Chapter 88

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 88

“Kenapa ni nak?” Pak cik Samad bertanya kehairanan.

“Pakcik ada nampak kawan perempuan saya? Kawan saya yang datang bersama saya semalam?” Tanya Badrul sambil tercungap-cungap.

“Teman wanita Encik?” Tanya Pakcik Samad

“Dia sebenarnya bukan.. bukan…” Badrul masih lagi tercungap-cungap.

“Minta maaf Encik saya tak nampak, mungkin dia masih tidur lagi,” jawab Pakcik Samad.

“Saya dah periksa biliknya, dia tidak ada. Biliknya tidak berkunci dan barang-barangnya masih ada di atas,” Badrul cuba memberi penerangan.

“Maaf Encik, saya tak nampakpun dia pagi tadi,” jawab Pakcik Samad lagi.

“Tak mengapalah, terima kasih,” Badrul mengalah. Badrul membiarkan sahaja Pakcik Samad menghidupkan enjin motorsikal dan berlalu pergi dari situ. Dia masuk semula ke dalam rumah tumpangan itu dan kembali ke bilik Julia.

Badrul mengemaskan semua barang-barang Julia dan memasukkannya ke dalam beg pakaian. Dia membawa beg itu ke dalam biliknya. Perjumpaan dengan Mr M akan diadakan pada pukul lima petang nanti. Tanpa Julia mungkin dia tidak mahu meneruskan perjumpaan itu.

******

“Kita terpaksa lewatkan perjumpaan, aku ada masalah. Dua hari lagi. Aku akan telefon selepas dua hari,” Badrul cuba merendahkan suaranya sedikit setelah dia sedar beberapa mata mula memandangnya. Telefon awam yang dipakainya itu berada berdekatan dengan sebuah pasaraya yang sibuk dan beberapa orang pemuda juga sedang berbaris di belakangnya.

“Sebut sahaja kamu tidak ada kapsul itu Bard, aku boleh suruh orang lain yang cari,” suara Mr M agak marah di talian.

“Jangan risau, sudah ada di tangan aku. Cuma aku kena selesaikan sesuatu dahulu,” Badrul membalas.

“Apa, ganjaran yang aku berikan tak cukup banyak untuk kamu datang tepat pada masanya?” Mr M menyambung.

“Bukan begitu Mr M. Saya sudah kehilangan seorang dari pembantu saya yang tahu segala-galanya mengenai barang itu. Tanpa dia, saya takut barang akan rosak dalam perjalanan,” jawab Badrul dengan nada memujuk.

“Baiklah, telefon semula nanti,” Mr M bersetuju. Badrul menarik nafas lega dan berjalan semula menuju ke Hotel Salsabila.

Jam dinding di lobi Hotel Salsabila itu sudahpun menunjukkan pukul satu tengahari ketika Badrul masuk semula. Badrul masuk ke dalam bilik Julia untuk mengemas semua barang-barang kepunyaan Julia dan membawanya ke dalam biliknya sendiri. Dia mengambil barang-barangnya sendiri dan turun ke lobi untuk pendaftaran keluar. Sesiapa yang menculik Julia pasti sedang memerhatikannya sekarang dan dia mahu bertemu dengan orang itu.

******

“Nenek Leha, terima kasih kerana datang.” Badrul mengucapkan terima kasih sambil menghirup kopi yang dipesannya tadi.

“Tak mengapa Badrul, Nenek masih ada di kawasan ini. Urusan Nenek pun belum selesai lagi,” jawab Nenek Leha sambil memberi isyarat kepada pelayan kedai untuk membawa secawan kopi.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapakah Julia diculik? Dapatkah Badrul mengesannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience