Chapter 89

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 89

“Apa yang berlaku,” Nenek Leha menyambung.

“Saya rasa Julia diculik,” jawab Badrul ringkas.

“Kamu masih ada Kapsul Ungu?” Tanya Nenek Leha

“Masih ada pada saya,” jawab Badrul.

“Apa perlunya Julia? Apa kata kamu serahkan dahulu Kapsul dan kemudian baru cari dia,” Nenek Leha memberi cadangan.

“Tak boleh!” jawab Badrul

“Mengapa?”

“Kerana hanya dia yang tahu bagaimana untuk menggunakan Kapsul Ungu. Saya rasa sebenarnya mereka mahukan saya, bukan Julia,” Badrul membalas.

“Ini bukan rancangan yang bagus Badrul. Sekarang sudah pukul tiga petang. Mungkin penculik itu mahukan Julia kerana sebab lain. Mungkin dia atau keluarga dia juga ada masalah dengan orang-orang jahat,” Nenek Julia cuba menyedarkan Badrul.

“Tak mungkin Nek, saya sudah siasat latar belakang dia secara terperinci, ” Badrul membantah. Dia menghirup lagi kopi yang ada di hadapannya.

“Nenek sudah biasa dengan kes-kes culik. Kalau betul seperti apa yang kamu fikirkan, mereka akan menghubungi kamu dalam masa 24 jam, kamu cuma perlu tunggu, Bard,” jawab Nenek Leha.

Nenek Leha bercerita mengenai pengalaman-pengalaman yang pernah dilaluinya dahulu yang melibatkan kes-kes penculikan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada Badrul. Selepas berbincang serba sedikit mengenai kes-kes culik terdahulu, Nenek Leha mengutarakan satu cadangan kepada Badrul. Badrul mendengar dengan teliti dan berbincang dengan lebih lanjut. Mereka akhirnya mencapai kata persetujuan. Setelah hampir sejam berbual, Nenek Leha meminta diri untuk meneruskan urusannya yang masih belum selesai.

Badrul membuat keputusan untuk duduk di kedai kopi itu lebih lama lagi untuk berfikir dengan lebih panjang. Dia menghidupkan telefon bimbit milik Julia untuk melihat kalau-kalau ada panggilan yang masuk. Dia juga menghidupkan telefon bimbit miliknya. Dia amat-amat berharap penculik itu menghubungi salah satu telefon bimbit tersebut.

“Selamat petang Badrul!” Satu suara yang amat dikenalinya memanggil namanya dari belakang. Badrul berpaling. Seperti yang dijangka, Benji kelihatan berdiri di belakangnya.

“Selamat petang, Benji!” Badrul menjawab sambil bangun.

“Sudah lama kita tidak bertemu Badrul,” Benji menyambung sambil duduk berhadapan dengan Badrul. Benji memberi isyarat tangan untuk mempersilakan Badrul duduk. Badrul duduk dengan perlahan.

“Aku ada pesanan daripada Randi. Dia ada Julia, dia mahukan Kapsul Ungu,” ujar Benji sebaik sahaja Badrul duduk.

“Aku boleh serahkan Kapsul Ungu terus kepada Mr M, aku tak perlukan Julia. Kamu sepatutnya mengambil Kapsul Ungu, bukan Julia,” jawab Badrul.

“Bard, kami ada sesuatu yang lebih berharga daripada Julia. Sesuatu yang kamu mahu lebih dari segala-galanya,” jawab Benji sambil memandang tepat ke arah muka Badrul.

“Kami juga ada kandungan loker yang kamu cari. Tanpa bukti-bukti di dalam loker itu, aku rasa kamu terpaksa jadi pelarian sepanjang hidup kamu,” Benji menambah sambil memandang tepat ke arah mata Badrul.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah keputusan Badrul? Adakah dia menyerahkan Kapsul Ungu tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience