Chapter 62

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 62

Fatin terpaksa berhenti seketika kerana anak perempuannya sudah terlelap di pangkuannya. Dia meletakkan anaknya itu ke atas tilam yang dibentang di ruang tamu.

"Fatin, saya perlu menyambung kajian. Saya adalah pembantu untuk projek Kapsul Ungu, diketuai oleh Dr Asri. Saya cuba menghubungi Dr Asri tetapi dia memang tidak dapat dihubungi. Ketua jabatan saya mahu saya memeriksa jika cakera padat kepunyaan Lombard Lab ada ditinggalkan disini. Kalau boleh saya nak periksa bilik kerjanya." Julia cuba mendapatkan simpati Julia.

"Bolehlah, bilik di hujung sana," Fatin menuding jarinya kearah sebuah bilik yang berdekatan. Tiba-tiba bayi kecil yang dilihatnya tadi menangis. Fatin terpaksa membiarkan Julia memeriksa bilik itu berseorangan.

Julia lekas-lekas mencari cakera padat yang diingininya. Cakera padat itu berada betul-betul di atas meja, mudah mencarinya. Julia tahu perangai Dr Asri. Setiap kajian yang dilakukannya, dia pasti akan menyimpan sampel produk terakhir di rumahnya sebagai insurans. Sekiranya apa-apa berlaku, pengetahuan membina semula produk kajiannya boleh digunakan dalam banyak situasi.

Julia meneliti meja kerja Asri sekali lagi. Julia terlihat satu cawan termos kepunyaan Asri. Dia masih ingat lagi cawan termos itu tidak pernah ditinggalkannya di makmal. Dia pernah berpatah balik ke makmal satu hari, semata-mata untuk mengambil semula cawan termos itu, walaupun sudah sampai ke rumah.

Julia mengambil cawan termos tersebut. Konsep biasa sebuah termos, ada ruangan kosong di antara permukaan dalam dan permukaan luar, sebagai penebat pengaliran haba. Julia menarik bibir cawan yang berwarna hitam, menanggalkannya dari badan cawan, untuk melihat ruangan kosong tersebut. Beberapa biji kapsul seperti ubat, berwarna ungu kelihatan memenuhi ruangan kosong tersebut. Tempat persembunyian yang bijak dan paling tidak dijangka!

"Julia, dah jumpa?" Fatin tiba-tiba bersuara dari pintu bilik. Lekas-lekas Julia memasukkan cawan termos itu ke dalam beg tangannya.

"Jumpa!" Julia menunjukkan cakera padat yang mempunyai logo Lombard Lab kepada Fatin. Julia kemudiannya mengucapkan terima kasih dan meminta diri untuk pulang dan kembali ke keretanya.

Dalam kegelapan malam, dia nampak kelibat seorang lelaki yang sepantas kilat mengacukan sepucuk pistol ke kepalanya. Julia terpaku. Julia mengangkat tangan apabila pistol yang diajukan ke kepalanya ditusuk keras ke belakang tengkorak kepalanya.

"Tinggalkan semua yang ada di tangan awak ke atas tanah!" satu suara yang garau memberi arahan kepada Julia dari belakang. Tanpa banyak soal, Julia terus mencampakkan cakera padat dan beg tangannya ke atas jalan bertar dihadapannya.

"Kamu bekerja dengan siapa?" Julia memberanikan dirinya untuk bertanya walaupun suaranya tersekat-sekat.

"Lepaskan dia Rajan!" satu suara yang biasa didengar oleh Julia tiba-tiba memecah kesunyian malam.

"Julia! Ambil semua barang awak!" suara itu memberi arahan. Ketika itu muncung pistol yang ditusuk ke belakang kepalanya sudah tidak dirasai lagi. Julia berpaling ke belakang untuk melihat apa yang berlaku.

…bersambung

Bab akan datang:

Siapa lelaki misteri itu? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience