Chapter 106

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 106

"Papa sedang cuba bawa kamu keluar dari sini, kita berbincang lebih lanjut bila kamu sudah keluar nanti, sementara itu Papa akan usahakan apa yang perlu," Kamarudin menyentuh lembut jerajak besi.

“Terima kasih Papa,” Badrul sempat mengucapkan terima kasih.

“Jumpa lagi nanti Bard,” Kamarudin terus berlalu.

******

Setahun kemudian

“Tahniah Badrul!”

Beberapa kali kata-kata itu diucapkan kepadanya hari itu. Badrul hanya tersenyum ketika ungkapan itu diucap lagi.

Jamuan yang diadakan di pejabat Kamarudin & Co petang itu menemukannya semula dengan semua kawan-kawan lamanya. Jamuan ini diadakan khas untuk menerima Badrul kembali ke Kamarudin & Co setelah dia dilepaskan dari semua pertuduhan yang melibatkan pembunuhan Natasha.

“Hey Bard, I am sorry about Natasha!” Sarah yang terkenal dengan aksi menggodanya menghampiri Badrul. Tanpa meminta kebenaran, terus sahaja dia memegang bucu kolar kemeja yang dipakainya. Jarinya sedikit demi sedikit turun ke dadanya.

“Sarah, kita berada di khalayak ramai,” Badrul menegur dengan nada tidak puas hati.

“Awak kan dah single sekarang, apa yang awak takutkan sangat? Tiada siapa yang akan marah,” Jawab Sarah sambil menjeling marah.

“Memang tidak ada sesiapa yang akan marah, tapi kita perlu bersopan. Ini kan pejabat, tak manis awak sentuh saya macam ni,” Badrul menegur dengan lembut.

“Awak memang tak pernah layan saya. Saya cintakan awak Bard, sejak dulu lagi. Sejak awak belum lagi berkenalan dengan Natasha. Kini Natasha sudah tidak ada kenapa masih susah lagi untuk awak menerima saya Bard?” Sarah marah sedikit setelah ditegur. Dia menjauhkan dirinya sedikit dari Badrul. Badrul menarik nafas panjang.

“Bagi saya peluang sekali sahaja Bard. Sekali sahaja lagi, mana tahu kita mungkin boleh menjadi pasangan semula,” pinta Sarah sambil mengurut tali leher yang dipakai oleh Badrul.

“Kita tak sesuai bersama Sarah, kita terlalu banyak perbezaan. Kita hanya akan menghancurkan hati masing-masing,” Badrul menjawab dengan perlahan.

“Sekali sahaja lagi, Bard. Kita mulakan hari ini,” Sarah tetap berdegil dengan keputusannya. Sarah kemudiannya menarik lengan Badrul dan membawanya bertemu dengan rakan sekerja mereka di ruang legar Kamarudin & Co.

Badrul seringkali rimas dengan perlakuan Sarah yang selalu sahaja mahu memaksanya berbuat itu dan ini. Mereka tidak pernah sependapat. Badrul keluar dari ruang pejabat itu tanpa pengetahuan sesiapa untuk menghilangkan dirinya daripada Sarah.

Sebaik sahaja sampai di sebuah restoran mamak di bawah bangunan Kamarudin & Co, Badrul duduk di sebuah meja yang kosong. Semakin hari dia semakin rimas dengan Sarah yang sentiasa mahu berkepit. Jamuan untuknya masih berjalan di pejabat Kamarudin & Co di tingkat atas. Dia diharapkan akan bekerja di pejabat itu semula tetapi hatinya agak berat.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa hati Badrul begitu berat untuk bekerja di pejabat Kamaruin & Co?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience