Chapter 94

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 94

"Dia berguna, katakan kepada ketua kamu perempuan itu boleh membina semula formula Kapsul Ungu, lagipun dia cuma seorang perempuan," balas Badrul. Julia menggelengkan kepalanya sedikit tanda tidak puas hati dengan kata-kata Badrul.

Lelaki itu mengambil telefon bimbit dan mula mendail. Dia berjalan jauh sedikit untuk berbincang dengan seseorang di talian. Selepas beberapa minit, lelaki itu datang semula dengan senyuman yang lebar.

"Baiklah, kita pergi sekarang," lelaki itu menunjukkan isyarat tangan kepada kawan-kawannya. Semua lelaki-lelaki yang diperhatikan oleh Badrul tadi bergerak ke arah sebuah van berwarna hitam di tempat letak kereta. Badrul, Julia dan dua orang lagi lelaki masuk ke dalam van itu.

"Minta maaf, ini cuma prosedur biasa bertemu dengan Mr M, dia agak pemalu," ujar lelaki yang menemui mereka tadi. Tiba-tiba kepala Badrul dan Julia dimasukkan ke dalam sebuah karung kecil berwarna hitam dan tangan mereka diikat. Julia menjerit sedikit kerana terkejut.

Perjalanan mengambil masa hampir dua puluh minit. Walaupun mata Badrul tertutup, deria-deria lainnya masih terbuka. Selepas keluar dari jalanraya utama, van ini telah melalui satu kawasan yang becak dan kemudian naik ke atas jalan yang baik, mungkin lebuhraya. Selepas sepuluh minit, van itu mula melalui jalan yang berliku-liku dan dan agak berbukit. Julia yang masih agak terkejut, memdekatkan badannya ke lengan Badrul sepanjang perjalanan.

Setelah van berhenti, kedengaran pintu van dibuka. Salah seorang lelaki bersama mereka menarik lengan Badrul dan membawanya keluar dari van. Badrul dapat mendengar suara Julia yang menjerit sedikit di sebelahnya. Setelah mereka berdiri dengan baik, karung kecil berwarna hitam itu ditanggalkan daripada kepala mereka. Ikatan di tangan mereka juga dibuka.

Mereka berdua dibawa ke sebuah gudang dua tingkat yang yang agak usang dikelilingi belukar. Melihat keadaan sekeliling Badrul pasti mereka berada di kawasan yang agak terpencil dan jauh dari pekan Batu Pahat. Mereka dibawa ke tingkat atas rumah itu dan ditinggalkan di dalam sebuah bilik.

“Awak tahu kita di mana Bard?” Tanya Julia sebaik sahaja mereka meninggalkan mereka berdua bersendirian. Badrul bergerak menuju ke arah jendela. Dia hanya dapat melihat belukar.

“Entahlah Julia, mungkin dalam hutan,” jawab Badrul sambil cuba meninjau seluruh bilik itu. Bilik itu mempunyai beberapa buah kerusi dan sebuah meja panjang. Badrul menarik dua buah kerusi dan meletakkan kedua-duanya berdekatan dengan meja panjang tersebut.

“Duduk dulu Julia,” Badrul menyuruh Julia duduk. Dengan perlahan, Julia duduk di kerusi tersebut.

Empat orang lelaki bersenjata diikuti seorang wanita keturunan Cina yang memakai cheongsam berwarna merah masuk ke dalam bilik itu dan duduk di hadapan Badrul dan Julia. Dia memakai set mikrofon kecil yang disambungkan ke telinga kirinya.

…bersambung

Bab akan datang:

Kemanakah lelaki tersebut membawa mereka? Siapa pula perempuan Cina itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience