Chapter 83

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 83

Julia bangun dan mula membuka jendela di biliknya. Bilik itu mempunyai sebuah balkoni yang menghala ke arah muara sebuah sungai. Julia masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai mandi, Julia berpakaian dan membuka jendela balkoni. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ketika itu seolah-olah mengundangnya untuk keluar ke balkoni kecil itu. Dia melangkah ke luar balkoni untuk menikmati pemandangan luar.

“Bagaimana bilik awak Julia? Selesa?” satu suara bertanya dari balkoni bersebelahan. Julia terkejut sedikit dengan sapaan itu.

“Bard, awak buat saya terkejut,” jawab Julia sambil mengurut dadanya.

“Maaf Julia,” Badrul ketawa sedikit. Dia membetulkan sedikit kerusi yang didudukinya.

“Selesa,” jawab Julia ringkas sambil menikmati angin yang bertiup perlahan.

“Berapa lama awak ada di luar ni?” Julia cuba menyambung perbualan.

“Semenjak datang tadi. Saya tak kuat tidur macam awak!” Jawab Badrul cuba menaikkan kemarahan Julia. Julia hanya menjeling.

“Apa yang awak fikirkan? Termenung berseorangan begitu lama, selalunya ada sesuatu yang mengganggu fikiran,” Julia membalas. Kini giliran Badrul pula menjeling. Mereka berdua membisu untuk beberapa ketika, membiarkan angin berhembus.

“Julia,” suara Badrul tiba-tiba memecah kesunyian. Julia tidak berpaling ketika namanya dipanggil. Dia membiarkan sahaja Badrul bangun mendekatinya.

“Julia, kita hanya akan berjumpa dengan Mr M esok petang. Apa kata kita makan malam bersama malam ini?” Badrul bertanya dengan lembut. Sebaik sahaja habis Badrul membuat permintaan, Julia memalingkan mukanya ke arah Badrul dengan dengan sebuah senyuman, tidak berkata ya atau tidak.

“Sekarang baru pukul enam petang. Pukul lapan nanti saya akan jemput awak. Saya mahu bawa awak ke tempat yang istimewa,” permintaan Badrul ini dirasakan amat sukar untuk ditolak.

“Selepas esok kita akan mengikut haluan masing-masing,” ujar Badrul sambil berpaling semula ke arah muara sungai. Julia juga mengalihkan pandangan ke arah muara sungai, sengaja membiarkan Badrul ternanti-nanti jawapan darinya. Badrul memandang ke arah Julia sekali lagi menunggu jawapan dari Julia. Julia akhirnya memandang semula ke arah Badrul.

“Baiklah Bard, saya akan tunggu,” jawab Julia lantas terus masuk ke dalam biliknya. Badrul menerima jawapan Julia dengan senang hati.

******

Badrul membiarkan Julia keluar dari teksi sebelum menutup pintu. Mereka tiba di sebuah restoran yang terletak di pinggir pekan Batu Pahat.

“Saya dah periksa semua restoran di sini, inilah yang paling baik yang saya jumpa,” ujar Badrul sebaik sahaja mereka berdiri di hadapan restoran.

“Tak mengapa Bard. Ini sudah cukup bagus,” jawab Julia. Mata Badrul liar memandang ke arah sekeliling restoran tersebut.

“Awak tunggu sini sekejap,” perintah Badrul sebelum bergerak ke arah tepi restoran. Julia hanya mengangguk tanda setuju.

…bersambung

Bab akan datang:

Siapa Mr M? Mengapa Badrul dan Julia akan membawa haluan masing-masing?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience