Chapter 60

Mystery & Detective Completed 8113

Bab 60

Tahap pertama kajian amat memberangsangkan, percubaan awal kepada tikus makmal menunjukkan ia boleh diuji pada manusia. Dr Asri sudah mendapat lampu hijau untuk menguji ubat itu ke atas manusia, bermula dengan 3 orang pesakit. Tetapi Julia tidak pernah tahu apa yang akhirnya terjadi kepada ketiga-tiga orang tersebut dan tiba-tiba kajian itu telah dihentikan dengan serta merta. Dr Asri pula tiba-tiba hilang tanpa khabar berita.

"Saya mahu mencari sampel Kapsul Ungu. Kapsul Ungu sensitif kepada suhu dan perlukan suhu yang sesuai setiap masa untuk memastikan ia masih boleh digunakan. Saya pasti Dr Asri ada menyimpan sedikit sampel tersebut di mana-mana. Saya mahu mencarinya, awak mesti tolong saya!" ujar Julia bersungguh-sungguh.

"Maaf Julia, saya mungkin tak boleh," Badrul menjawab dengan perlahan.

“Mengapa Bard? Selama ini awak yang banyak meyakinkan saya untuk mencari Kapsul Ungu,” tanya Julia tidak puas hati.

“Saya tak mahu terlibat lagi dengan masalah Kapsul Ungu in,” jawab Badrul ringkas.

"Sebenarnya, ada dua syarikat farmaseutikal yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan formula Kapsul Ungu. Kita boleh bekerjasama dan cari Kapsul Ungu. Saya perlukan seseorang seperti awak. Saya tak boleh buat kerja ini berseorangan! Saya juga mahu tahu apa yang sebenarnya yang telah berlaku!" Julia cuba meyakinkan Badrul.

"Tembakan itu sebenarnya untuk saya, Julia, bukannya untuk awak. Saya tak mahu awak cedera lagi," Badrul akhirnya memberitahu perkara sebenar.

"Apa maksud awak, Bard?" tanya Julia. Badrul mengambil nafas, sambil mundar-mandir di hadapan Julia. Dia sebenarnya masih belum pasti sama ada dia mahu menceritakan segala-galanya kepada Julia atau tidak. Jika dia pergi sekarang belum pasti Julia akan selamat. Mungkin orang-orang suruhan Randi akan menangkap Julia pula untuk mendapatkan maklumat mengenai Kapsul Ungu. Mungkin dia patut berada di sisi Julia untuk memastikan dia selamat.

“Bagaimana awak tahu tembakan itu sebenarnya untuk awak?” Tanya Julia semakin hairan.

“Saya sebenarnya tidak berterus-terang dengan awak selama ini,” balas Badrul. Muka Julia sudah semakin berkerut.

"Saya sebenarnya ditugaskan untuk mendapatkan Kapsul Ungu. Tetapi....." kata-kata Badrul terhenti di situ.

"Tapi apa Bard?" Kata-kata Julia penuh dengan perasaan marah.

“Jadi, selama ini awak hanya berpura-pura? Awak sebenarnya mahu mendapatkan maklumat Kapsul Ungu daripada saya?” balas Julia dengan penuh api kemarahan.

"Saya sudah tidak terlibat lagi sekarang.. saya…." Kata-kata Badrul terputus di situ.

“Jadi, apa yang berlaku selama ini, awak selamatkan saya di lorong dan saya ditembak, ini semua rancangan awak?” Julia semakin berang.

“Siapa yang upah awak?” Julia menyambung dengan suara yang semakin tinggi.

“Julia, saya diperangkap.. Kita lupakan dahulu perkara ini. Saya rasa awak masih dalam bahaya..” Badrul cuba memberi penerangan.

“Cukup Bard, saya tak mahu dengar cerita awak lagi. Keluar!” jerit Julia. Badrul masih tidak berganjak.

“Keluar Bard! Keluar!!” Jeritan Julia semakin kuat.

"Selamat tinggal Julia!" Badrul menguatkan hatinya untuk mengucapkan selamat tinggal dan terus sahaja keluar dari bilik wad.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah hubungan Badrul dan Julia sudah tamat? Teruskan membaca…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience