Chapter 90

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 90

Badrul kalah dengan pandangan mata Benji. Di merenung ke arah lantai seketika.

“Baiklah Benji, apa yang kamu mahu? Kamu mahu Kapsul Ungu?” Tanya Badrul.

“Ya, Kapsul Ungu. Sebagai pulangan, kami akan serahkan bukti itu kepada kamu,” jawab Benji.

“Bagaimana pula dengan Julia?” Tanya Badrul.

“Julia tak penting bagi kamu. Itu yang kamu katakan tadi,” jawab Benji sengaja menduga.

“Kalau kamu serahkan Julia, aku akan tetapkan temu janji dengan Mr M. Aku pasti itu yang kamu tak boleh lakukan sebenarnya. Kamu tidak ada cara untuk menghubungi Mr M. Selama ini hanya aku dan Rafael sahaja yang tahu bagaimana mahu menghubungi Mr M. Oleh kerana Rafael sudah tidak ada, dia hanya akan berurusan dengan aku,” Badrul menjawab dengan penuh emosi.

Sebaik sahaja mendengar nama Rafael, Benji terus sahaja menanggalkan mikrofon dan alat komunikasi yang berada di telinganya. Nyata dia tidak mahu kuncu-kuncunya mendengar perbualannya.

“Aku masih lagi tak sangka kau bunuh Rafael!” Dengan penuh rasa amarah, Benji menarik baju Badrul.

“Aku tak bunuh Rafael!” Badrul menjawab dengan tenang.

“Mengaku sahajalah, Bard. Kami jumpa racun Thallium itu di dalam bilik engkau. Siapa lagi kalau bukan engkau yang bunuh?” Benji menarik baju Badrul dengan lebih kuat.

“Cuba fikirkan Benji, aku tidak ada motif yang membunuh Rafael!” Bentak Badrul sambil menepis tangan Benji.

“Engkau mahu menguasai KH Intelligence. Itu satu motif yang kuat,” jawab Benji.

“Apa yang betul-betul aku mahu adalah melepaskan diri aku daripada pertuduhan dan kembali menjadi peguam. Aku tak mahukan KH Intelligence, aku ada kehidupan aku sendiri di Singapura. KH Intelligence bukan permainan aku,” Badrul cuba menenangkan Benji.

“Siapa yang kata aku bunuh Rafael?” Badrul bertanya.

“Randi dan Somat!” Benji melepaskan gengamannya serta merta.

“Kamu pernah kaji sejarah mereka? Apa yang Rafael telah buat kepada ibu-bapa Randi bertahun-tahun dulu dan apa dendam Somat terhadap Rafael?” Badrul cuba menduga. Benji hanya dia membisu.

“Rafael telah menyebabkan kedua ibu-bapa Randi terbunuh semasa dia masih kecil. Rafael juga telah menyebabkan Somat disumbat ke dalam penjara bertahun-tahun dulu. Cuba hubungi Zamani, kawan baik Rafael yang selalu datang ke pejabat KH Intelligence dan tanya dia,” Badrul memberi cadangan. Kemarahan Benji sudah agak berkurangan.

“Botol-botol berisi Thalium telah dijumpai di dalam bilik kamu. Randi telah menggunakan fakta itu untuk menuduh kamu,” Benji menjawab.

“Aku tak tahu apa-apa mengenai Thalium,” jawab Badrul sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tetapi sesiapa sahaja boleh meletakkan botol itu di bilik kamu,” Benji menyambung tanpa diduga. Namapaknya masih ada rasa kepercayaan Benji terhadap Badrul.

“Dialah musuh yang sebenarnya. Dia musuh engkau dan aku,” Badrul cuba meyakinkan Benji.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Badrul akan terpengaruh dengan kata Benji? Benarkah apa yang diceritakan Benji?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience