Chapter 28

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 28

Di skrin komputer riba itu Badrul dapat melihat bangunan HURIMA dibina semula dalam bentuk dua dimensi. Beberapa titik berwarna hijau kelihatan di beberapa tempat di dalam lakaran dua dimensi bangunan HURIMA.

"Yang hijau iti adalah kamera pemantau," Benji menekan lagi beberapa kekunci.

"Bangunan HURIMA mempunyai sistem keselamatan yang sangat mudah, hanya kamera yang gambarnya disalurkan ke bilik pengawal di tingkat satu." Benji membuat kesimpulan. Rasa ingin tahu Badrul menjadi semakin tinggi.

“Kamu boleh dapatkan semua maklumat itu begitu mudah?” tanya Badrul dengan nada yang agak terkejut sambil melihat lebih teliti.

“Lima tahun Bard, aku usahakan program ini selama lima tahun. Tidak sebegitu mudah,” jawab Benji.

"Ok, aku boleh dapatkan gambar setiap kamera... Sekarang!" Sebaik sahaja Benji menekan kekunci Enter, skrin komputer ribanya dipenuhi dengan beberapa gambar yang diambil dari kamera pemantau keselamatan di dalam bangunan HURIMA.

"Wowww.. " Badrul menjawab dengan penuh kagum.

"Dan.. aku boleh pusingkan setiap kamera ke arah mana yang aku suka," Benji menekan lagi beberapa kekunci dengan pantas sambil melihat gambar-gambar yang ada di skrin. Ternyata benar apa yang dnyatakan oleh Benji tadi, kamera pemantau keselamatan itu bergerak mengikut kemahuan Benji.

"Kalau begitu maksudnya kalau aku masuk ke bangunan tu, kamera itu boleh dipusingkan ke arah lain dan kamera itu tidak akan merakamkan muka aku?" Badrul bertanya.

"Ya, betul tu. Best kan?" Benji memandang ke arah Badrul dengan pandangan puas.

"Kita cubalah. Aku cuba masuk ke bangunan HURIMA sekarang, kita tengok sistem ini boleh berfungsi dengan baik atau tidak." Badrul memberi cadangan.

"Aku belum test betul-betul lagi ni.. " Ujar Benji, tidak bersetuju dengan cadangan Badrul.

"Kita test la malam ni. Aku boleh masuk ke bangunan itu sekarang.." Badrul bingkas bangun, tidak sabar mahu masuk ke bangunan HURIMA.

"Tunggu!" Benji memegang lengan Badrul.

"Kita susun rancangan dahulu," Benji mengajak Badrul duduk.

"Apa tujuan kita nak masuk ke dalam bangunan tu?" Benji bertanya kepada Badrul. Badrul mengeluarkan dompetnya untuk mencari kunci loker yang diberikan oleh Natasha.

"Aku mencari loker yang boleh dibuka dengan kunci ini, aku rasa loker itu ada dalam bangunan HURIMA, tapi aku tak tahu di tingkat mana," Badrul menunjukkan kunci itu kepada Benji. Benji mengambil kunci itu sambil membelek-belek dengan teliti.

"Apa ada dalam loker ini?" Benji bertanya.

"Aku pun tak tahu, tapi kandungan loker ini boleh melepaskan aku dari semua masalah yang ada sekarang!" Badrul cuba meyakinkan Benji.

…bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah mereka mencari loker tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience