Chapter 1

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 1

"Selamat pagi Dato', nama saya Natasha dari Sawyer & Ferguson, firma guaman yang menguruskan kes Duo Arms. Saya pengganti kepada Akhbar yang telah meletakkan jawatan." Natasha bangun sambil mem103perkenalkan diri. Dia telah menunggu lelaki itu hampir lima belas minit di ruang menunggu pejabat Pergerakan Hak Asasi Manusia ASEAN atau dalam bahasa Inggeris, Human Rights Movement ASEAN (HURIMA).

"Selamat pagi Natasha, saya Dato' Murad, Pengerusi HURIMA," Dato' Murad menghulurkan tangan kepada Natasha. Natasha menyambut dengan genggaman yang kemas sambil tersenyum. Dato’ Murad membalas senyuman Natasha sambil memberikan isyarat tangan untuk mempersilakan Natasha duduk.

"Saya terkejut Akhbar menarik diri dari kes ini pada saat-saat genting seperti sekarang," ujar Dato' Murad sambil mempamerkan pandangan yang agak kecewa. Natasha dapat melihat dengan jelas kerutan di dahinya yang sudah berumur hampir separuh abad. Mereka berdua duduk di sofa kulit berwarna coklat.

"Kami juga terkejut Dato', Sawyer & Ferguson telah dilantik oleh kerajaan Perancis untuk membina kes ini dan mengumpul semua bukti yang menunjukkan kegiatan rasuah dalam penjualan senjata oleh Duo Arms kepada Kementerian Pertahanan bagi negara India, Pakistan dan Malaysia. Sebagai firma guaman antarabangsa, kami mempunyai barisan peguam yang terbaik di dunia. Dengan kerjasama Dato', saya pasti kami boleh mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan." Natasha cuba menyakinkan Dato' Murad sambil membetulkan sedikit duduknya.

"Kenapa Akhbar meletakkan jawatan?" Dato' Murad bertanya soalan yang sudah dijangka oleh Natasha. Walaupun kata-katanya tidak kasar, nada percakapan Dato’ Murad dirasakan penuh kekecewaan.

bersambung

Bab akan datang:

Penarikan diri akhbar dari menguruskan kes itu menjadi tanda tanya pelbagai pihak. Apakah sebenarnya yang berlaku kepadanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience