Chapter 78

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 78

"Baiklah Nek," jawab Julia sambil tersenyum. Selepas mengambil sebuah beg galas, Nenek Leha terus keluar melalui pintu belakang.

Julia masuk ke perpustakaan yang diceritakan oleh Nenek Leha tadi sebaik sahaja dia menghabiskan sarapan. Perpustakaan itu menyimpan banyak buku mengenai senjata dan ketenteraan. Di satu sudut bilik itu terdapat banyak gambar-gambar Nenek Leha semasa menjadi tentera tergantung. Di dalam sebuah almari kecil berdekatan pula, Julia menemui beberapa buah album yang dipenuhi gambar-gambar keluarga Nenek Leha bersama catatan-catatan ringkas menceritakan setiap gambar tersebut.

Julia menghabiskan masa hampir dua jam untuk melihat dan membaca semua gambar dan catatan semua album yang berada di dalam almari kecil itu. Dari situ Julia mengetahui, Nenek Leha berkahwin dalam umur dua puluhan dan hanya mempunyai seorang anak, iaitu bapa Badrul. Dia telah bercerai dengan suaminya dan anaknya mengikuti bekas suaminya ke Singapura. Nenek Leha sendiri mempunyai sebelas orang adik beradik. Badrul adalah satu-satunya cucu yang dia ada. Dia melihat banyak gambar-gambar Badrul semasa masih kecil dan semasa bersekolah. Pada peringkat ijazah, Badrul belajar di sebuah universiti luar negara dalam bidang guaman, sama seperti bapanya.

Hatinya berasa sedikit tenang melihat gambar-gambar itu, sekurang-kurangnya dia tahu Badrul datang dari sebuah keluarga yang baik.

Julia menyusun semula album-album itu ke tempat asalnya dan mula membuka buku-buku berkaitan senjata. Dia mahu belajar serba sedikit mengenai senjata sebelum latihan petang itu nanti.


******

Julia terjaga dari tidur setelah namanya dipanggil beberapa kali oleh Nenek Leha dari luar bilik tidur tetamu.

"Nek, dia memang susah nak bangun Nek," sayup-sayup kedengaran suara Badrul di luar pintu. Nenek Leha kemudiannya mengetuk pintu bilik beberapa kali. Julia bingkas bangun dan membuka pintu.

"Dah bangun, Nek," jawab Julia sambil menjelirkan lidah kepada Badrul yang ada bersama Nenek Leha. Badrul hanya tertawa.

"Macam anjing dengan kucing!" jawab Nenek Leha sambil menepuk bahu Badrul.

"Julia, ini tuala dan pakaian yang awak boleh pakai. Pergi mandi dan kita sarapan sama-sama nanti, dalam masa setengah jam lagi," Nenek Leha bercakap dengan lembut kepada Julia sambil menghulurkan tuala dan pakaian kepada Julia.

Julia mengangguk dan terus masuk ke bilik mandi. Ini adalah hari kedua dia tinggal di rumah Nenek Leha. Latihan menembak yang dijalankan oleh Nenek Leha semalam benar-benar membuatkan Julia rasa letih.

Siap sahaja mandi dan berpakaian, Julia turun ke ruang dapur. Sebelum masuk ke pintu dapur Julia terhenti seketika mendengar perbualan antara Nenek Leha dan Badrul.

"Natasha dijumpai mati di dalam pangsapurinya Nek, malam sebelum itu saya berada di sana menonton perlawanan bola sepak. Saya temankan dia kerana dia risau kes yang sedang diurusnya menyebabkan dia sentiasa rasa dia diekori. Semasa saya keluar dari pangsapuri itu, saya pasti dia masih hidup," Badrul bercerita kepada Nenek Julia dengan nada yang agak sedih.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience