Chapter 84

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 84

Julia berdiri memandang ke arah restoran tersebut. Terlihat sebuah papan tanda kayu yang diukir cantik dengan nama Restoran Kayu Manis berdekatan dengan jalan masuk, dipacak seperti papan tanda. Jika dilewati papan tanda tersebut, terdapat sebuah jambatan kayu kecil menghubungkan jalan utama dan pintu masuk restoran itu. Dari luar, restoran ini nampak seperti sebuah pondok kayu yang selalu dilihatnya di dusun buah-buahan kepunyaan datuknya dahulu. Walau bagaimanapun, bahagian hadapan restoran ini tidak mempunyai dinding, cuma kelihatan beberapa batang tiang yang telah dicat dengan varnis untuk menaikkan serinya. Dalam kesuraman cahaya, kelihatan setiap tiang itu diikat dengan kain berwarna cerah yang kelihatan seperti langsir jendela yang ditarik ke tepi. Atapnya pula adalah atap rumbia, nampak cantik dan menawan. Beberapa orang pelanggan keluar masuk dari restoran itu, ada yang berhenti di atas jambatan untuk mengambil gambar.

“Ok, kita boleh masuk,” tiba-tiba suara Badrul masuk ke telinga Julia. Mereka masuk ke dalam restoran tersebut. Badrul memilih tempat yang agak jauh dari orang ramai.

Suasana diam seketika, mereka melayan fikiran masing-masing sambil melihat keadaan sekeliling. Mereka akhirnya berpandangan antara satu sama lain tanpa mengeluarkan suara.

“Saya rasa kita berjumpa dalam keadaan yang tegang. Bila suasana tenang seperti malam ini, tidak ada apa-apa perkara yang kita mahu buallkan,” ujar Badrul memecah kesunyian setelah beberapa minit masa berlalu. Julia hanya tersenyum.

“Mungkin benar,” jawab Julia.

“Sudah lama saya impikan suasana seperti ini. Lari dari kesibukan kota dan makan di sebuah restoran yang jauh dari bandar. Hari ini impian saya menjadi kenyataan,” Julia menyambung sambil jari-jemarinya mengurut alas meja yang berwarna merah. Kali ini giliran Badrul pula untuk tersenyum.

“I am happy for you. Sekurang-kurangnya selepas kita serahkan kapsul itu nanti saya tahu saya pernah buatkan awak gembira,” jawab Badrul. Salah seorang pelayan restoran datang membawa menu.

“Nasi goreng cendawan dan teh ais,” Badrul membuat pesanan.

“Samalah,’ jawab Julia dengan ringkas sambil menyerahkan semula menu itu kepada pelayan restoran.

“Tengok di sana,” Badrul menjuihkan bibirnya ke arah sebuah meja. Julia memandang ke arah meja tersebut. Kelihatan satu pasangan remaja sedang duduk berdekatan sambil berkongsi minuman.

“Kenapa?” Tanya Julia ringkas.

“Muda lagi pasangan tu, mungkin baru lepas SPM, dah nak bercinta” Badrul menyambung. Julia memerhati pasangan itu selama beberapa ketika.

“Gadis tu nampak bosan. Saya rasa gadis sebenarnya nak break-up, tetapi seperti biasa lelaki tak pernah faham apa yang kaum perempuan mahukan,” Julia memberi komen.

“Walau apapun mereka terlalu muda. Tak sepatutnya bercinta. Bagaimana awak boleh begitu pasti apa yang difikirkan oleh perempuan itu?” tanya Badrul.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah benar apa yang difikirkan Julia tentang pasangan tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience