Chapter 63

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 63

Dalam kesuraman malam dia nampak Badrul sedang menghalakan sebuah pistol ke arah muka seorang lelaki bernama Rajan yang juga memegang pistol. Julia lekas-lekas mengambil cakera padat dan beg tangan yang dicampakkannya tadi.

Sepantas kilat Rajan juga menghalakan pistol yang dipegangnya ke arah muka Badrul.

"Randi kata kau yang bunuh Rafael, supaya kau boleh rampas kuasa." Rajan tiba-tiba menyerang Badrul dengan kata-kata yang pedas.

"Apa?" Bard terkejut.

"Aku ditugaskan untuk hapuskan engkau. Kenapa kau sanggup bunuh Rafael?" Tanya Rajan dengan nada yang bengis.

"Rajan! Kau kenal aku! Aku bukan pembunuh. Bukan aku yang bunuh Rafael!" Badrul mendepangkan tangannya, tidak mengaku. Rajan menghalakan muncung pistol tersebut ke arah jalanraya.

"Randi memberitahu semua ahli kumpulan kau yang bunuh Rafael. Kalau aku tak bunuh kau orang lain akan datang dan bunuh kau!" Rajan menghunuskan pistolnya kembali ke arah Bard.

"Berapa lama Randi beri kau masa untuk menjejak aku?" Badrul bertanya.

"14 hari, bermula hari ini."

"Aku akan jumpa engkau hari ke 14, dan kau boleh bunuh aku pada hari itu, tapi bukan hari ini Rajan!" Badrul cuba memujuk Rajan. Rajan terdiam seketika.

"Aku pernah berhutang nyawa dengan engkau. Baiklah, 7 hari. Aku bagi kau masa 7 hari untuk hilangkan diri. Hanya selama itu aku boleh tahan mereka daripada mencari engkau!" Rajan memasukkan pistol itu semula ke dalam jaketnya.

"Jumpa lagi, kawan! Don't get yourself killed, this is the best I can do!" Rajan sempat menepuk bahu Bard sebelum masuk ke dalam keretanya dan meluncur laju ke jalan utama.

Julia tersenyum melihat Badrul semula malam itu. Rindu hatinya terubat sedikit.

"Siapa yang awak telah bunuh?" Tanya Julia sebaik sahaja Rajan pergi dari kawasan tersebut.

"Saya tak bunuh sesiapa!"

"Siapa Rafael?"

"Mentor saya."

"Jadi.. jadi awak bunuh mentor awak sendiri?"

"Saya tidak bunuh sesiapa. Julia, saya datang ke sini untuk selamatkan awak. Kita perlu pergi dari sini sebelum sesiapa mencederakan awak. Naik kereta saya dulu!" Badrul membuka pintu kereta yang dibawanya.

"Tidak," Julia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Baiklah, awak boleh pulang sendiri," Badrul menaiki kereta lantas menutup pintu. Dari cermin sisi Badrul nampak Julia mencari-cari kunci keretanya di dalam tas tangan tetapi tidak berjumpa. Julia kemudian mencari-cari kunci keretanya di sekitar kawasan selama beberapa minit tetapi tidak berhasil. Mungkin kunci keretanya hilang ketika disergah oleh Rajan tadi. Badrul menghidupkan kereta dan memandu menghampiri Julia. Dia membuka sedikit cermin keretanya.

“Saya akan cari kunci itu nanti. Naik kereta saya dulu, saya akan hantar awak ke rumah,” Badrul memujuk. Julia mengambil masa beberapa ketika untuk mencari kunci keretanya.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menaiki kereta bersama Badrul.

“Julia, saya mahu pergi sekarang,” Badrul menegur Julia lagi.

"Ok!" Julia akhirnya mengalah lantas masuk ke dalam kereta Badrul. Badrul meluncur laju sebaik sahaja Julia menaiki kereta.

…bersambung

Bab akan datang:

Ke mana arah tuju mereka? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience