Chapter 104

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 104

"Apa? Badrul Hisham serah diri?" Inspektor Asraf menjerit sebaik sahaja dia menjawab telefon bimbitnya. Beberapa pegawai polis yang ada bersamanya melihat ke arahnya. Dia berjalan keluar.

"Tapi boss, takkan dia serah diri macam tu sahaja. Setelah lebih setahun menghilang, tiba-tiba dia serah diri. Ada yang tak kena, boss!" Inspektor Asraf memberi pendapat.

"Asraf, awak ni selalu terlebih berfikir. Awak pergi jumpa dia dahulu. Pihak Imigresen Malaysia sudahpun menyerahkan Badrul kepada pihak kita. Awak boleh pergi sekarang," jawab Senior Inspektor Soon, ketuanya.

Inspektor Asraf terus mematikan telefon bimbitnya dan bergegas menuju ke keretanya.

******

"Jadi awak mengaku awak masuk ke pangsapuri milik Natasha malam itu, selepas awak berdua menonton dan makan malam?" Inspektor Asraf bertanya soalan ini sudah beberapa kali.

"Saya mengaku Inspektor, tetapi saya tidak bunuh dia," jawab Badrul.

"Kami menemui kesan cap jari awak di dalam ruang tamu, dapur, tandas, dan dalam bilik Natasha sendiri, awak masih lagi tidak mahu mengaku?" balas Inspektor Asraf.

"Apa motif saya membunuh Natasha? Lagipun kalau saya mahu membunuhnya, tidakkah satu tindakan bodoh meninggalkan cap jari sendiri di bilik tersebut?" Badrul membalas dengan nada yang lebih tinggi.

"Baiklah ceritakan kepada saya dari mula," Inspektor Asraf bangun dan berlegar-legar di hadapan Badrul.

"Awak bawa Natasha untuk makan malam dan menonton wayang. Ada Natasha bercerita mengenai sebarang ugutan atau apa-apa sahaja yang menunjukkan bahawa dia mungkin dalam bahaya?" Inspektor Asraf menyambung.

"Semasa makan malam, Natasha ada memberitahu dia selalu diekori oleh sebuah kereta Toyota berwarna hitam selepas dia pulang dari Kuala Lumpur menemui Dato' Murad. Dia kelihatan resah dan menyerahkan kepada saya sebentuk kunci. Kunci itu adalah pemberian Salahuddin semasa di lapangan terbang Changi,"

"Sebentuk kunci? Kunci apa? Siapa pula Salahuddin?"

"Kunci loker. Menurutnya loker itu berada di Kuala Lumpur. Salahuddin adalah salah seorang pekerja kenalan Dato’ Murad yang ada menyimpan salinan bukti untuk kes yang diuruskan oleh Natasha," Badrul menjawab. Inspektor Asraf berhenti seketika untuk menulis sesuatu di atas kertas yang dipegangnya.

"Apa yang berlaku selepas itu?"

"Selepas makan malam kami menonton wayang dan selepas itu saya menghantar Natasha pulang ke pangsapurinya. Saya masuk ke pangsapuri bersamanya, membuka televisyen dan terus menonton perlawanan bola pada malam itu," jawab Badrul dengan tenang.

"Itu sahaja?"

"Saya minum dan makan buah-buahan di dapur. Saya juga menggunakan tandas dan saya masuk ke bilik Natasha untuk memeriksa jika dia telah tidur. Setelah tamat perlawanan bola sepak saya terus pulang ke rumah," Badrul menyambung. Inspektor Asraf diam seketika.

"Ceritakan kepada saya mengenai kunci yang diberikan oleh Natasha kepada awak," Inspektor Asraf menyambung.

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang terkandung di dalam loker tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience