Chapter 67

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 67

"Bagaimana pula bapa awak boleh tahu semua ini?" Tanya Badrul. Julia tidak menjawab dengan segera. Dia mula mengambil sebuah teko dan dua buah cawan dan membancuh kopi di hadapan Badrul.

"Bapa saya adalah pakar dalam bidang virus," Julia menjawab sambil menuangkan kopi ke dalam kedua-dua cawan.

“Saya kurang faham Julia. Mengapa awak kata Kapsul Ungu yang awak kaji ini digunakan untuk merawat penyakit sawan semasa kita makan dahulu?” Tanya Badrul.

“Kerana itulah kajian yang didaftarkan oleh Lombard Lab dahulu semasa mengambil Dr Asri sebagai penyelidik. Saya juga diarahkan oleh Lombard Lab untuk menggunakan cerita yang sama setiap kali saya bercakap dengan orang luar. Bidang perubatan sekarang adalah industry yang bernilai berbillion dolar, semua syarikat farmaseutikal tidak mahu pesaing mereka tahu apa yang sedang mereka usahakan. Ini merupakan rahsia perniagaan mereka,” Julia menjawab dengan panjang lebar.

"Julia, awak kena bantu saya. Saya perlu bawa kapsul ini kepada Mr M dalam keadaan sempurna secepat mungkin," Bard merayu kepada Julia. Julia tidak mengendahkan kata-kata Bard, terus menuju ke singki untuk membasuh tangannya.

"Saya perlu selesaikan kes ini supaya mereka tidak mengejar kita lagi. Selepas itu saya tak akan ganggu awak lagi," Bard cuba meyakinkan Julia. Julia tersenyum berat.

"Entahlah. Awal pagi esok, saya perlu menghadiri satu seminar di Universiti Malaya," Julia menjeling ke arah jam tangannya, waktu sudah menghampiri pukul dua pagi.

"Baiklah, mungkin selepas itu kita boleh berbincang lagi. Saya akan hantar awak pada waktu pagi dan jemput awak semula selepas habis seminar itu nanti," sambung Badrul, tidak mahu mengalah.

"Baiklah Bard, kita bincang semula esok. Saya mahu masuk tidur sekarang," Julia memberi kata putus sambil menguap.

“Kalau awak tak kisah, awak boleh tidur di sofa. Bilik lain penuh dengan barang-barang bapa saya, dia sebenarnya baru sahaja berpindah ke sini,” ujar Julia sambil tersenyum. Badrul hanya mengangguk tanda setuju.

******

Julia tiba di Universiti Malaya lewat hampir setengah jam. Dia perlu membentangkan satu kertas kerja di seminar itu. Semasa dia masuk ke dewan perbincangan, semua yang hadir sudahpun mengambil tempat masing-masing dan majlis baru sahaja bermula.

"Lewatnya!" Dr. Latifah, pengelola majlis tersebut merangkap kawan baiknya menegur Julia di luar dewan.

"Minta maaf Ifah, tidur saya terganggu malam tadi, kemudian bangun lambat," jawab Julia.

"Ini semua seminar-pack, slot awak betul-betul selepas ini, dalam masa lima belas minit lagi. Awak boleh duduk di barisan hadapan dan tunggu pengumuman. Good Luck!" Dr. Latifah menyerahkan sebuah beg kertas yang dipenuhi dengan kertas.

"Terima kasih Ifah," ucap Julia lalu terus mencari tempat duduk di dalam dewan.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience