Chapter 95

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 95

"Kapsul Ungu? " Wanita Cina ini menadah sebelah tangannya seolah-olah meminta Kapsul ungu diletakkan di atas tangannya.

“Saya berurusan dengan Mr M, saya mahu jumpa dia dahulu,” jawab Badrul, tidak mahu mengikut kata-katanya.

“Sambung kepada Mr. M,” wanita itu bercakap melalui mikrofon kecil yang dipakainya. Selang beberapa saat, wanita itu menyerahkan mokrofon iti kepada Badrul.

“Mr M?” Badrul cuba memastikan siapa yang berada di talian.

“Bard, serahkan Kapsul itu kepada Camilla, dia akan membuat ujian dahulu,” jawab lelaki di talian tersebut. Suara itu adalah suara Mr M. Badrul memandang ke arah wanita Cina tersebut.

“Bagaimana dengan bayaran yang kita persetujui?” Tanya Badrul.

“Camilla akan uruskan. Jangan risau Bard, dia adalah pembantu saya yang paling dipercayai,” jawab Mr M.

“Baiklah,” jawab Badrul ringkas. Sebaik sahaja Badrul menjawab, talian terputus. Badrul menyerahkan semula mikrofon itu kepada Camilla dengan jelingan yang tajam.

“Puas hati?” Tanya Camilla seolah-olah menyindir. Badrul menghulurkan tangannya kepada Julia. Lekas-lekas Julia mengeluarkan termos kecil yang dibawanya dan menyerahkannya kepada Badrul .

"Saya mahu lihat wang bayaran dahulu," Bard meletakkan termos kecil itu di atas meja tanpa melepaskan pegangannya.

“Panggil Ricky masuk!” Camilla memanggil seseorang melalui mikrofonnya. Seorang lelaki Cina masuk ke dalam bilik itu membawa sebuah komputer riba dan duduk di sebelahnya.

"Ricky akan buat pemindahan ke akaun offshore atas nama awak, seperti yang awak pinta," Camilla memberitahu. Sejurus kemudian dua orang lelaki yang memakai baju makmal masuk ke dalam bilik, berdiri di belakang Camilla.

"Sementara itu saintis saya akan memeriksa kandungan termos itu," Camilla memberi isyarat kepada kedua-dua lelaki yang memakai baju makmal itu untuk mengambil termos yang dipegang oleh Badrul. Badrul memandang kedua-dua mereka dengan pandangan yang tajam sebelum melepaskan pegangannya.

Mereka membuka termos kecil itu, mengeluarkan beberapa biji Kapsul Ungu dan memasukkannya ke dalam sebuah tabung uji kecil yang mereka bawa bersama. Kedua-dua saintis itu kemudian keluar dari bilik itu.

"Mereka perlukan 20 minit," ujar Camilla lantas keluar dari bilik itu mengikuti kedua-dua saintis itu keluar dari bilik. Badrul dan Julia berpandangan seketika.

Badrul kemudiannya melihat ke sekelilingnya, ada empat orang bersenjata di belakang mereka, semuanya berbadan sasa. Ricky yang memegang komputer riba itu pula bertubuh kecil. Bilik itu mempunyai dua jendela bercermin. Dalam perkiraan Badrul, dia dan Julia boleh terjun dari jendela itu jika keputusan saintis itu tidak seperti yang dijangkakan. Selepas beberapa minit, Camilla masuk semula ke dalam bilik itu.

"Nama awak Bard?" tanya wanita Cina tersebut.

"Ya, saya Bard!" Badrul menjawab.

"Mr M banyak bercakap mengenai awak," wanita itu mendekati Badrul.

…bersambung

Bab akan datang:

Bagaimana dengan Kapsul Ungu tersebut? Adakah saintis itu berjaya mengujinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience