan menyebabkan kematian hampir seluruh penduduk kawasan tersebut. Semasa kejadian ini berlaku, Dr Dimitri telah menghantar isteri dan anaknya ke Singapura bersama-sama dengan nota-nota kajiannya. Isterinya adalah rakyat tempatan Singapura. Nama sebenar Dr Asri adalah Arkhip Koslov tetapi ibunya telah menukar namanya kepada Asri selepas kejadian itu.

"Jadi Kapsul Ungu ini adalah debu Anthrax?" Badrul bertanya.

"Bukan Bard, jangan risau," Julia memeriksa sekali lagi tangan Badrul lantas menyambung ceritanya.

"Anthrax adalah antara senjata biologi yang paling efektif kerana ia membiak melalui spora ringan yang boleh dibawa angin. Oleh itu penyebaran Anthrax boleh dilakukan melalui angin atau dipakej menjadi aerosol. Apabila masuk ke dalam sistem pernafasan manusia, ia akan menyebabkan kematian dalam masa 7 hari. Tanpa rawatan atau vaksin, kadar kematian adalah 90%," sambung Julia. Dia memeriksa kembali komputer riba yang mengandungi semua kajian-kajian Dr Asri.

"Manurut nota-nota kajian Dr Asri, debu Anthrax yang dicipta oleh bapanya digelar Kapsul Biru. Kapsul Ungu yang dibina oleh Dr Asri adalah antidot atau penawar kepada racun yang dikeluarkan oleh Bacillus Anthracis, bakteria Anthrax." ucap Julia. Badrul menarik nafas lega. Keadaan senyap seketika.

"Maksudnya sesiapa yang mahukan Kapsul Ungu mungkin telah terkena jangkitan Anthrax!" Badrul membuat kesimpulan. Mungkin itulah sebabnya Mr M sanggup mengeluarkan beratus ribu dollar untuk mendapatkan Kapsul Ungu, penawar Anthrax.

"Mungkin juga," Julia membalas.

"Tetapi kapsul ini tidak boleh dibiarkan dalam keadaan suhu bilik terlalu lama. Rasa terbakar yang awak rasa tadi maksudnya kapsul ini sudah terlalu lama terdedah kepada suhu bilik. Awak perlu perlu rendahkan suhunya. Kalau tidak ia akan rosak dan tidak boleh digunakan langsung," Julia menyambung. Julia membuka sarung tangannya seolah-olah kerjanya telah selesai.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience